Saintis Muda… Akhirnya…

13 April yang lalu, tarikh pertandingan akhir untuk peringkat Daerah Klang, saintis-saintis muda dari sekolah-sekolah terpilih daripada peringkat zon masing-masing bersaing menunjukkan, mempamerkan, mem- apa lagi ya? He he he… Kemahiran sains mereka.

Oleh sebab terlalu gementar dan sedikit kecewa, tempat pertama dan tempat ketiga CH tak ingat langsung sekolah mana yang dapat. Tempat kedua CH ingat. Saintis Muda dari SK Pulau Indah 2. Tahniah ya. Masa sebut pulau, CH dah berdebar-debar dalam gembira. Bila sebut angka 2, CH hanya mampu menepuk-nepuk bahu mereka.

Apa pun, tahniah kerana anda berdua tetap menonjolkan kesungguhan, kemahuan, dan kecekalan walaupun tidak menang dalam 3 tempat teratas.

Masih tetap tersenyum lebar. Syabas adik-adikku.

Demi menghargai kesungguhan dan kecekalan mereka, CH bawa la mereka belanja makan set ayam goreng dengan air milo (ganti air berkarbonat – tak elok!) sebagai makan tengah hari mereka, di sebuah pasar raya besar terdekat.

Terima kasih Adam Aiman dan Muhammad Arash. Tahniah!

CH: Kesian mereka bila berada dalam kereta untuk bergerak dari sekolah ke tempat pertandingan, panas…. Maklum, pendingin hawa kereta tidak berfungsi… Tak merungut pun… Bagus!🙂

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: