Lagu Anak Durhaka

Anak yang derhaka, walau bagaimana berjaya pun, selagi jiwa ibu masih luka, ke mana melangkah pun tidak akan ke mana-mana.

Hargailah ibu anda. Menatap wajahnya semata-mata sudah berpahala. Jika berjauhan, seringlah bertanya khabar dan ajaklah tinggal bersama (terutama ibu kepada suami, kerana ibu masih tanggungjawab penuh anak lelaki). Walaupun ibu bukan tanggungjawab anak perempuan yang telah bersuami, tetapi tidak membataskan untuk saling berkunjungan dan jika mendapat izin suami, ajaklah tinggal bersama.

Sekian lama dia berusaha bekerja dan melayan untuk kita semasa kita kecil dan bersekolah, adakah kita mahu terus mengenepikan ibu dengan alasan kita sibuk bekerja?

Lagu Dato M Daud Kilau – Lagu Anak Durhaka, amat mengusik hati CH. Ibu CH telah lama pergi 7 tahun lamanya. Terasa tidak puas untuk membalas pengorbanannya yang bersendirian dan kesunyian kerana CH bersekolah di asrama penuh + universiti. Hanya sempat setahun sahaja bersama selepas grad dan bekerja di sekitar rumah ibu.

Mudah-mudahan ALLAH mengampuni semua dosa ibu dan merahmati ibu, menggolongkan ibu dalam golongan hamba-hamba ALLAH yang beruntung. Amin.

CH : Doa anak untuk ibu adalah langsung – tidak bersekat. Doa kita – anak yang masih hidup, adalah harapan tertinggi ibu yang telah berada di sana. Moga ibu sempat mengampuni dosa-dosa anaknya ini, sebelum dia meninggalkan aku…

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: