Sehari Bersama Nasida Ria

Grup Nasida Ria mungkin agak asing bagi kebanyakan rakyat Malaysia, tetapi nama Nasida Ria sudah sinonim bagi peminat-peminat lagu-lagu Islami di Indonesia. CH juga mengira di Malaysia ada juga sebilangan yang meminati lagu-lagu Nasida Ria apabila CH pernah mendengar lagu-lagu mereka dimainkan semasa selingan di majlis rasmi, juga di majlis perkahwinan, dan juga lagu Nasida Ria pernah dinyanyikan semula oleh grup Al Mizan, Adinda, juga grup-grup nasyid ‘bawah tanah’ seperti yang pernah terdengar di Kota Bharu, Kelantan, juga melalui Melaka FM, IKIM.fm, saluran Suara Islam, dan banyak lagi. Jika CH ke toko-toko kaset dan VCD, VCD Nasida Ria yang diedarkan di Malaysia oleh NSR dan juga Incitech juga kehabisan/berkurangan, kaset-kaset (zaman kaset) yang diedar oleh Musicland, dll juga banyak dibeli, dan bila ditanya kepada pemilik toko, pembeli-pembelinya adalah orang tempatan, bukan warga Indonesia yang bekerja di sini.

Yang membezakan, tiada publisiti melalui media mungkin disebabkan tidak ada MoU atau perjanjian kontrak kepada satu-satu pengedar tunggal di Malaysia yang menyebabkan pengedar di Malaysia lebih daripada satu. Tiada publisiti, maka, tiada siapa yang tahu melainkan orang itu yang mencarinya sendiri. Macam CH.

Berkat kepada kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini, CH dapat mengikuti perkembangan dan aktiviti Nasida Ria melalui facebook. Ternyata fans NR banyak terdiri daripada anak-anak muda lelaki. Satu daripada aktiviti konsertnya di Jakarta kebetulan masa cuti sekolah membawa CH secara spontan (maksudnya, tanpa perancangan awal) ke Jakarta (lihat entri sebelumnya) pertama atas jemputan empunya majlis Tn Hj Rusmin kerana majlis berkhatan anakandanya, kedua kerana show Nasida Ria yang juga atas jemputan/tajaan Tn Hj Rusmin buat tetamu-tetamu dan penduduk sekitarnya. Tn Hj Rusmin ni peminat tegar Nasida Ria. Sebab itulah beliau boleh memanggil Nasida Ria untuk membuat persembahan sempena majlisnya.

Bertemu janji di Terminal Pulogadong (CH dan Puan Besar tiba menggunakan Busway), kami berkenalan dengan rakan-rakan fans melalui facebook.

Dari kiri, Mas Irin, Mas Amin, Mas Lukman (sudah dikenali sejak semalam – rujuk entri Jakarta). Ini kami dari Pulogadung menaiki angkutan umum KWK 30 ke Ujung Menteng, lokasi Tn Hj Rusmin.

Yang ini Mas Edi, Mas Hariri, Mas Hardy. Kelihatan yang duduk di hadapan, Mbak Puan Besar. He he he… Terikut-ikut bahasa panggilan mereka. Mereka amat menghormati sesama mereka dan sepertinya mereka tidak pernah memanggil tanpa bahasa sapaan di hadapan. Mas untuk lelaki (panggilan umum, sama ada sudah berumah tangga atau belum) dan mbak (panggilan umum perempuan, sama ada puan atau cik). Kalau tinggi sikit ‘darjatnya’ sama ada “ibu” (puan) atau “bapak” (encik/tuan). Mereka juga membahasakan “kang”, “kak”, “abang”, dll.

Di hadapan dewan, tempat diadakan majlis jamuan sempena majlis berkhatan anaknya. Di sini, majlisnya agak ‘grand’. Nak tahu kenapa?

Anak yang diraikan duduk di singgahsana yang kalau di tempat kita biasanya untuk majlis berkhatam atau majlis perkahwinan. Pelamin lengkap dengan ‘water feature’.

Bersama dengan tuan hajat, Tn Hj Rusmin dan anaknya. Muda lagi, kan?

Kemudian, kami menikmati hidangan jamuan dan selepas itu, kami bergerak ke rumah tuan hajat kerana grup Nasida Ria bertandang ke rumah beliau untuk persiapan “uji sistem PA”.

Meja bufet. Kelihatan cawan Aqua disusun cantik membentuk bulatan.

Bersama dengan kenalan baru.

Bersama pengurus (manager) Nasida Ria, Bapak Choliq Zain.

Hjh Nadhiroh dan Hjh Mutoharoh. Penyanyi. Muzik utama Hjh Nadhiroh biola, Hjh Mutoharoh seruling.

Hjh Nurhayati. Penyanyi dan pemuzik. Muzik utamanya biola.

Bagaikan wartawan Melodi aja, Mas Amin ni.

Hjh Nadhiroh, Hjh Mutoharoh, Hjh Nurhayati, Hjh Nurjanah dan Hjh Afuwah. Fans yang baru tiba duduk dua dari kiri Mas Irin. Juga penyanyi. Muzik utama Hjh Nurjanah biola. Hjh Afuwah gendang. Ada lagi yang keluar menyambut kami tetapi tak berkesempatan bergambar kerana bersiap untuk uji sistem sebentar lagi. Mereka bila CH jumpa dengan wajah ‘biasa’ (tanpa solek, dengan pakaian biasa) memang pangling habis!

Ini….. Di pentas konsert.

Hjh Hamidah. Betulkan tune mandolin.

Mbak Titik, dan Mbak Hjh Rien Jamain (bass).

Mbak Sofiatun, dan Mbak Siti Romna. Kedua-duanya pemain keyboard.

Mbak Sofiatun, juga menguji biola. Antara kelebihan personil Nasida Ria, mereka mahir bermain lebih satu alat muzik. Contoh Mbak Sofiatun mahir memainkan keyboard, biola, gitar. Hjh Afuwah: gendang, bass. Hjh Nadhiroh: biola, seruling. Oleh sebab setiap lagu dinyanyikan oleh orang yang silih berganti, maka  begitu juga pemain muziknya. Dan satu lagi yang mengagumkan, mereka menyanyikan dan memainkan lagu berdasarkan permintaan hadirin yang hadir. Tak silap hanya empat lagu yang memang mereka bawakan tanpa request pada malam tersebut. Dengan koleksi kurang lebih 500 buah, mereka bersedia memenuhi permintaan tanpa menolak. Berdasarkan budaya di sini, setiap request disertakan wang sumbangan. Jadi, setiap request tidak akan ditolak walaupun sumbangannya rendah. Selain request dipenuhi, jumlah sumbangan juga dinyatakan.

Mbak Hjh Afuwah dan Mbak Titi.

Hjh Rien Jamain, bertindak sebagai pengendali acara (MC). Walaupun namanya “sound check”, tetapi mereka membuat persembahan percubaan kira-kira 1 jam juga. Persembahan mereka juga mengagumkan. Sangat mengagumkan walaupun hanya prakonsert.

Persembahan prakonsert yang pertama dengan persembahan muzik instrumental.

Video-video ini adalah dari rakaman kamera digital CH sendiri.

🙂

Diikuti beberapa lagu seperti Jasa Guru, Nabi Muhammad Mataharinya Dunia, dan lain-lain.

🙂

🙂

Gambar beramai-ramai bersama fans Nasida Ria dan tuan hajat.

Anggota Nasida Ria, bermula dari kiri nombor 3, Sofiatun, Hjh Nadhiroh, Hjh Afuwah, Siti Romna, Hjh Mutoharoh, Uswatun Hasanah, Titi, Hjh Nurhayati, Hjh Rien Jamain, Hjh Nurjanah, Hjh Hamidah, Thowiyah. Total – 12 orang.

Amin Bakrie berkhayal sebagai Sofiatun? Puan Besar bersama fans dari Taiwan (menuntut di institusi pengajian tinggi di Jogjakarta), Susan, Sofiatun dan Hjh Rien Jamain.

Puan Besar boleh bermain biola ke?🙂 Tangan macam kekok, je…😉

Maghrib di musholla (di sini tidak digunakan istilah surau), bergambar bersama anak-anak tempatan. Bocah yang comel lagi ramah serta berbudi bahasa. Usai solat, tangan CH yang disalami dahulu.🙂

Makan malam di sebuah rumah makan kecil berdekatan.

Langsung, selepas Isya CH ke lokasi konsert, tempat yang sama jamuan. Dan kesempatan bertemu artis-artis qasidah terkenal Indonesia, bergambar sebelum acara dimulai.

Mak Cik yang duduk paling kiri pun tumpang bergambar, He he he…

Yang kelihatan di sini, duduk paling kiri Titi Thowiyah, Hjh Hamidah, Sofiatun, Uswatun Hasanah, Titik. Berdiri Hjh Nurhayati, Siti Romna, Hjh Nurjanah. Sebelahnya Mbak Vina, fans Nasida Ria, juga kenalan facebook CH.

Bersama tuan hajat, isteri, dan anak yang diraikan.

Yang ni gambar dari jurufoto Tn Hj Rusmin. Cantik dan jelas.

Hjh Nurjanah, Hjh Afuwah, Hjh Rien Jamain, Siti Romna, Hjh Nurhayati, Hjh Mutoharoh, Uswatun Hasanah, Hjh Hamidah, Sofiatun, Hjh Nadhiroh, Titi Thowiyah, Titik.

Persembahan pembukaan dengan dua buah lagu instrumental. Lagu pertama mempamerkan kebolehan Hjh Nadhiroh menggesek biola dari belakang badan, manakala Hjh Nurhayati menggesek biola dengan menggerakkan biola.

Persembahan instrumental – wajib tonton :

🙂

Sebagai peminat tegar Nasida Ria, beliau juga pasti ingin bersama dengan mereka di atas satu pentas. Beliau menyumbang lagu “Permata Sayang”, “Khitanan” dan “Dunia Dalam Berita”.

Penuh penghayatan. Suaranya memang sedap. Macam dah biasa berlatih dengan band Nasida Ria.😉

Antara lagu yang dibawakan Hjh Mutoharoh, Sholawat Salam.

Sholawat Salam, Hjh Mutoharoh :

🙂

Tak banyak lagu yang sempat dirakamkan. Maklum la guna kamera digital. Memori tak cukup. Jadi lagu tak dapat rakam semua. Persembahan 3 jam setengah. Satu lagi lagu yang sempat dimuat naik ke youtube ialah lagu Obat Hati.

Obat Hati,  vokal Hjh Rien Jamain :

🙂

Persembahan penutup, lagu Insya ALLAH. Bukan Insya ALLAH Maher Zain, ya.

Bergambar lagi selepas konsert.

CH sangat salut kepada mereka. Dengan persembahan tanpa henti 3.5 jam ( waktu Malaysia 9.00 malam – 12.30 pagi ), walaupun dengan kepenatan, perlukan istirahat, tetapi kami tetap dilayan mesra dengan senyuman, sudi bergambar dan ramah dalam bicara. Walaupun Nasida Ria gah dan memiliki tempat tersendiri dalam jalur genrenya, mereka tetap merendah diri. Semoga Nasida Ria terus kukuh berdiri , 1975 – kini.

CH : Pengalaman pertama menyaksikan Nasida Ria live yang takkan terlupakan. Impian sejak zaman sekolah, akhirnya tercapai. Alhamdulillah.

5 thoughts on “Sehari Bersama Nasida Ria

  1. Jakarta « Cikgu Hamzah Suleiman 22 Februari 2012 at 9:20 pm Reply

    […] Sehari Bersama Nasida Ria […]

  2. fitri 3 April 2012 at 4:05 am Reply

    wah….hebat ea….yg dr mlysia pun dh tgk NR tp yg dr indon sndr lom prnh tgk

    • Cikgu Hamzah 3 April 2012 at 11:33 am Reply

      Mas Fitri dari Indonesia? Cara bahasa/perkataan, macam dari Malaysia je. Kenal Nasida Ria, ke?

      Ya, alhamdulillah… Berkesempatan bareng dengan teman-teman kenalan facebook yang meminati NR dan nonton serta bertatap muka dengan setiap personil.🙂

  3. Rifa'i Irama 25 April 2012 at 7:49 pm Reply

    Mantabz… Tanks tuk Berbagi Tentang Nasida Ria nya Bang…

    • Cikgu Hamzah 26 April 2012 at 8:27 am Reply

      sama-sama… di blog ini juga mengandung lagu-lagu Nasida Ria dkk juga… boleh klik di Arkib – Qasidah Moderen untuk mendengarkan lagu-lagunya🙂

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: