Barzanji

Alunan barzanji mulai kembali aktif di kebanyakan tempat di negeri Johor dan juga di negeri-negeri lain sempena maulidurrasul yang mana jika di Johor, sambutannya hingga menjelang Ramadhan. Di dalam syair barzanji yang mengisahkan perjalanan hidup baginda Rasulullah s.a.w,  juga mengandungi bacaan selawat yang mendoakan Nabi Muhammad agar dilimpahi rahmat kesejahteraan.

Nama barzanji diambil dari nama pengarangnya iaitu Syeikh Ja’far al-Barzanji bin Hasan bin Abdul Karim. Beliau lahir di Madinah pada tahun 1690 dan meninggal tahun 1766. Barzanji berasal dari nama sebuah tempat di Kurdistan –  Barzinj. Karya beliau asal sebenarnya berjudul ‘Iqd al-Jawahir (kalung permata) yang disusun untuk meningkatkan kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w, kemudian kini lebih terkenal dengan nama penulisnya.

Lagu qasidah moderen (nasyid) Barzanji oleh artis Puspita Records, Jakarta. Jika sebelum ini CH menghadirkan Nasida Ria di samping Nida Ria dan El Hawa, Puspita Records juga ada grup bernama Sahara Timur. Seperti Nida Ria dan El Hawa, CH juga kurang mengenali personil grup Sahara Timur. Hanya Nasida Ria yang melekat di minda. ;-) 

CH : Marilah kita bersholawat untuk Nabi.

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: