Bulan Panitia Sains 2012

Pada 3 April 2012, majlis pelancaran Bulan Panitia Sains berlangsung. Macam biasa, didahulukan dengan ucapan Ketua Panitia Sains.

Diikuti ucapan dan perasmian oleh Puan Guru Besar, Pn Hjh Daunah bt Sitam.

Kelihatan CH sedang menyiapkan radas yang digunakan untuk gimik perasmian. Tapi sayangnya, saat GB merasmikan, kamera kehabisan bateri, dan pada saat pertukaran bateri, sesi tersebut telahpun tamat.

Gimiknya, dua orang saintis muda membawa sesuatu kepada Pn GB untuk diletakkan ke dalam bikar dan silinder penyukat dengan diiringi muzik.

Inilah dua saintisnya.

Inilah benda yang dimasukkannya. Apa itu?

Inilah namanya ais kering. Atau karbon dioksida pepejal.

Inilah jadinya apabila ais kering dimasukkan ke dalam air.

Sebab apa ya?

Ais kering atau karbon dioksida pepejal adalah dalam suhu -75.5 darjah celcius. Suhu air panas/suam, katakan 50 darjah celcius. Perbezaan suhu yang jauh menyebabkan kedua-dua bahan cuba untuk menyeimbangkan suhu, akibatnya karbonb dioksida pepejal bertukar kepada bentuk gas.

Gas yang dibebaskan terperangkap dalam molekul air. Itulah yang kita nampak seperti asap – sebenarnya adalah wap air yang memerangkap gas karbon dioksida yang sedang dibebaskan.

Sebagian murid yang teruja.

Saintis Muda yang mula-mula tadi entah hilang ke mana, maka dapat la dua saintis muda baru untuk bergambar bersama.

Sempena ini juga, diadakan demo Sains ke Kelas Pendidikan Khas dan juga Prasekolah.

 

 

Bila diletakkan sabun pula, buih-buih akan keluar kerana kali ini buih-buih sabun yang memerangkap gas karbon dioksida.

Buih yang diletupkan juga mengeluarkan ‘asap’.

CH : Sains memang menyeronokkan. Juga membuktikan kewujudan Tuhan.

22 thoughts on “Bulan Panitia Sains 2012

  1. arie kusuma 14 April 2012 at 12:14 am Reply

    wah.. ternyata seorang ilmuan ya?
    mantap2
    lanjutkan bang.
    lain kali ajarin saya ya. hehehe

    • Cikgu Hamzah 14 April 2012 at 5:59 pm Reply

      bisa aja… ilmu kan untuk dikongsi bersama-samaπŸ™‚

  2. lotsalurvey 14 April 2012 at 8:33 am Reply

    wow… terbaik

  3. rubie 16 April 2012 at 4:19 pm Reply

    kreatif….boleh buat jugak utk perasmian panitia sc skolah sy nnti..πŸ˜‰ errr..ais kering nk beli mana yea?

    • Cikgu Hamzah 16 April 2012 at 5:41 pm Reply

      Cikgu Rubie sekolah area KL ke? Boleh call GUANG WAH ENTERPRISE No Tel: 0166583836… ni kat Cheras… dekat dengan bulatan ke Bdr Tun Razak, yakni Taman Pertama… boleh beli sampai malam (niaga dari rumah)… saya beli di sini… satu kg RM7.00… atau search di link http://www.dryicedirectory.com/countries/malaysia.htm utk tempat-tempat lain.πŸ™‚

      • Cikgu Hamzah 16 April 2012 at 5:44 pm Reply

        Kalau nak pakai pagi esok, harus beli malam, kerana ais kering boleh mengeluap menjadi gas. Kena sediakan kotak tahan haba, dengan kertas-kertas akhbar sebagai penebat tambahan. πŸ™‚

  4. Sanggar Rohman 16 April 2012 at 7:15 pm Reply

    Ini untuk jamnya :
    {div style=”position:fixed;bottom:-15px;left:-30px;width:300px px;height:100px;”>[gigya width="280" height="100" src=" http://www.widgipedia.com/widgets/rohman/CLOCK-10517-8192_134217728.widget?__install_id=1324262558968&__view=expanded" width="280" height="100" quality="autohigh" loop="true" wmode="transparent" menu="false" allowScriptAccess="sameDomain" format=option] dan { dengan <

  5. Sanggar Rohman 16 April 2012 at 7:19 pm Reply

    duh sory maz, kodenya masih terbaca sbgai kde html nanti saya perbaiki, sya mw sholat dlu sbentar

  6. Sanggar Rohman 16 April 2012 at 7:47 pm Reply

    maz sudah saya kirim ke email

  7. syasya 16 April 2012 at 8:47 pm Reply

    saya akan ingat semua pesanan tu……….

  8. syasya 16 April 2012 at 8:49 pm Reply

    boleh cuba…..tu..

    • Cikgu Hamzah 16 April 2012 at 8:56 pm Reply

      Dipersilakan. Cuma, berhati-hati apabila mengendalikan ais kering. Jangan sentuh secara langsung, tetapi gunakan sepit atau apa-apa sahaja. Suhu ais kering yang terlampau rendah (terlampau sejuk) boleh mencederakan kulit.

  9. mustakim 14 Oktober 2012 at 10:13 am Reply

    tahniah kepada semua guru terutama guru sains. pendedahan yg amat baik. boleh dijadikan contoh bah ni

  10. eizz 9 Mac 2013 at 2:37 pm Reply

    salam cikgu..nak tnya..kt mana nak beli ais kering tu??

  11. alina 27 Mac 2013 at 11:38 am Reply

    Sy di Batu Pahat, Johor. Kedai apa yang ada jual bahan kimia mcm ni?

  12. Linn 4 April 2013 at 2:16 pm Reply

    Sy pnh beli 2thn lps di sebuah kdai di johor jaya, jb.

    • apiz 12 April 2013 at 12:06 pm Reply

      Johor jaya kat mane ek?nk gune jugam ni

  13. Savefrance 11 Julai 2013 at 1:52 pm Reply

    Slm Sjhtra ckgu.. mana nak dpt ais pepejal tu..

    • Cikgu Hamzah 30 Julai 2013 at 2:37 pm Reply

      Itu ialah ais kering. Boleh bertanya kepada penjual ais krim bermotosikal.πŸ™‚

  14. INSAN BIASA :) 1 Oktober 2013 at 10:10 am Reply

    Maklumatnya sgt berguna…TQ.berlaku proses pemejalwapan apabila ais dimasukkan ke dalam air.

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: