Pergi Haji

Beruntung mereka tetamu ALLAH di tanah suci. Pada saat ini, mereka sedang dalam perjalanan ke Padang Arafah (menurut berita melalui facebook TV Al Hijrah) untuk rukun haji yang paling utama, iaitu wuquf di padang Arafah pada waktu Zuhur 9 Zulhijjah. Wuquf adalah satu rukun yang membezakan haji dan umrah. Perbuatan yang lain, seperti melontar jumrah, bermalam di Mina dsb merupakan wajib haji, yang jika ditinggalkan (sengaja atau tidak) dikenakan dam.

CH berdoa agar dapat kembali semula ke tanah suci setelah menunaikan ibadah haji bersama Almarhumah Bonda tercinta tahun 1998. Ketika itu, haji akbar (wuquf jatuh hari Jumaat) di mana haji akbar menjadi rebutan dan mencatat bilangan jemaah paling ramai berbanding haji lain.

‘Title’ haji merupakan budaya yang diterap di nusantara (Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei). Tujuannya untuk membangga-banggakan diri, tetapi sebagai galakan kepada orang lain agar pergi menunaikan haji. Di Malaysia, jika anda mendaftar sekarang, anda akan mendapat giliran melebihi 20 tahun kemudian. Pendaftar sangat ramai. Pendaftaran RM1300 di Tabung Haji (tidak ditolak di akaun, tetapi diblok. Bermakna baki minimum pada setiap masa dalam akaun ialah RM1300). Pun begitu, menurut staf di kaunter, jika wang telah mencukupi, kita boleh merayu untuk dipercepatkan giliran.

Terkesan dengan alunan nyanyian Ara S., lagunya “Pergi Haji”.

https://cikguhamzah.files.wordpress.com/2012/10/03-ara-s-e28093-pergi-haji.mp3

Pergi Haji

CH : Semoga beroleh haji yang mabrur…

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: