Aku Bercerita

“Aku Bercerita” buku terbaharu Ramlee Awang Murshid yang bakal diterbitkan awal tahun 2013. Kepada peminat-peminat novel tulisan beliau, jangan tunggu dan berlengah. ๐Ÿ™‚

CH : Sekadar menghebahkan sahaja… ๐Ÿ™‚

Advertisements

Gardens by the Bay

Untung negara kita masih kaya dengan alam semula jadi tanah tinggi yang nyaman dan penuh dengan flora yang indah. Di negara jiran kita, Singapura, keadaan seperti itu diwujudkan dengan penuh teliti dan hampir menyamai suasana di tanah tinggi walaupun negara republik itu tidak mempunyai tanah tinggi. Jadi, kalau anda ke Singapura, bolehlah merasainya sendiri.

Memang best!

Peminat foto memang seronok sangat di sini…

Boleh nampak Singapore Flyer…

Siling yang unik dan praktikal.

Ada dua seksyen: Flower Dome dan Cloud Forest. Foto yang di bawah ni di Flower Dome. Foto di atas adalah di Cloud Forest.

CH dan Puan Besar memang seronok di dalam kedua-dua seksyen ini.

Di bahagian luar.

Untuk kita (bukan warganegara Singapura), kadar masuk ke Flower Dome dan Cloud Forest ialah SGD 28.00.

Direction-Map

Untuk ke sini, yang paling mudah ialah menggunakan MRT, turun di stesen Bayfront.

Untuk info yang lebih lanjut, boleh layari diย http://www.gardensbythebay.com.sg.

CH : Sebelum masuk ke lingkungan yang sejuk dan nyaman ini, panas mataharinya di luar sana, minta ampun!

Progres Rumah

Lama tak kemas kini rumah kami. Ada beberapa lawatan yang tidak diliputkan dalam blog ini. Terbaharu, gembira betul bila jalan telah ditar. Bermakna, rumah bakal diduduki! Tak sabarnya…

Lawatan berlaku Khamis lepas, 8 November 2012. Balik dari sekolah, tiba-tiba datang idea nak lajak ke Nilai. He he he… Kita tengok gambar saja, la ya?

CH : Menunggu dan menunggu… ๐Ÿ˜‰

Pergi Haji

Beruntung mereka tetamu ALLAH di tanah suci. Pada saat ini, mereka sedang dalam perjalanan ke Padang Arafah (menurut berita melalui facebook TV Al Hijrah) untuk rukun haji yang paling utama, iaitu wuquf di padang Arafah pada waktu Zuhur 9 Zulhijjah. Wuquf adalah satu rukun yang membezakan haji dan umrah. Perbuatan yang lain, seperti melontar jumrah, bermalam di Mina dsb merupakan wajib haji, yang jika ditinggalkan (sengaja atau tidak) dikenakan dam.

CH berdoa agar dapat kembali semula ke tanah suci setelah menunaikan ibadah haji bersama Almarhumah Bonda tercinta tahun 1998. Ketika itu, haji akbar (wuquf jatuh hari Jumaat) di mana haji akbar menjadi rebutan dan mencatat bilangan jemaah paling ramai berbanding haji lain.

‘Title’ haji merupakan budaya yang diterap di nusantara (Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei). Tujuannya untuk membangga-banggakan diri, tetapi sebagai galakan kepada orang lain agar pergi menunaikan haji. Di Malaysia, jika anda mendaftar sekarang, anda akan mendapat giliran melebihi 20 tahun kemudian. Pendaftar sangat ramai. Pendaftaran RM1300 di Tabung Haji (tidak ditolak di akaun, tetapi diblok. Bermakna baki minimum pada setiap masa dalam akaun ialah RM1300). Pun begitu, menurut staf di kaunter, jika wang telah mencukupi, kita boleh merayu untuk dipercepatkan giliran.

Terkesan dengan alunan nyanyian Ara S., lagunya “Pergi Haji”.

https://cikguhamzah.files.wordpress.com/2012/10/03-ara-s-e28093-pergi-haji.mp3

Pergi Haji

CH : Semoga beroleh haji yang mabrur…

Bagaimana Gabus Dihasilkan

Mari kita melawat kilang membuat gabus.

Eh, ada yang tak tahu gabus?

Gunanya sebagai penutup botol, bekas dan seumpamanya.

Oak gabus dituai setiap 9 tahun sekali dan ia tidak memudaratkan pokok kerana kulit pokok boleh tumbuh semula. Hutan gabus kebanyakannya terdapat di Sepanyol dan Portugal.

Haa… Ni la gabus…

Kredit :ย http://conteng2kreatif.blogspot.com

CH : Lawatan sambil belajar dalam beberapa minit…

Kucing Membalas Dendam

CH : Puas ati aku!

Jasa Guru

Lagu ketiga CH, Jasa Guru. Seperti sebelumnya, muzik disediakan oleh Arif Elmaula, berasaskan kepada lagu yang asalnya dinyanyikan oleh grup Nasida Ria, dengan vokal lagu ini, Hjh Mutoharoh.

https://cikguhamzah.files.wordpress.com/2012/10/jasa-guru.mp3

CH : Masihkah anda berhubung dengan guru anda?