Sistem Rekod Markah (SRM)

Sistem Rekod Markah dibangunkan sebagai medium alternatif untuk merekod markah, sekaligus guru dapat mengetahui analisis peperiksaan seperti bilangan murid mendapat gred tertentu, GPS mata pelajaran, GPS kelas, GPS sekolah, peratus setiap mata pelajaran, peratus lulus dalam sekolah, mencetak slip keputusan, dan lain-lain.

 

SRM menyediakan 40 nama murid bagi setiap 5 buah kelas. Jika kurang murid/kelas, cukup sekadar padam ruang/tab yang tidak berkenaan. Jika perlu lebih murid/kelas, hanya perlu salin-tampal, atau gunting-tampal, atau leret sahaja. Kurang jelas? Rujuk sahaja rakan guru TMK sekolah anda. ^_^

Untuk peringatan, tab analisis berubah secara automatik keseluruhannya berdasarkan markah yang dimasukkan dalam tab-tab kelas. Dalam tab-tab kelas pula, hanya nama murid, nama kelas, nama guru dan markah sahaja yang perlu dimasukkan. Maklumat lain tidak perlu diusik atau analisis menjadi kurang tepat/salah sama sekali.

Jika perlu mencetak slip keputusan, boleh gunakan mail-merge pada Words dan link kepada Excel. Ditunjuk cara mencetak slip keputusan menggunakan Mail-merge.

Penambahbaikan pertama: peratus dan jumlah semua murid diformat secara automatik

Penambahbaikan kedua: dimasukkan kedudukan dalam kelas

Penambahbaikan ketiga: warna markah gagal MERAH

Klik untuk memuat turun :

SISTEM REKOD MARKAH (SRM)

SLIP KEPUTUSAN

Cara cetak slip keputusan peperiksaan daripada Excel menggunakan Words.

Langkah 1 : Buka fail Words.

langkah1

Jika anda memuat turun daripada fail yang dilampirkan di atas, akan keluar kotak dialog selepas anda mengeklik/membuka fail. Pilih No.

Langkah 2 : Klik Mailings > Select Recipients

langkah2

Langkah 3 : Pilih fail Excel Sistem Rekod Markah.

langkah3

langkah4

Langkah 4 : Pilih kelas.

langkah5

Langkah 5 dan 6 boleh diabaikan jika anda memuat turun slip peperiksaan yang dilampirkan di atas.

Langkah 5 : Halakan kursor pada bahagian yang ingin dimasukkan data daripada Excel SRM.

langkah6

Langkah 6 : Klik Insert Merge Fields. Pilih tajuk yang berkaitan (tajuk dalam jadual SRM).

langkah7

 

langkah8

Langkah 7 : Klik Preview Results untuk melihat contoh paparan yang akan dicetak.

langkah9

 

LANGKAH10

Langkah 8 : Boleh tekan anak panah ke kanan atau ke kiri untuk melihat paparan bagi nama murid yang lain, untuk semakan.

LANGKAH11

Langkah 9 : Klik Finish & Merge untuk mencetak semua atau individu.

langkah12

langkah13

langkah14

Langkah 10 : Siap! Pencetak akan mencetak keseluruhan kelas dan anda boleh goyang kaki sambil memeriksa cetakan anda.

Langkah yang sama boleh digunakan jika ingin mencetak Sijil Berhenti Sekolah, sijil-sijil dan lain-lain yang memerlukan cetakan yang banyak, yang hanya berubah pada nama atau maklumat tertentu sahaja.

Apa-apa pertanyaan, boleh mesej peribadi kepada saya pada << Hubungi  >>

Semoga bermanfaat.🙂

%d bloggers like this: