Hari-hari Terakhir di Sekolah Pertama

Saat blog ini ditulis, CH sudahpun hampir sebulan bertugas di sekolah kedua dalam perkhidmatan CH sebagai guru. Pun begitu, sengaja CH abadikan juga kenangan pada hari-hari terakhir di sekolah pertama bersama rakan guru dan yang paling mengesan dalam hati CH ialah murid-muridnya. Beberapa tahun CH mengajar, murid tahun VI 2011 kali ini yang paling rapat dengan CH.

Antara guru Tahun VI semasa majlis jamuan perpisahan murid Tahun VI 16 November 2011.

Ucapan wakil murid, Adik M. Hanif Saiful Nizam.

Guru Besar dan guru-guru Penolong Kanan.

Pada keesokan hari, 17 November 2011, merupakan majlis penyampaian hadiah kecemerlangan yang mana serentak dengan pengumuman keputusan UPSR.

Pengacara majlis. Sepatutnya CH, tetapi bertukar tugas, kerana serentak hari yang sama, sebagai penyelaras Tahun VI, untuk mengambil slip keputusan peperiksaan.

CH mengumumkan analisis UPSR.

Alhamdulillah, peratus menguasai (lulus semua mata pelajaran) bertambah. Bilangan murid mendapat 5A juga bertambah. Syukur ya ALLAH.

Sebilangan murid yang cemerlang dalam UPSR.

Jamuan guru merangkap jamuan perpisahan CH.

Memotong kek.

Apa agaknya yang menyeronokkan mereka, ya…

Terima kasih atas tanda perhargaan kalian semua.

Terima kasih…

Hari terakhir (18 November 2011) bersama murid-murid Tahun VI…

Kenapa muka CH begitu? Ha ha ha…🙂

Perut kebahagiaan. He he he…

Bersama rakan-rakan guru di bilik guru.

Terima kasih teman-teman. Terima kasih adik-adikku. Kalian yang terbaik dalam kenanganku pada permulaan khidmatku dalam perguruan. Antara yang mengesan dalam hatiku, cikgu-cikgu yang dah macam kakak sendiri. Antaranya, Kak Umi, Kak Nor, Kak Fidah, Kak Rosliza, Kak Nun, Kak Saba dan lain-lain. Juga Kak Ina (Pn Siti Haslinah) yang teristimewa kerana wajahnya hampir mirip wajah alm. bonda CH. Jelas wajah keibuannya. Juga Pn Guru Besar, Pn Hjh Zulliana, walaupun baru berkhidmat di sekolah ini belum setahun, tetapi kemesraannya bagai sudah lama dikenali. Juga bagaikan abang, Abg Munir, Cikgu Kamal. Ust Harris juga. Nama yang tak tersebut, jangan ambil hati.  

Kepada semua adik CH, semoga sentiasa ingat kepada cikgu kamu serta cikgu-cikgu lain. Terima kasih kepada yang sentiasa berhubung melalui sms, telefon dan facebook. Semoga kita terus akrab sampai bila-bila. CH rindukan kalian.

CH : Rindu sampai termimpi-mimpi!

3 thoughts on “Hari-hari Terakhir di Sekolah Pertama

  1. editor 26 Januari 2012 at 7:22 pm Reply

    Salam CIkgu Hamzah

    Mohon promosi laman web sains kepada murid-murid cikgu.

    Terutamannya isu-isu semasa dalam sains eg:
    http://www.majalahsains.com/2012/01/fenomena-ribut-matahari-cetus-kebimbangan/
    http://www.majalahsains.com/2012/01/fenomena-aurora-dari-ribut-matahari/

    dan juga waspada bahaya ‘Kencing Tikus”
    http://www.majalahsains.com/2012/01/bahaya-wabak-kencing-tikus/

    Terima kasih!

  2. nurul ain binti zainuddin 5 Mei 2013 at 12:40 am Reply

    cikgu amir saya bekas pelajar pulau indah.mesti cikgu tak kenal.kite adik zulkarnain.cikgu pelajar pulau indah, zaim ngan daus STill nakal lagi ke

    • Cikgu Hamzah 30 Julai 2013 at 2:46 pm Reply

      Rindu pula saya kepada murid-murid ex-SKPI 2011 dan 2010… Nakal lagi ke, mereka? Dah pandai bergaya, nampak kat facebook.🙂

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: