Perbincangan

Anda dipersilakan untuk sebarang jenis perkongsian maklumat, pertanyaan, permasalahan, atau apa sahaja yang boleh diperbincangkan bersama.

Terima kasih.

33 thoughts on “Perbincangan

  1. Cikgu Hamzah 14 September 2011 at 6:39 am Reply

    Sebagai pendahulu, CH mengucapkan selamat maju jaya untuk peperiksaan Sains UPSR esok. Buatlah yang terbaik. Insya ALLAH.

  2. Cikgu Hamzah 15 September 2011 at 10:31 pm Reply

    Apa pandangan anda tentang peperiksaan Sains atau UPSR keseluruhannya?

    • Ibu Yunni 4 Oktober 2011 at 4:13 pm Reply

      Mengikut apa yg didengar komen daripada murid saya…soalan Paper Matematik agak mudah,BM 1 nampak mcm mudah tp byk yang mengelirukan.BM Penulisan ok,Paper BI pula sederhana dan Paper Sains bahagian B susah…Itulah antara komen2 yang didengar setelah selesai upsr..Apa2 pun didoakan semoga semuanya berjaya dengan cemerlang…

  3. Ibu Nurin 28 September 2011 at 2:00 pm Reply

    kata anak saya sains 2 agak susah..betul ke cikgu? terutama soalan berkaitan planet.

    • Cikgu Hamzah 29 September 2011 at 11:22 am Reply

      Soalan bahagian B memang agar mencabar jika nak dibandingkan dengan Sains UPSR 2010 (yang saya kira paling senang) dan juga tahun-tahun sebelum.

      Soalan peperiksaan Sains UPSR 2011 akan diimbas dan dimuat naik dalam blog ini pada masa akan datang beserta huraian jawapan lengkap.

      Sengaja saya tak muat naik awal dan memberikan ulasan Bahagian B secara rambang bagi tidak menjatuhkan motivasi sebilangan murid tertentu sehingga keputusan sebenar diumumkan.

      • Ibu Yunni 4 Oktober 2011 at 4:05 pm Reply

        Soalan bahagian B memang agak sukar.Untuk Bahagian A,setelah disemak oleh guru,anak saya mendapat 29 markah tapi anak saya amat risau kerana dia tak yakin dengan jawapan yang diberi untuk bahagian B.Saya nak tanya pada cikgu adakah mesti mendapat 15 markah untuk bahagian B bg mendapat gred A,walaupun bahagian A dah dpt score…saya agak keliru sikit dengan sistem pemarkahan Sains ni…TQ cikgu..

  4. Ibu Nurin 4 Oktober 2011 at 5:05 pm Reply

    Assalamualaikum Ibu Yunni 🙂

    Saya sangka Puan juga guru. Kalau betul, ada tak skema jawapan BM1 yg Puan dh semak bersama murid-murid Puan.
    Harap penerangan psl pemarkahan Sains drp CH dpt melegakan saya juga 🙂

    • Ibu Yunni 4 Oktober 2011 at 10:28 pm Reply

      Waalaikumusalam ibu Nurin..
      Berkaitan dengan skema BM1, memang anak dan murid2 saya telah mencari jawapan dan berbincang bersama.Kalau tak keberatan puan berikan email puan dan saya akan sent ke email puan jawapan yg telah dibincangkan.TQ

  5. Cikgu Hamzah 6 Oktober 2011 at 3:20 pm Reply

    Untuk sistem pemarkahan Sains, Bahagian A ada 30 soalan, maka jumlah markah = 30.
    Bahagian B ada 20 markah. Jadi, jumlah markah didarab 2 untuk mendapat 100%.
    Atau ringkasnya, Bahagian A 30 markah ( 60%), Bahagian B 20 markah (40%), jumlah 60% + 40% = 100%.

    Untuk menganggar atau target jumlah markah selamat, memang biasanya kita letak 15 markah betul (30%) untuk Bahagian B dan 25 markah (50%) untuk Bahagian A. Maknanya, totalnya betul-betul 80% (sempadan bawah A).

    Kalau telah diperiksa Bahagian A hanya salah satu soalan, maknanya 58% markah sudah berada dalam tangan. Untuk mencapai sempadan bawah A, paling-paling tidak markah yang boleh dicapai untuk gred A ialah 11 markah (22%).

    Sekiranya anak puan tidak bermasalah besar dalam Bahagian B (berdasarkan ujian-ujian sebelum ni, dengan markah tidak rendah dari 15 markah), insya ALLAH, beliau berpotensi untuk mendapat A.

    Perbanyakkan doa. Mudah-mudahan Sains anak-anak Puan Nurin dan Pn Yunni serta ibu-bu seluruh Malaysia mendapat A. Amin.

  6. Ibu Nurin 8 Oktober 2011 at 9:32 am Reply

    Ibu Yunni;
    Ini email saya : abentz92@yahoo.com. Terima kasih.

    CH;
    Terima kasih juga. Saya pun berdoa moga mereka cemerlang. Insya Allah.

  7. Budi Nurhikmat 9 Mei 2012 at 5:27 am Reply

    Terima kasih sudah follow saya cikgu, follow back juga dari blognoerhikmat

    salam silaturahim
    blognoerhikmat

    • Cikgu Hamzah 9 Mei 2012 at 11:35 pm Reply

      terima kasih mas budi…
      salam kenalan kita ya🙂

  8. Red 9 Mei 2012 at 4:14 pm Reply

    halo bro hamzah. salam kenal dari saya di Bandung, West java. Meski saya kurang mengerti dan kurang mencerna bahasa malay, saya mengerti semangat / spirit dari blog ini. Blog anda bagus sekali, dan rupanya di sidebar sebelah kiri ada kotak perbincangan (chat box). bagaimana cara membuatnya bro? bisakah bro membuat 1 tutorial khusus cara membuat chat box seperti itu ?

    salam sukses!

  9. nor faizi 20 Mei 2012 at 8:27 am Reply

    cikgu kalau die tak de bagi polar macam mane?

    • nor faizi 20 Mei 2012 at 8:33 am Reply

      🙂

    • Cikgu Hamzah 24 Julai 2012 at 11:44 pm Reply

      polar? maksud adik?

  10. Tuan Nurul Iffah bt Tuan Ismail 17 Ogos 2012 at 6:51 am Reply

    CIKGU, KENAPA JAWAPAN SAINS PERCUBAAN NEGERI MELAKA TAK KELUAR LAGI??

  11. Qalifatul Mukminin 17 Julai 2013 at 11:53 pm Reply

    Cikgu macam mana nak tahu gerhana bulan and gerhana matahari ? Tolong bagi nota sedikit…

    • Cikgu Hamzah 30 Julai 2013 at 2:35 pm Reply

      Gerhana berlaku apabila tiga objek : Matahari, Bulan dan Bumi berada pada satu garis lurus.
      Bezanya, gerhana Bulan, apabila Bumi berada di tengah-tengah. Jika bulan berada di tepi, tentulah situasi tersebut berlaku malam.

      Gerhana Matahari, bulan di tengah-tengah. Bulan berada pada kedudukan kawasan Bumi siang.

  12. khairunnuha athiyyah 17 Mac 2014 at 4:27 pm Reply

    cikgu apa maksud gerak balas terhadap rangsangan

  13. NURUN NISA 18 Mac 2014 at 7:09 pm Reply

    cikgu tlg terang tentang hubungan dan kesimpulan

  14. NURUN NISA 18 Mac 2014 at 7:26 pm Reply

    esk sy ade ujian OTI 1 Tahun 5
    matapelajarannya Sains..

  15. wafiq 16 September 2014 at 2:50 pm Reply

    macamana kita nak

  16. EIJA PP 27 September 2014 at 9:19 pm Reply

    cikgu, adakah peperiksaan Sains nanti akan diambil pada tahun lepas?

  17. maizun 9 Oktober 2014 at 7:48 pm Reply

    Cikgu..mcm mana nak kira markah untuk kertas 1 dan kertas 2 mate.atik upsr 2014..saya risaula..

  18. geetha 12 Ogos 2015 at 12:23 pm Reply

    1/2 minit boleh tulis 30minit Tanpa Jalan kerjakah? 10q

  19. Zaini bin Mohamed 15 September 2015 at 4:51 pm Reply

    kalau salan susah, adakah gred kebangsaan akan turun.

  20. Zaini bin Mohamed 15 September 2015 at 4:54 pm Reply

    ASALAM… KALAU SOALAN SUSAH, ADAKAH GRED A KEBANGSAAN AKAN TURUN CONTOHNYA A IALAH 78.sains tahun ni ada susah sikit tak sama macam sebelumnya.

  21. Rosmaizam 9 November 2015 at 10:14 pm Reply

    Assalamualaikum cikgu..saya nak tanya adakah ada harapan utk anak saya utk.mdapat A dalam sains upsr baru2 ni…dia hanya betul 22 jawapan dari 30 soalan bhgn a..adakah gred kebangsaan akan turun sebab soalan sains baru ni agak susah sikit..sekian tkasih..berharap mendapat jawapan dari cikgu.

  22. Cikgu Hamzah 10 November 2015 at 11:10 pm Reply

    W,salam… Terima kasih atas pertanyaan dan perbincangan tuan/puan. Mohon maaf agak lama tak ‘menjenguk’ dan mengemas kini blog ini.

    Soalan tahun ini dilihat agak susah. Begitu juga soalan UPSR (ulangan) tahun lalu, 2014. Saya tak berani untuk meramal adakah sempadan gred A-B diturunkan atau tidak. Berdasarkan kepada tahun-tahun sebelum, sempadan gred A-B ialah 86, manakala sempadan gred lulus pula sangat rendah (bawah 40). Jadi, saya berpendapat, sempadan gred untuk tahun ini mungkin kekal 86, atau jika turun pun, tidak sampai ke bawah 80. Mungkin 84 atau 82.

    Kita hanya berdoa semoga bahagian B dijawab dengan baik, dengan kaedah penandaan yang agak bertimbang rasa atau hadirnya keajaiban.

    Keputusan peperiksaan akan diumumkan minggu depan. Kita berdoa dan berserah semoga slip yang diterima menggembirakan kita semua.

    Apa pun keputusan anak-anak, kita sebagai ibu bapa dan guru harus terus memberi galakan dan dorongan, kerana UPSR hanyalah langkah awal sebelum masuk ke era sekolah menengah.

  23. AHMAD NAQIB 6B 2016 SK KLIA 9 Januari 2016 at 11:40 am Reply

    cikgu..boleh saya tahu apa itu pemboleh ubah dimalarkan..tolng jelaskan yer…

  24. zuhairah 23 Jun 2016 at 10:54 am Reply

    salam cikgu, boleh saya tahu pemarkahan subjek sains berdasarkan format yang terbaru,

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: