Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2012

Kepada adik-adik lepas SPM (yang mana keputusan akan diumumkan 21 Mac ini), dan berminat untuk menceburi bidang perguruan sebagai profesyen utama, boleh mula memohon. Sila rujuk akhbar-akhbar tempatan utama untuk makluman lanjut.

Maklumat tambahan, yang dipetik dari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia.

  1 Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga
 
  2 Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada  kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan  keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad
 
  3 Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG)
 
  4 Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan
 
  5 Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri
 
  6 Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian PelajaranMalaysiasetelah calon melapor diri di IPG
 
     
  PENDAFTARAN
  Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh seperti berikut (tarikh tertakluk kepada pindaan):

BIL

PROGRAM

TARIKH DAFTAR

1

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP)  

18 Jun 2012

       

 

     
  Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon
     
  IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
  Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan  termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus

 

Bidang yang ditawarkan.

BIL KOD BIDANG BIDANG YANG DITAWARKAN
1 S050M0000P Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKC)
2 S060M0000P Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKT)
3 S010E0000P Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (SK)
4 S050E0000P Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (SJKC)
5 S060E0000P Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (SJKT)
6 S010A0000P Bahasa Arab Pendidikan Rendah (SK)
7 S010T0000P Bahasa Tamil Pendidikan Rendah (SK)
8 S010C0000P Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SK)
9 S010B0000P Bahasa Iban Pendidikan Rendah (SK)
10 S010K0000P Bahasa Kadazan Dusun Pendidikan Rendah (SK)
11 S051M0000P Matematik Pendidikan Rendah (SJKC)
12 S061M0000P Matematik Pendidikan Rendah (SJKT)
13 S051S0000P Sains Pendidikan Rendah (SJKC)
14 S061S0000P Sains Pendidikan Rendah (SJKT)
15 S017B0000P Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah (SK)
16 S057B0000P Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah (SJKC)
17 S067B0000P Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah (SJKT)
18 S016S0000P Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah (SK)
19 S056S0000P Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah (SJKC)
20 S066S0000P Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah (SJKT)
21 S057K0000P Bimbingan dan Kaunseling (SJKC)
22 S067K0000P Bimbingan dan Kaunseling (SJKT)
23 S015A0000P Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (SK)
24 S016V0000P Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (SK)
25 S056V0000P Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (SJKC)
26 S066V0000P Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (SJKT)
27 S016J0000P Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (SK)
28 S056J0000P Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (SJKC)
29 S066J0000P Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (SJKT)
30 S057C0000P Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah (SJKC)
31 S067C0000P Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah (SJKT)
32 S017M0000P Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (SK)
33 S057M0000P Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (SJKC)
34 S067M0000P Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (SJKT)
35 S057R0000P Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah (SJKC)
36 S067R0000P Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah (SJKT)

Maklumat lanjut dan permohonan, layari http://apps1.moe.gov.my/kplspm/kplspm2012/index.cfm

CH : Biarlah yang memohon, ikhlas bercita-cita menjadi guru… Selamat memohon…🙂

19 thoughts on “Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2012

  1. Lion_ 18 Mac 2012 at 10:03 pm Reply

    cikgu,apakah beza antara KPLSPM dan PISMP??

    • Cikgu Hamzah 19 Mac 2012 at 6:12 pm Reply

      KPLSPM adalah kursus persediaan sebelum memasuki program ijazah PISMP.
      Sepertimana standard di universiti juga, sebelum mengambil program ijazah, pelajar mesti melalui program persediaan seperti STPM, A Level, matrikulasi, asasi dll…🙂

  2. Lion_ 19 Mac 2012 at 10:13 pm Reply

    terima kasih cikgu..

  3. nisha 20 Mac 2012 at 1:13 pm Reply

    cikgu,sy terima berita yg result spm 2011 keluar 22 mac

    • adalah... 21 Mac 2012 at 11:26 am Reply

      dah keluar pun…. tahniah kepada siapa-siapa yang cemerlang…………🙂

      • belum amik result 21 Mac 2012 at 11:27 am Reply

        alhamdulillah…………. suke3…

        • Cikgu Hamzah 22 Mac 2012 at 8:02 am Reply

          Apa yang “suke3” tu… Keputusan cemerlang, ke? Tahniah cikgu ucapkan.🙂 Merancang untuk lanjutkan pelajaran di mana? Semoga berjaya mencapai cita-cita.🙂

      • Cikgu Hamzah 22 Mac 2012 at 7:59 am Reply

        CH juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diterima semalam.
        Kepada yang menerima keputusan yang kurang memberangsangkan, peluang pendidikan masih ada banyak terbentang di hadapan. Usah berhenti mencari ilmu dan sibuk mencari kerja semata-mata.
        Biar kita bekerja dengan pengkhususan berlandaskan kelayakan dan pengetahuan formal.
        Selamat maju jaya.🙂

  4. Dilema 22 Mac 2012 at 4:34 pm Reply

    Adakah saya memiliki peluang utk pergi ke maktab kalau result saya cuma 1 A, 3 B, 3C = 6 Kredit?

  5. sukma rostam 24 Mac 2012 at 10:26 am Reply

    bgaimana hndak mmohon msuk ke maktab prguruan?

  6. sukma rostam 24 Mac 2012 at 10:29 am Reply

    apakh sdkit sbyk syrt msuk mktab nie?🙂

    • Cikgu Hamzah 24 Mac 2012 at 10:37 pm Reply

      CH menyalin semula apa yang tertera dalam iklan akhbar berkenaan. Mungkin ada pembaca yang tidak jelas.

      Warganegara Malaysia
      Tidak lebih 20 tahun pada 30 Jun 2012
      Aktif kokurikulum
      Sihat fizikal dan mental
      Cemerlang dalam mana-mana 3 mata pelajaran SPM
      Serta sekurang-kurangnya kepujian dalam
      Bahasa Melayu, Sejarah, dan satu mata pelajaran lain
      Mesti lulus Bahasa Inggeris

      Untuk memohon, layari http://www.moe.gov.my, dengan nombor pin dibeli di mana-mana Bank Simpanan Nasional, RM6.00. Nombor pin yang sama akan digunakan untuk semakan dan lain-lain yang berkaitan.

      Selamat memohon.🙂

  7. Habib Ahmad 26 Mac 2012 at 12:38 pm Reply

    Majlis2 Ilmu :

    Majlis Maulidul Rasul SAW & Haul Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani RA : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/419611_10150700057071999_295419981998_11671486_441838937_n.jpg

    Bersama Habib Ali Al Jufri di IIUm :

    Seminar ‘MANHAJ NABAWI’ -UNIVERSITI AS-SOFA : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/p1-1.jpg

    Mawlid Perdana di Masjid Besi Putrajaya : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/428994_2853139007931_1243224936_32310278_1731500179_n.jpg

    Sertailah Facebook kami : http://www.facebook.com/pondokhabib

    PESTA BUKU ANTARABANGSA KL KLIK : http://suka.pts.com.my/index.php/hebah/pbakl/100001039522731

  8. smallgirlbigdream 26 Mac 2012 at 12:48 pm Reply

    Kalau saya minta pendidikan jasmani sebagai major,adakah peluangnya cerah untuk diterima?
    -just asking🙂

  9. Weed 23 Mac 2013 at 3:50 pm Reply

    Hai, cikgu, sebenarnya saya sangat keliru.. Bagi sesiapa yang lepasan Spm tu, yang berminat nak jadi cikgu, di mana kami nak memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan ini? Adakah KPLSPM atau PISMP? Apakah perbezaan antara kedua-dua ini sebenarnya?

  10. Weed 23 Mac 2013 at 4:01 pm Reply

    Kenapa dalam borang permohonan ini tak da minta pin number?

    • Cikgu Hamzah 25 Mac 2013 at 6:45 am Reply

      Hai… Tentang pin# tu, saya kurang periksa🙂
      Tentang perbezaan KPLSPM dan PISMP, KPLSPM ialah kursus persediaan sebelum meneruskan pengajian ke peringkat ijazah. Senang kata, KPLSPM ini pra-PISMP… Calon guru akan melalui KPLSPM, baru masuk PISMP.

  11. Weed 26 Mac 2013 at 9:37 am Reply

    Saya sudah mendaftar KPLSPM hari itu, saya ada tengok borang tu, dia minta angka giliran dan number kad pengenalan sahaja, number pin tidak ada langsung pun.. Apa-apa pun, terima kasih, sekarang saya sudah faham perbezaan antara KPLSPM dan PISMP.🙂

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: