Category Archives: Suka-suka

Jasa Guru

Lagu ketiga CH, Jasa Guru. Seperti sebelumnya, muzik disediakan oleh Arif Elmaula, berasaskan kepada lagu yang asalnya dinyanyikan oleh grup Nasida Ria, dengan vokal lagu ini, Hjh Mutoharoh.

https://cikguhamzah.files.wordpress.com/2012/10/jasa-guru.mp3

CH : Masihkah anda berhubung dengan guru anda?

Advertisements

Kauhancurkan Harapanku

Lagu kedua CH selepas meledaknya single pertama, Janji Adalah Hutang. Berangan dan mengkhayal.

Lagu asal nyanyian vokalis Hjh Nadhiroh, dari grup Nasida Ria. Susunan muzik untuk rakaman ini oleh Arif Elmaula. Studio rakaman, kamar istirahat. πŸ™‚

Lirik lagu juga ada sedikit diubah, untuk disesuaikan dengan susunan muzik Arif Elmaula, kerana asal muzik yang disediakan oleh beliau adalah untuk instrumental (minus-one) semata-mata.

Sekali dengar, macam luahan perasaan sang kekasih yang putus cintanya. Boleh jadi suami yang kecewa dengan isterinya, atau sebaliknya. Tapi sebenarnya, isi lagu ini mempunyai maksud yang luas. Dalam masa CH mencari gambar latar yang sesuai, terfikir pula nak letak foto kucing. πŸ˜‰ Jadi, janganlah hancurkan harapan kucing-kucing ini…

CH : Kucing… Juga makhluk berperasaan…

Janji Adalah Hutang

Penyanyi asal : Nasida Ria (voc. Hjh Mutoharoh, album pertama)

Penyanyi : Hamzah Suleiman

Muzik : Arif Elmaula

Sebelum ni, rakaman adalah dikira draf pertama, maklum baru hendak berjinak-jinak dengan sofwe Audacity. Kini draf kedua, di mana dalam pertama, draf Β suara ramai dipindah ke kiri dan kanan (asal, tengah-tengah), dan didapati rakaman suara terlambat (delay) 0.01 saat (anggaran CH), jadi akan kedengaran seperti CH nyanyi tak ikut muzik. πŸ™‚

Jadinya, draf kedua (bukan rakaman semula) hanyalah penyuntingan daripada rakaman pertama. Seronok-seronok untuk jadi penyanyi atas talian a.k.a perakam dan penyunting dan penerbit. Sendiri nyanyi, sendiri rakam, sendiri terbit. Β πŸ˜‰

Draf asal:

CH : Jangan mudah berjanji… Fikir dahulu sebelum berbicara.