Saintis Muda

Pada 6 April 2011, SK Pulau Indah telah menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Saintis Muda peringkat Zon B1 Daerah Klang. Disertai 14 buah sekolah dalam zon ini, SK Pulau Indah terpilih menjadi antara 4 pasukan terbaik untuk bertanding ke peringkat seterusnya, iaitu di peringkat daerah.

Tahniah CH ucapkan kepada Adik Adam Aiman Muhd Azhar dan Adik Muhammad Arash Kairulanuar.

Bergambar bersama guru-guru Sains sesi pagi. En Hafizul, En Hamzah Suleiman, Pn Nor Arnita, Adik Adam Aiman, Adik Muhammad Arash, Pn Umi Kalsom (dari kiri ke belakang, kiri depan ke kanan).

Gambar ni diambil hari ni, sempena perhimpunan mingguan.

Menunggu murid nak amik hadiah (sumbangan pihak sekolah).

Adik Adam Aiman Muhd Azhar

Adik Muhammad Arash Kairulanuar.

Tahniah kepada anda berdua. Semoga berjaya dengan sukses pada hari Rabu ini, di SK Batu Belah.

Mantapkan SPS (Science Process Skills) dan SMS (Science Manipulative Skills).

CH: Syukur alhamdulillah… Semoga mara ke peringkat seterusnya… Amin…

34 thoughts on “Saintis Muda

  1. amirah 17 April 2011 at 9:17 pm Reply

    saya suka dengan aktiviti ini dan tahnah ye..

  2. amirah 17 April 2011 at 9:19 pm Reply

    tahniah…good luck..

    • Cikgu Hamzah 18 April 2011 at 7:15 pm Reply

      terima kasih… semoga pengalaman dan ilmu berharga dimanfaatkan oleh semua peserta Saintis Muda… ilmu yang tidak didapat di dalam kelas… :-)

  3. RABITAH BT JALALUDIN 20 April 2011 at 12:33 am Reply

    Tahniah berjaya menjlnkn pertandgn snts muda .. boleh x kita tukar2 soaln terutama soaln prgkt daerah .. peringkat negeri dah hampir , tp mcm x d panggil utk bina soaln … klu ada soaln dari daerah2 blh sy kumpul, pilih dan edit utk negeri .. tq .drp Rabitah bt Jalaludin, Peg Teknikal Snts Muda Negeri Selangor ,,, tlg emel kn ke jrabitah@yahoo.com

  4. noorliza ahmad nordin 20 April 2011 at 2:04 pm Reply

    Tahniah utk cikgunya. sy bukan nak mtk tukar soalan. sy nak mintak contoh soalan, bleh? sbb sk sy langsung x de contoh. sy amat menghargainya kalu ckg dpt email ke kpd saya noorliza_an@yahoo.com

    • Cikgu Hamzah 20 April 2011 at 7:07 pm Reply

      Cikgu Noorliza nak contoh soalan? Maksudnya soalan-soalan la kan? Alah, akak amik je lah yang ada diletakkan dalam bank soalan… Klik saja kat bahagian bergaris (cuba gerak-gerakkan kursor sampai ada bahagian yang kursor panah berubah jadi jari telunjuk), simpan (save) je. Dalam “peperiksaan dalaman”, semua itu CH yang buat. Siap dalam petak/jadual terlindung, cantik sikit nak susun letak soalannya. Boleh disunting dsb. Insya ALLAH, dari masa ke masa, CH akan perbanyakkan soalannya. Maklum la, baru nak memulakan blog. :-) Terima kasih atas kunjungan dan maklum balas. :-)

      • noorliza 25 April 2011 at 12:19 am Reply

        Yg akak maksudkan soalan2 saintis muda …..

        • Cikgu Hamzah 25 April 2011 at 4:45 pm Reply

          oo ye ker… he he he… salah faham rupanya ;-) boleh boleh… nanti diemelkan soalan yang telah dihadapi oleh adik-adik dua orang tu…

  5. cikgu syazwani 27 April 2011 at 9:58 pm Reply

    saya pun nak soalan jugak..huhu~~
    utk dijadikan panduan..
    balqis_sz@yahoo.com

  6. Willy 27 April 2011 at 10:08 pm Reply

    Saya dari Pulau Pinang, tengah search mengenai contoh soalan pertandingan saintis muda SR. Saya ingin tanya tentang pertandingan tersebut, kerana inilah kali pertama saya membawa murid untuk bertanding. Adakah soalan- soalan yang diberi adalah dari apa yang mereka belajar dalam buku teks atau yang tidak berkaitan?

  7. Willy 27 April 2011 at 10:08 pm Reply

    Saya dari Pulau Pinang, tengah search mengenai contoh soalan pertandingan saintis muda SR. Saya ingin tanya tentang pertandingan tersebut, kerana inilah kali pertama saya membawa murid untuk bertanding. Adakah soalan- soalan yang diberi adalah dari apa yang mereka belajar dalam buku teks atau yang tidak berkaitan? terima kasih..

  8. Cikgu Hamzah 28 April 2011 at 2:56 pm Reply

    Ramai yangmemberi maklum balas berkenaan Saintis Muda… Jadi CH ceritakan di sini saja, boleh kan?

    CH pun pengalaman pertama jadi guru pembimbing kepada peserta Saintis Muda. Berdasarkan bual-bual ringkas dengan guru-guru Sains yang lain, soalan-soalan semua adalah berkisar dalam sukatan pelajaran Sains Tahun 3-6. Jadi, jangan risau la. Tak ada benda baru (tidak macam rancangan “Clever” di Astro TVIQ – yang kebanyakan eksperimen adalah sukatan pelajaran sek menengah)… Contoh soalan yang peserta CH dapat : membuat ukuran lilitan bola / panjang objek, mengisi air dalam silinder penyukat (ralat paralaks), hubungan antara tinggi satah condong dan jarak laluan kereta, ujian kertas litmus… kemudian, ciri-ciri tumbuh-tumbuhan (spora dll), ukuran zaman dahulu (cubit, arm span dll), belon dan angin (prinsip tolakan dan tarikan)…

    Yang paling penting pelaksaan SPS dan SMS… Boleh semak pada panduan pelaksaan PEKA… Selamat maju jaya kepada semua guru… :-)

    • Tece zali 11 Mac 2015 at 12:13 am Reply

      CIKGU AMIR HAMZAH NI SENIOR SAYE DI MRSM MUAR KAN.. SY PENGERUSI TEKNIK DAERAH SAINTIS MUDA (RENDAH).. KLU ADE SOALAN YANG NAK DIKONGSIKAN BOLEHLA SHARE NGAN SAYE.. Contact : tece zali 0193406770 (PPD Hulu Langat)

  9. khairul faizi 29 April 2011 at 12:23 pm Reply

    assalamualaikum,en hamzah,boleh tak emailkan saya contoh2 soalan pertandingan saintis muda.Saya sedang bantu isteri saya (seorang guru) utk dptkan contohnya. Kerjasama dari tuan amat2 kami harapkan

    • Cikgu Hamzah 29 April 2011 at 12:52 pm Reply

      En Khairul boleh rujuk maklum balas di atas, ada CH nyatakan soalan-soalan yang ditanya. Terima kasih. :-)

  10. Willy 3 Mei 2011 at 10:22 am Reply

    Terima kasih banyak2…. harap harap pertandingan pada hari esok akan berjaya… : )

  11. Willy 4 Mei 2011 at 1:01 pm Reply

    terima kasih cikgu… sekolah saya mendapat tempat ke-dua… ukuran diameter dia keluar… nasib baik i train tentang bulatan… ahahaha

    • Cikgu Hamzah 4 Mei 2011 at 3:49 pm Reply

      tahniah… tumpang gembira juga… tempat kedua… syabas! :-) CH pun senyum sampai ke telinga ;-)
      sekurang-kurangnya, Cikgu Willy sudah ada gambaran pertandingan Saintis Muda ini bagaimana…

  12. Mohamad Arif 12 Mac 2012 at 4:49 pm Reply

    Assalamualaikum..Bolehkah En Hamzah emailkan saya contoh2 soalan pertandingan saintis muda.Saya sedang mencari soalan utk pertandingan di sekolah saya . Bolehkah saya dptkan contohnya. Kerjasama dari tuan amat2 kami harapkan.

    • Mohamad Arif 12 Mac 2012 at 4:52 pm Reply

      email saya: tepuih@yahoo.com

    • Cikgu Hamzah 12 Mac 2012 at 8:39 pm Reply

      W’salam… Soalan-soalan biasanya berasaskan amali-amali/eksperimen PEKA yang biasa dibuat, seperti pengukuran (ukur lilit), pengelasan asid-alkali, sifat-sifat pokok, sifat bahan, dll… biasanya antara stesen, soalan berasaskan tema yang berlainan… :-)

  13. MOHAMAD ARIF 13 Mac 2012 at 7:46 am Reply

    TERIMA KASIH..

  14. Ewan 9 April 2012 at 8:08 pm Reply

    salam .. pelajar akn melalui semua stesyen ke… atau di nilai dulu baru blh pergi ke stesen berikutnya

    • Cikgu Hamzah 9 April 2012 at 9:28 pm Reply

      Salam… Peserta akan melalui semua stesen, setiap stesen lain tema (berdasarkan tema dalam sukatan pelajaran)… :-) berdasarkan tempoh masa yang sama dan berjalan serentak (secara bergilir-gilir)… maknanya peserta sekolah A buat stesen 1, sek B stesen 2…

  15. kici 3 Mei 2012 at 1:32 pm Reply

    assalmmualikum…encik hamzah memang hebat…fuh…….aqnie pon nak jade saintis….insyaallah..

  16. kici 3 Mei 2012 at 1:34 pm Reply

    can i mintak sikit tips…nak jade saintis….

  17. NORSHIHA BINTI AHMAD 26 Jun 2012 at 1:04 am Reply

    Salam. Saya juga tercari-cari koleksi soalan saintis muda utk jadi bahan utk drill pelajar saya.Kalau ada kesudian CH dpt kiranya memberi bantuan. Mohon nak dptkan contoh soalan yang dh lepas-lepas. Jika sudi emailkan ke shiha7237@yahoo.com

    • Cikgu Hamzah 30 Jun 2012 at 2:21 am Reply

      Terima kasih Cikgu Norshiha. Sebenarnya soalan-soalan dalam Saintis Muda adalah berasaskan sukatan pelajaran Sains sekolah rendah. Cikgu boleh bersandarkan kepada aktiviti-aktiviti PEKA ataupun aktiviti gerak kerja yang boleh didapatkan di pasaran. Kesemuanya dinilai berdasarkan SPS dan SMS. :-)

  18. NORHIDAYU OTHMAN 24 April 2014 at 12:30 am Reply

    Assalamualaikum Cikgu Hamzah….mohon untuk dapatkan soalan saintis muda SR koleksi cikgu….jika tidak keberatan….harap cikgu boleh emailkan pd saya. Perhatian cikgu sangat saya hargai.terima kasih.

  19. Norhaniza bt Hj Saufi 7 April 2015 at 8:40 am Reply

    Asslm. ….blh minta jasa baik cgu emailkan soalan saintis muda tu sebagai rujukan…iza0107@yahoo.com

  20. Zanariah binti Ismail 12 April 2015 at 5:53 pm Reply

    Assalammualaikum cikgu….. cikgu …boleh saya minta dari cikgu soalan-soalan saintis muda sek rendah.Saya nak cuba dgn murid-murid saya. t kasih.

    • Zanariah binti Ismail 12 April 2015 at 5:56 pm Reply

      Assalammualaikum cikgu….. cikgu …boleh saya minta dari cikgu soalan-soalan saintis muda sek rendah.Saya nak cuba dgn murid-murid saya. t kasih.

  21. Haryati Mohd Yunan 16 Mei 2015 at 9:04 am Reply

    Assalamualaikum..terima kasih atas tip2 yang diberikan..jika cikgu tak keberatan, boleh tak emailkan pada saya contoh2 soalan saintis muda sekolah rendah sebagai rujukan..terima kasih..haryati_my@yahoo.com

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 54 other followers