Category Archives: Info

Kejujuran Syarat Utama

Amat CH kesali atas apa yang berlaku baru-baru ini. Apabila taksub mengejar prestasi dan nama, generasi muda telah diajar untuk tidak jujur dalam peperiksaan.

Tidak mahu mengulas panjang. Walaupun lagu ini tidak menjurus langsung kepada kejadian yang baru berlaku semalam, tetapi tetap valid untuk kita semua. Kejujuran adalah kunci segala-galanya, walau apapun urusan dan situasi.

kejujuran syarat utama

Semoga menjadi iktibar dan pedoman buat kita semua.

CH : Kasihan murid dan guru yang menjadi mangsa… Sabarlah kita semua…

 

Selamat Ulang Tahun Hjh Mutoharoh ~ Nasida Ria

31 Januari 1964 – 31 Januari 2014… 50 tahun Hjh Mutoharoh… dan dari seawal usia di awal remaja, sebagai barisan pertama Nasida Ria (1975) yang setia memberi nafas kepada Nasida Ria hingga kini.

Selamat ulang tahun, Bunda Hjh Mutoharoh… Semoga ALLAH melanjutkan usia bunda dalam kesihatan dan iman serta fizikal yang kuat untuk terus memberi nafas dan aura Nasida Ria.

Hjh Mutoharoh, ikon Nasida Ria, ikon qasidah moderen Indonesia.

Takwim Peperiksaan Awam Malaysia 2013

Kepada calon-calon peperiksaan awam Malaysia, siap sedia untuk bekal dalam perjuangan pada tarikh yang berkenaan.

CH : Cikgu yang tak senang duduk… Murid pula, bagaimana? 😉

Mari Membayar Zakat

Zakat membawa berkat. Ayuh, tunaikan!

CH : 1/40 atau 2.5% harta kita adalah milik orang lain… 

Aku Bercerita

“Aku Bercerita” buku terbaharu Ramlee Awang Murshid yang bakal diterbitkan awal tahun 2013. Kepada peminat-peminat novel tulisan beliau, jangan tunggu dan berlengah. 🙂

CH : Sekadar menghebahkan sahaja… 🙂

Bagaimana Gabus Dihasilkan

Mari kita melawat kilang membuat gabus.

Eh, ada yang tak tahu gabus?

Gunanya sebagai penutup botol, bekas dan seumpamanya.

Oak gabus dituai setiap 9 tahun sekali dan ia tidak memudaratkan pokok kerana kulit pokok boleh tumbuh semula. Hutan gabus kebanyakannya terdapat di Sepanyol dan Portugal.

Haa… Ni la gabus…

Kredit : http://conteng2kreatif.blogspot.com

CH : Lawatan sambil belajar dalam beberapa minit…

UPSR 2 0 1 2

Kepada semua calon yang telah memulai peperiksaan UPSR 2012 pada hari ini, yang akan berakhir pada Khamis nanti, 15 September 2012,

CH, guru-guru, ibu bapa serta setiap lapisan masyarakat mendoakan agar anda semua dapat melakukan yang terbaik. Amin, insya ALLAH.

Klik : Jadual waktu peperiksaan dan peraturan am.

CH : Berharap kepada kuasa DOA dan HARAPAN setelah berusaha sekian masa. Paling utama, BERTAWAKAL dan  berserah kepada-NYA.