Sizzling Stonegrill

Pernah terbayang kita memasak sendiri daging mentah di atas batu?

Anda boleh rasai pengalaman ini di Johor Bahru. Yang CH tahu, ada dua cawangan di JB iaitu di Plaza Pelangi dan JUSCO Tebrau City. Rasanya ada lagi di tempat lain. Tapi yang penting dan muktamad, Kuala Lumpur tak ada cawangannya.

Dekorasi dalam restoran di AEON Tebrau City.

Batu ini menurut petikan akhbar Utusan Malaysia (rencana 6 Jun 2010) merupakan batu gunung berapi yang diimport dari Australia. Batu ini dipanaskan dan mampu menampung haba setinggi 400’C!

Jadi, kita order apa yang hendak dimakan, daging mentah (ayam, daging, makanan laut) akan dihidangkan di atas batu yang telah dipanaskan bersama set kentang goreng atau nasi goreng dan jagung. Jadi, kita boleh la melekakan diri memanggang sendiri.

Dah kenyang…

Datang ke JB, boleh la mencuba, ya. Tak tahu di mana AEON Tebrau City atau di mana Plaza Pelangi? Guna je GPS.😉 Jangan marah….

CH : Dibakar tanpa minyak… Memang makanan yang menyihatkan…🙂

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: