Category Archives: Jalan-jalan Cari Makan

Cendol Durian

Cendol durian?

Sedap? Kat mana tu?

CH selalu ulang alik dari KL ke Kuala Selangor, kerana bertugas sebagai jurulatih Pusat Kokurikulum di Kem Seri Gambut, dekat Tanjung Karang. Setiap kali lalu, mesti ternampak papan tanda “Cendol Durian Borhan” dan banyak kenderaan parkir.

Maka CH pun terfikir nak rasa. Suatu hari, kami saja nak berjalan ke Teluk Intan. Singgah la sekejap, nak rasa, bersama Puan Besar. Kita layan gambar-gambarnya.

Orang sentiasa ramai, dan terdapat juga kawasan parkir di sebelahnya.

Berlonggok-longgok durian.

Jadi, kalau ke Kuala Selangor, boleh la cuba rasa. Suatu kelainan tetapi sedap dan menyelerakan. Selain cendol, terdapat juga laksa dan mi kari.

CH : Brrrppp………… Alhamdulillah… 🙂

Advertisements

Sizzling Stonegrill

Pernah terbayang kita memasak sendiri daging mentah di atas batu?

Anda boleh rasai pengalaman ini di Johor Bahru. Yang CH tahu, ada dua cawangan di JB iaitu di Plaza Pelangi dan JUSCO Tebrau City. Rasanya ada lagi di tempat lain. Tapi yang penting dan muktamad, Kuala Lumpur tak ada cawangannya.

Dekorasi dalam restoran di AEON Tebrau City.

Batu ini menurut petikan akhbar Utusan Malaysia (rencana 6 Jun 2010) merupakan batu gunung berapi yang diimport dari Australia. Batu ini dipanaskan dan mampu menampung haba setinggi 400’C!

Jadi, kita order apa yang hendak dimakan, daging mentah (ayam, daging, makanan laut) akan dihidangkan di atas batu yang telah dipanaskan bersama set kentang goreng atau nasi goreng dan jagung. Jadi, kita boleh la melekakan diri memanggang sendiri.

Dah kenyang…

Datang ke JB, boleh la mencuba, ya. Tak tahu di mana AEON Tebrau City atau di mana Plaza Pelangi? Guna je GPS. 😉 Jangan marah….

CH : Dibakar tanpa minyak… Memang makanan yang menyihatkan… 🙂

Kuala Sepetang

Pernah sampai Kuala Sepetang?

Apa yang menarik di Kuala Sepetang?

Perjalanan ke sana akan melalui hutan-hutan bakau di kiri (mungkin di kanan juga… Tak perasan). Ke sini, CH dari arah Taiping. Ke Kuala Sepetang gara-gara …

Sedap ke? Cuba tengok gambarnya…

Kami ambil mi udang dan nasi goreng udang.

Kalau tengok gambar di atas, menjelaskan bahawa rasanya….. Sangat menyelerakan!

Di Kuala Sepetang, ada banyak gerai yang menawarkan mi udang dan nasi goreng udang. Kami singgah Mak Jah dan rasanya memang sedap. Tak terkata.

Gerai lain, kami tak tahu, sebab kami tak singgah dan rasa.

Model iklan. Boleh?

CH : Kalau lah dekat…

Air Kathira

Air kathira, sejenis air yang cukup terkenal di Johor Bahru juga di Singapura. Di tempat atau daerah lain (hatta di Kuala Lumpur) mungkin boleh ditemui air kathira tetapi rasanya tidak dapat menandingi air kathira di JB. Antara produk pengeluar air kathira terkenal ialah Air Kathira Abu Bakar.

Tahun ini, 2011, Air Kathira Abu Bakar dijual RM3.00 sepaket, atau RM8.00 sebotol.

Apa yang menyebabkan air kathira ini begitu spesial? Walau harganya mahal, tetap dicari dan laris dijual.

Terliur tak, tengok air di atas?

Sesuai namanya air kathira, isi kandungnya mestilah ada “kathira”. Inilah rupa kathira.

Kemudian, ada kurma…

Badam…

Kismis…

Kembang semangkuk…

Biji selasih a.k. a telur katak…

+ susu cair + ais krim soda…

Kelihatan seseorang mengisi air kathira ke dalam botol.

Jualan air kathira di bazar Ramadan Larkin.

Air kathira boleh didapati di bazar-bazar Ramadan utama di sekitar Johor Bahru, purata harga RM2.00 (cap biasa-biasa – masih sedap lagi kalau di JB) hingga RM3.00 sepaket (jenama Abu Bakar).

Gambar dipetik dari koleksi CH dan http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/08/air-kathira-abu-bakar.html

CH : Gara-gara nak kan air kathira, setiap tahun di bulan Ramadan, mesti balik ke JB… Alang-alang, borong baju raya, kuih raya dan kerepek di Johor.

Asam Laksa

Masakan tempatan yang berasal dari Pulau Pinang, Asam Laksa telah terpilih sebagai salah satu daripada makanan terbaik di dunia.

Asam Laksa Makanan Ke-7 Terbaik Dunia, Akui CNN

Kaji selidik pemakanan yang dijalankan oleh CNN International mendapati, Asam Laksa tersenarai di tangga ke-7 dalam senarai 50 makanan terbaik dunia.

Tersenarai dalam ruangan Guide to lifestyle, shopping, hotels and restaurants CNNGo, Asam Laksa Pulau Pinang ini akan menjadi lebih sedap apabila ditabur dengan halia ‘yang boleh mencairkan anda sebelum anda makan lagi.”

Menurut ruangan itu, ciri makanan tersebut sebagai ‘ikan kembung, asam jawa, cili merah, pudina, serai, bawang, nanas sup ikan masam pedas ketagihan dan mee yang direbus.’

Walau bagaimanapun, makanan tersebut adalah satu-satunya makanan Malaysia yang tersenarai walaupun Malaysia adalah antara negara yang dianggap sebagai negara yang mempunyai banyak makanan yang amat mengiurkan.

Thailand, menduduki tempat teratas carta tersebut dengan masakan kari yang mempunyai rasa kelapa dan manis dan ianya dianggap sebagai sesuatu yang lebih baik berbanding dengan pilihanraya negara tersebut.

Makanan lain Thailand yang turut tersenarai adalah tom yum goong (nombor 8), nam tok moo (nombor 19) dan som tam (nombor 46).

Asam Laksa Pulau Pinang, bagaimanapun, berjaya mengatasi makanan-makanan terkenal lain seperti Shepherd’s Pie dari Britain, French Croissant, Pho dari Vietnam dan Kebab Iran.

Singapura mendapat dua tempat iaitu Chili Crab (no 35) dan nasi ayam (no 45), walaupun kedua-dua makanan tersebut juga banyak dijual di restoran-restoran di Malaysia.

Antara makanan lain yang juga sering dinikmati oleh rakyat Malaysia seperti roti telur (Hong Kong), lasagna (Itali) dan rendang (Indonesia) juga termasuk dalam senarai tersebut.

Makanan pelik yang disenaraikan adalah tauhu busuk yang berada di tangga ke-41. Ianya disifatkan sebagai salah satu daripada ikon terhadap makanan di Asia Tenggara, sama seperti durian.

“Bau yang dikeluarkan oleh tauhu tersebut amatlah kuat, hinggakan seseorang itu tidak dapat melupakan bau tersebut hingga berbulan lamanya.

“Adakah membuat makanan seperti itu sesuatu yang berbaloi? Sudah tentu,” tambah CNN.

Sumber : http://mynewshub.my/bm/2011/07/24/asam-laksa-makanan-ke-7-terbaik-dunia-akui-cnn/

CH : Makanan yang banyak dijumpai di seluruh Malaysia. 🙂