Fail Dalam Folder – Hilang?

Mungkin anda pernah mengalaminya. Atau sedang mengalaminya sekarang? CH juga pernah terbaca tajuk seperti di atas. Oleh sebab tak terkena batang hidung sendiri, maka CH pun buat tak kisah sajalah. Tapi bila CH dah terkena, memang meraung 7 hari 7 malam bila semua fail dalam folder yang disimpan dalam storan luar (external hardisk) hilang! Semua fail CH susun dalam folder supaya senang nak dicari.

Bayangkan, bila CH memerlukan? Cucuk sahaja external hardisk, semua folder menjadi shortcut???

Banyak fail penting telah hilang! Mujur bila CH kongsi di facebook, ramai rakan yang berkemahiran dalam TMK (ICT) yang membantu. Akhirnya, fail yang hilang (atau folder sebenar) dapat dikembalikan. Sebagai rasa gembira dan bersyukur, CH kongsikan di sini bagaimana untuk mendapatkan kembali folder sebenar.

Pertama, kita kena kenal pasti volume external hardisk atau pendrive kita.

Contoh yang di atas, ialah G. Kemudian, masuk ke command.

Taip cmd. Enter. Akan keluar tetingkap seperti di bawah.

Taip:

attrib +a -r -s -h D:\*.* /s /d

jika volumenya D.

Kalau G,

attrib +a -r -s -h G:\*.* /s /d


Kalau C?

command prompt

Kemudian, semaklah semula fail dalam external hardisk / pendrive, semua folder telah dikembalikan.

Ini kerana, virus berkenaan bukan menghilangkan fail, tetapi hanya menyorokkan fail kita. Tapi, itu pun sudah mengejutkan kita, kan? Mengurut dada CH kelegaan bila fail tersebut masih ada.

CH mengucapkan berbanyak-banyak kepada rakan-rakan CH dan juga laman blog yang CH rujuk untuk diolah semula dalam blog CH bagi membantu rakan-rakan yang lain, seperti IT Info,  Ceritera Arif, dan lain-lain.

CH : Kenapalah ada virus pada komputer…

About these ads

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 50 other followers