Category Archives: Rumahku Syurgaku

Progres Rumah

Lama tak kemas kini rumah kami. Ada beberapa lawatan yang tidak diliputkan dalam blog ini. Terbaharu, gembira betul bila jalan telah ditar. Bermakna, rumah bakal diduduki! Tak sabarnya…

Lawatan berlaku Khamis lepas, 8 November 2012. Balik dari sekolah, tiba-tiba datang idea nak lajak ke Nilai. He he he… Kita tengok gambar saja, la ya?

CH : Menunggu dan menunggu… ๐Ÿ˜‰

Advertisements

Lawatan ke-4

Seperti tajuknya, kali ke-4, 16 Disember,ย CH dan Puan Besar melawat lagi Impiana Villa, melihat progres rumah setakat ini. Di samping menerima salinan tuntutan bayaran daripada bank (ternyata progres), boleh la kami pastikan kesahihannya. He he he…

Progres dan siap 50%. Dinding dan siling sudah diplaster. Tembok pagar juga sudah didirikan.

Mula melangkah masuk. Bismillah…

Kebetulan kami datang, Nilai baru lepas hujan. Boleh la ganda pasti tiada kebocoran atau apa-apa.

Kelihatan, abang pembina tembok pagar. Terima kasih, bang!

Pemandangan ke arah dapur.

Dari celah tingkap dapur.

Dari belakang dapur ke arah dewan makan.

Di ruang tamu.

Rumahย  kami.

Rumah-rumah jiran kami.

CH : Balik, sempat singgah kedai kabinet dapur, nak tengok sebut harga… He he he…

Datang Lagi…

Ini adalah entri ketiga berkenaan rumah yang masih dalam pembinaan untuk diduduki pada masa akan datang. Ceritanya cuti Hari Malaysia, 16 September, hari Jumaat, dah tak tahu nak buat apa, bercadang la nak melihat progres rumah.

Menuju ke rumah kami…

Bestnya tengok rumah yang dah separuh siap ni…

Kali ni, rumah sudah ada berbumbung…

Beria-ia Puan Besar menilik rumah…

Bilik master.

Ruang tamu…

Pandangan dari dapur.

CH : 20 Okt ni ada pameran hiasan dalaman di KL Convention Centre… Mesti pergi! ๐Ÿ™‚

Impiana Villa… Lawatan ke-2

He he he… 11 Julai, sebenarnya CH ngan Puan Besar ada temu janji di HUKM… Temu janji berakhir kira-kira jam 11 (agaknya la) kami pun berencana nak melihat rumah IV kami di Nilai… Nak tengok progres terbaharu rumah kami. Sambil berangan dan bergaduh dengan Puan Besar rancangan-rancangan untuk tambah elok atau ubah suai. Gaduh-gaduh mesra, tak apa kan. Bukan sampai baling bata merah. ๐Ÿ™‚

Ni la baru depan rumah kami… Dulu datang bertiang, sekarang dah naik bata dah…

Apa la agaknya ditelek Puan Besar tu…

Pemandangan dapur dan ruang makan…

Ruang tamu…

Menjenguk bilik kelamin…

Jendela kamar…

Akhirnya… Ada pun muka CH…

Baris belakang rumah yang dah siap bumbung dan plaster.

CH : Tak sabar-sabar… ๐Ÿ˜‰

Impiana Villa Nilai… Oh, Tiang Rumahku…

Tanggal 16 April CH dan isteri bercuti berjalan-jalan di Port Dickson. Apa yang kami buat di Port Dickson, akan kami ceritakan pada masa yang lain.

Dalam perjalanan pulang, Puan Besar mengusulkan cadangan untuk melihat progres rumah kami yang dibeli di Impiana Villa Nilai (IV) yang telah dibeli di Nilai. Projek ni di bawah Primuncak Development Sdn Bhd. Rumah semi D, harga RM28X XXX. Memang sengaja kami cari rumah di sekitar Nilai. Dekat dengan KL dan mudah nak ke Johor juga.ย  Satu lagi aspek yang menyokong hasrat membeli rumah di sini ialah kerana mudah diakses melalui jaringan jalan raya yang berkesan dari pelbagai arah. Boleh datang melalui KLIA, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuh Raya Maju (MEX), jalan Bangi lama, dan macam-macam lagi. Taman-taman perjiranan kami juga hebat-hebat juga. Kota Seriemas, Putra Nilai, Nilai Impian, Bandar Enstek, Bandar Sri Sendayan, dll. Kemudahan sedia ada pun banyak. Bank-bank, pasar raya besar (GIANT, TESCO), pasar raya biasa, Mydin, masjid, surau, terminal bas, balai polis, balai bomba, klinik, bla bla bla…

Sampai IV, cuaca amatlah panas. Terik. Macam kena panah. Maklum la… Jam 4 petang lebih…

Puan Besar pun nak masuk kamera juga.

Ni sedang berjalan menjengah tapak dapur. Maklum la, nanti nak memasak, kan?

Teruja tengok tiang-tiang rumah sendiri.

Inilah rumah kami.

Oh, tiang rumahku…

Di bawah pula rupa rumah contoh. Rupa rumah kami yang sepatutnya la.

CH: Tak sangka ramai juga yang jenguk catatan CH tentang Impiana Villa Nilai… Jika anda bakal penduduk di sini, silalah join forum Impiana Villa di http://www.salaktinggi.com/forumbbst/viewforum.php?f=23ย ๐Ÿ™‚