Gerhana Bulan

Hari ini 10 Disember 2011. Malam ini, suatu fenomena alam akan berlaku dan turut dialami di negara kita. Itulah kejadian “Gerhana Bulan”.

Gerhana bulan ialah suatu kejadian di mana bulan ketika itu sedang melalui kawasan bayang-bayang Bumi akibat pancaran Matahari di pihak berlawanan.

lunar_eclipse10DIS2011

*

Bulan di langit timur, mula menyentuh bayang penumbra pada jam 19:34 tempatan (waktu piawai Malaysia). Semasa ia berada dalam bayang penumbra cahaya Bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar.

Seterusnya fasa total bermula apabila Bulan mula menyentuh umbra pada jam 20:46. Ketika ini kita akan melihat Bulan purnama akan mula hilang cahayanya sedikit demi sedikit. Sebahagian permukaan Bulan akan kelihatan gelap sedikit.

Fasa total berlaku apabila Bulan mengalami gelap seluruhnya bermula jam 22.06. Bulan ketika ini memasukki sepenuhnya bayang umbra dan berada di sini selama 51 minit. Tempoh ini separuh lebih pendek dari gerhana penuh pada bulan Jun lalu. Ia berada di tengah umbra pada jam 22.32.

Mulai jam 22.57 Bulan mula meninggalkan umbra sedikit demi sedikit. Fasa ini dapat dilihat oleh mereka  yang tinggal di Asia dan Australia. Bahagian yang paling jauh di barat yang dapat melihat gerhana penuh ini ialah di Hawai dan Alaska pada sebelah pagi waktu di sana.

Bulan akan meninggalkan bayang umbra sepenuhnya pada selepas tengah malam iaitu jam 00:18 (11 Disember 2011) dan mula memasuki bayang penumbra. Kita akan melihat Bulan akan bercahaya semula seluruhnya. Pada ketika ini mereka yang tinggal di Afrika timur baru mula dapat melihat gerhana Bulan pada sebelah senja waktu di sana.

Semasa gerhana penuh kali ini Bulan berada dalam buruj Taurus yang digambarkan seperti seekor lembu. Semasa Bulan mengalami fasa total di dalam bayang umbra, permukaan Bulan tidak gelap sepenuhnya, kita masih boleh melihat permukaan Bulan dengan cahaya kemerahan seperti warna tembaga. Ini disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera Bumi dan jatuh ke atas permukaan Bulan. Warna cahaya ini kelihatan samar-samar. Ada gerhana penuh yang menunjukkan warna kemerahan yang agak terang, ada yang malap dan ada juga gelap. Keadaaan  Bulan dengan warna merah tembaga kelihatan sangat menarik. Ini di antara saat yang menarik yang dinantikan oleh peminat astronomi.

Maklumat di atas (bermula tanda *) adalah ditulis oleh Dr (H) Hj. Kassim Bin Bahali, Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Jabatan Mufti Negeri Melaka melalui laman web http://www.al-azim.com/khawarizmi/ver3/index.php?option=com_content&view=article&id=246:gerhana-penuh-bulan-10-disember-2011m&catid=37:artikel2011&Itemid=59

Sunat mendirikan solat sunat sepanjang berlaku kejadian gerhana. Oleh sebab gerhana bulan berlaku pada waktu malam, sunat dikuatkan bacaannya.

Kaedah mendirikan solat sunat gerhana

CH : Peluang melihat gerhana bulan. Sebelum ini, gerhana bulan berlaku tengah malam.🙂

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: