Impiana Villa Nilai… Oh, Tiang Rumahku…

Tanggal 16 April CH dan isteri bercuti berjalan-jalan di Port Dickson. Apa yang kami buat di Port Dickson, akan kami ceritakan pada masa yang lain.

Dalam perjalanan pulang, Puan Besar mengusulkan cadangan untuk melihat progres rumah kami yang dibeli di Impiana Villa Nilai (IV) yang telah dibeli di Nilai. Projek ni di bawah Primuncak Development Sdn Bhd. Rumah semi D, harga RM28X XXX. Memang sengaja kami cari rumah di sekitar Nilai. Dekat dengan KL dan mudah nak ke Johor juga.Ā  Satu lagi aspek yang menyokong hasrat membeli rumah di sini ialah kerana mudah diakses melalui jaringan jalan raya yang berkesan dari pelbagai arah. Boleh datang melalui KLIA, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuh Raya Maju (MEX), jalan Bangi lama, dan macam-macam lagi. Taman-taman perjiranan kami juga hebat-hebat juga. Kota Seriemas, Putra Nilai, Nilai Impian, Bandar Enstek, Bandar Sri Sendayan, dll. Kemudahan sedia ada pun banyak. Bank-bank, pasar raya besar (GIANT, TESCO), pasar raya biasa, Mydin, masjid, surau, terminal bas, balai polis, balai bomba, klinik, bla bla bla…

Sampai IV, cuaca amatlah panas. Terik. Macam kena panah. Maklum la… Jam 4 petang lebih…

Puan Besar pun nak masuk kamera juga.

Ni sedang berjalan menjengah tapak dapur. Maklum la, nanti nak memasak, kan?

Teruja tengok tiang-tiang rumah sendiri.

Inilah rumah kami.

Oh, tiang rumahku…

Di bawah pula rupa rumah contoh. Rupa rumah kami yang sepatutnya la.

CH: Tak sangka ramai juga yang jenguk catatan CH tentang Impiana Villa Nilai… Jika anda bakal penduduk di sini, silalah join forum Impiana Villa di http://www.salaktinggi.com/forumbbst/viewforum.php?f=23Ā šŸ™‚

10 thoughts on “Impiana Villa Nilai… Oh, Tiang Rumahku…

  1. nozri 2 September 2011 at 8:16 pm Reply

    Asalamualaikum Cikgu Hamzah,
    harap saya tidak mengangu cikgu hamzah…
    Sebenar nya saya ada nampak bannar project perumahan ni kat nilai dan bila pergi ka web site nya ada plak gambar cikgu hamzah dan project rumah ni.saya ingin nak pergi tegok project perumahan ni dan harap sagat lah kira nya cikgu hamzah beritau dimana tempat nya
    t/q

    • Cikgu Hamzah 5 September 2011 at 12:57 am Reply

      Wa’alaikumussalam…. Selamat hari raya En Nozri…

      En Nozri biasa dengan kawasan Nilai? Untuk pergi ke rumah contoh, En Nozri kena masuk ikut pintu belakang. Kalau dari Giant / Tesco menuju ke arah Nilai, akan bertemu bulatan. Ambil jalan jam 3 (tak ingat nama jalan tersebut), terus sampai di sebelah kiri ada bangunan tinggi bercat hijau-putih (bangunan pencawang maxis). Selepasnya ada jalan belok ke kiri, di hadapan simpang tersebut ada tertera papan tanda jalan Impiana Villa Nilai (tulisannya font yang agak berbunga dan italik), terus sahaja sampai ke hujung jalan tersebut, akan jumpa kawasan perumahannya yang ada guard. Boleh tanya jaga tersebut apabila melepasi pagar kawalan arah ke rumah contoh.

      Pejabat jualan terletak betul-betul di belakang Hotel Alson. Primuncak Development.

      En Nozri sekarang tinggal di mana? Memang bekerja di sekitar Nilai?

  2. mazlan 13 September 2011 at 6:11 pm Reply

    salam ckgu….berape market harga rumah tersebut….

    • Cikgu Hamzah 14 September 2011 at 6:29 am Reply

      Salam… Harga RM280k ke atas. Boleh telefon dan tanya Cik Diana, atau datang ofis Primuncak Development di belakang Alson Hotel, Nilai. Rasanya ada lagi unit-unit kosong oleh sebab permohonan pinjaman tak lepas atau lain-lain.

  3. Asimah 1 November 2011 at 5:55 pm Reply

    Assalamualaikum,

    harga murah ke? hampir Rm 400,000 tu

    • Cikgu Hamzah 2 November 2011 at 12:49 am Reply

      harga rumah memang makin naik… tak pasti pula kalau ada rumah yang mencecah 400k di Impiana Villa… untuk kepastian, sila rujuk ke pejabat jualan…

      • Asimah 2 November 2011 at 4:58 pm Reply

        Assalamualaikum,

        Harga dari RM269,000 hingga melebihi RM500,000. semi-D pun ada yang RM 470,000

        Cik gu Hamzah beli fasa berapa? bila dapat kunci. dekat surau ke. ada ke dengar berita bila surau akan dibuat?

        Kena form komunity villa impiana, bila ye

  4. Cikgu Hamzah 2 November 2011 at 8:38 pm Reply

    w’salam… en/pn asimah dah beli ke rumah IV ni? boleh tahu no berapa? šŸ™‚ kalau yang area atas, dekat dengan surau tu, memang harganya lebih tinggi daripada rumah-rumah belah bawah…….. saya fasa 2… kalau yang fasa 2B dengan fasa 3, saya percaya harganya mencecah (mungkin lebih) 300k… design pun ada lain sikit…

    rumah baru naik bumbung… kunci tak pasti la bila yang betul-betul dapat kuncinya… ttg surau, saya tak pasti… sama ada pihak primuncak reservekan tanah utk dibina bersama oleh komuniti atau dia akan binakan nnti…

    e-komuniti ada dah sebenarnya… tapi bukan forum sendiri… sub kat bandar baru salak tinggi nyer forum… tapi meriah la jugak… ramai yang aktif kat forum tersebut… boleh baca page by page utk dapat kan info persekitaran perumahan IV… just click: http://www.salaktinggi.com/forumbbst/viewforum.php?f=23

  5. hafizah yahya 3 Februari 2012 at 10:19 am Reply

    maaf ganggu cikgu … quite interesting gak Impiana Villa nih… tapi masih available ker? showhouse leh visit bila2 masa jer ker? ader no. ‘sales’ primapuncak nih yg leh cikgu recoment x utk deal…

    • Cikgu Hamzah 8 Februari 2012 at 9:34 pm Reply

      Ms. Hafizah,

      Perumahan Impiana Villa ada dilancarkan fasa 2B. Reka bentuk lebih moden dan luas. Showhouse boleh dilawat setiap hari, 10pagi – 7petang.
      Boleh rujuk facebook Impiana Villa untuk gambar dalam rumah contoh fasa 2B, serta nombor kontak.

      http://www.facebook.com/pages/Impiana-Villa-2/142943109087118

      untung-untung, kita berjiran pula nanti, ya? šŸ˜‰

Tinggalkan Jawapan kepada Asimah Batal balasan