Gempa

Kejadian gempa berlaku baru-baru ini. Kita doakan moga-moga saudara-saudara kita selamat di sana.

Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud dicatatkan pada jarak 465 kilometer barat daya Bandar Aceh, sebentar tadi (kira-kira 4.38 petang waktu Malaysia) . Susulan kejadian itu, Agensi Geofizikal Indonesia mengeluarkan amaran tsunami. – Reuters.

Dipetik dari Sinar Harian:

Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) mengesahkan gempa bumi kuat di utara Aceh petang tadi telah mencetuskan tsunami dan gelombang tsunami sudah mula bergerak ke arah pantai Aceh tetapi impaknya masih belum jelas.

Sehubungan itu, agensi tersebut telah menasihatkan pihak berkuasa negara-negara di rantau Lautan Hindi supaya mengambil tindakan sewajarnya.

Kawasan Aceh seringkali dilanda gempa bumi. Gegaran paling buruk, yang berlaku pada Disember 2004, telah meragut 170,000 nyawa di Aceh.

Seorang pegawai dipetik Reuters berkata, dua jam selepas gempa bumi pada ukuran 8.7 melanda barat laut Aceh, tsunami 17 sentimeter (6.7 inci) sudah mula dikesan dan sedang menuju ke arah pantai Aceh.

Gegaran susulan pada ukuran 6.5 juga dirasai tetapi Presiden Indonesia berkata tiada laporan kerosakan atau kematian di Aceh setakat ini.

Pegawai-pegawai Thailand juga mengeluarkan amaran berpindah di kawasan-kawasan tumpuan pelancong di Phuket dan Phangnga serta di beberapa wilayah di sepanjang pantai.

Pihak berkuasa India juga meletakkan amaran di peringkat merah bagi kepulauan Andaman dan Nicobar, dan amaran peringkat rendah di Andhra Pradesh dan Tamil Nadu. Ia antara kawasan dilanda tsunami pada Disember 2004.

Malaysia dan Sri Lanka juga telah meminta penduduknya agar mengelak kawasan pantai.

Penduduk di Aceh memberitahu gegaran dirasai untuk tempoh yang lama.

“Ia bermula dengan gegaran kecil dan kemudian menjadi kuat,” demikian menurut seorang korespoden AFP. Gegaran dirasai kira-kira lima minit.

Gempa bumi 8.7 hari ini tercetus di kawasan yang sama tragedi 26 Disember 2004. Gempa bumi lapan tahun lalu dianggarkan berukuran 9.1.

Laporan Bernama menyebut, Aceh digegarkan gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter dengan gegaran berpusat di 364 km ke barat daya daerah Simeulue menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk di kawasan pantai di beberapa provinsi di sekitarnya.

Gempa tektonik yang berlaku pada pukul 3.38 petang waktu tempatan itu serta gempa susulan 8.5 SR beberapa saat kemudian, dipercayai berpotensi menyebabkan tsunami di lima provinsi iaitu Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu
dan Lampung.

Pusat gempa itu ialah pada kedalaman 10 km di bawah permukaan laut.

Ketua Bidang Pelayanan Data dan Maklumat Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia Wilayah I Medan, Hendra Suwarta berkata gempa bumi itu berlangsung selama 15 saat.

Belum ada laporan mengenai korban jiwa atau kerosakan harta benda.

Pemantauan pihak berkuasa mendapati gegaran dirasakan oleh penduduk di hampir semua wilayah Aceh serta beberapa daerah lain di luar provinsi itu termasuk Mandailing Natal dan Tapanuli Tengah di provinsi Sumatera Utara.

CH : Tadahkan tangan, mohonkan doa untuk kita dan saudara kita di seluruh dunia.

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: