Facebook

Facebook mencetus fenomena global yang masih dirasai hingga kini. Mungkin ada sesetengah yang tidak dihinggapi virus facebook, tetapi majoriti manusia mengalami. Hingga waktu bekerja, waktu pengurusan di rumah, waktu untuk bersama keluarga, juga bersama rakan-rakan, bilatah lagi facebook diakses bukan lagi dari komputer desktop, bahkan dari komputer riba, iPad, dan apa-apa sahaja yang CH pun takut salah nak sebut.

Itu dari aspek penggunaan masa. Bagaimana dengan penggunaannya? Kita bijak? Kita Muslim? Kita rakyat yang berbudi? Berhemah? Berpendirian mulia? Gunakanlah facebook sebagai wadah untuk lebih mengenali rakan-rakan. Bersosial di kalangan rakan-rakan yang jauh. Mencari kenalan yang telah terpisah. Mencari maklumat yang sukar didapat. Berkongsi cerita dan pengalaman kepada rakan-rakan yang lain. Menyampaikan maklumat penting. Hmmm… Banyak juga peranannya yang baik.

Yang buruk? Huh, banyak… Yang penting, kita telah pun mumaiyyiz. Sudah tahu membezakan yang mana baik, yang mana tidak. Yang mana dosa, yang mana pahala. Yang mana dibenci orang, yang mana disukai ramai. Gunakanlah untuk tujuan yang baik. Pada masa yang betul. Pada masa yang sesuai.

Kita layan Facebook nyanyian grup Nida Ria ciptaan Syariful Hidayat.

CH : Tanggal 24 Disember, insya ALLAH CH akan ke Jakarta, menyaksikan persembahan Nasida Ria. Insya ALLAH, kita akan bercerita sepanjang CH di Jakarta.

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: