Universal Studios Singapore

Tanggal 25 Oktober 2011, CH dan Puan Besar pergi ke Universal Studios Singapore yang terletak di Pulau Sentosa, Singapura. Oleh sebab perjalanan kami kali ini menggunakan sepenuhnya pengangkutan awam, jadi kami mula bertolak dari Kuala Lumpur 24 Oktober menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan, di Bandar Tasik Selatan.

Pertama kali kami ke sini (TBS). Wah, cantiknya… Macam terminal kapalterbang!

Agak menggagau juga… Macam mana nak beli tiket bas?

Rupa-rupanya, setiap kaunter tiket untuk semua jenis pengelola syarikat bas. Jadi, pergi ke kaunter, sebut nak ke mana, akan dipaparkan skrin komputer di hadapan kita, syarikat bas yang ada serta masa. Tinggal sentuh sahaja pilihan kita. Tiket pun dapat. Siap ada nama kita!\

Tu dia… Siap ada papan elektronik bas berlepas / bas tiba.

Okey, kita lupakan sekejap kejakunan CH terhadap terminal bas moden ini.

Tadaaaa………

Kami dah sampai Universal Studios Singapore!

Macama mana nak pergi ke sini???

Okey, sama ada dari Kotaraya II (tak tahu apa ini? takpe…) atau dari CIQ JB selepas cop pasport, turun dari eskalator dewan cop paspot, pergi ke patform belah kanan. Cari papan tanda Transtar Universal Studios Singapore. Oleh sebab masih di Malaysia, jadi sediakan sahaja duit tambangnya RM5.00.

Apabila di CIQ Singapura, kita akan turun dari bas dan naik bas semula selepas cop pasport. Jangan gelisah, usah risau bas yang kita naik dah terlepas. Dengan tiket yang masih dipegang, kita boleh naik bas yang berikutnya. Pastikan sama destinasinya!

Untuk masuk ke sini, baiklah anda tempah awal kerana ada kuota kemasukan sehari. CH kebetulan masa tu ada promosi Mastercard + online, jadi dapat diskaun 20%. Harga masuk? Sila semak laman web untuk harga terkini.

Mula-mula beratur nak masuk…. Kami jumpa….

Hilang bosan kami sekejap kerana menunggu pintu masuk dibuka. Pintu dibuka jam 10.00. Kami dah tercongok sampai jam 9.00 pagi!

Bila dah masuk dalam, apa lagi, posing bergambar sana sini. Masuk semua tempat.

Ada banyak seksyen. Kami berjalan bermula dengan membelok ke kiri (ikut arah jam).

Kita layan gambar je la yerk, kasi anda jeles.

Cantiknya Princess Fiona…

Tahniah! Dapat anugerah Isteri Terbaik!

Teka…. Siapakah dia….

Pertunjukan yang tidak patut anda lepaskan.

Tapi gambar atas, belum mula apa-apa. Audien baru nak cari tempat duduk.

Tiba-tiba ada kawasan pasir tandus.

Tolong!!! Kami tertangkap!!!

Tapi terubat sikit bila kehadiran…

Masuk ke sini, sepatutnya tak boleh bawa bekal makanan. Tapi kami selamba je seludup karipap beli kat Terminal Larkin. He he he… Di sini ada beberapa restoran halal. Boleh rujuk kepada risalah yang disediakan atau lambang halal MUIS (Majlis Agama Islam Singapura) yang berbentuk seperti di bawah.

Di sini, pengunjung Muslim kena berhati-hati sikit la. Jangan nak isi haus dan lapar je.

Shreak 4D ni sangat patut jangan dilepaskan.

Bayangkan, sambil anda menonton wayang 3D yang biasa kat wayang tu, anda juga turut merasai air liur keldai… Deruan angin… Rayapan labah-labah…

Ni la tempat makan tengah hari kami. Kat Ancient Egypt.

Jangan jeles… Adui…. Bini aku hempuk aku!

Untuk menunaikan solat, secara rasminya memang tak akan terjumpa dalam risalah atau papan tanda yang menunjukkan arah surau / musolla / praying room.

Dari pintu masuk, terus ke arah kiri, ada nampak macam ini…

Bilik sembahyang ada di dalam ruang yang bertulis “Annual Pass Lobby”. Ada dua bilik. Bilik yang belah kiri. Untuk kepastian, boleh tanya kat kaunter dalam situ. Kalau masuk, jangan terkejut pula! Bilik solat ini untuk kegunaan muslim dan muslimah (tanpa tabir).

Tempat berwuduk, ialah di tandas yang kalau dari pintu masuk, belah kanan. Untuk anda yang lebih selesa tandas berpaip air, di sinilah juga satu-satunya tandas yang ada paip air (untuk tandas cangkung sahaja). Tandas kat tempat lain di dalam ini, semuanya tisu sahaja.

Dah habis kerja la tue…

Roller coster paling gila. Hidup mati 10 kali aku takmau naik!

Dua roller coster landasan merah dan biru akan bergerak serentak. Anda akan merasakan seolah-olah anda akan berlanggar antara satu sama lain! Satu duduk, satu lagi terbang.

Okey… Ni je la sebahagian gambar yang CH letakkan di sini buat habuan mata para pengunjung yang budiman. Sebagai inspirasi buat mereka yang ingin ke sini dan panduan kepada pengunjung Muslim berkenaan makanan halal dan tempat solat.

Oh ya. Jalan-jalan kat sini memang haus. Tapi tak pe. Bawak air kosong sebotol, letak dalam beg. Bila air dah habis, boleh isi semula kerana ada banyak air tapis (water filter) disediakan. Cuma tak sejuk je la.

CH : Berbaloi pergi bukan waktu puncak supaya tidak beratur nak masuk ke satu-satu permainan sampai sejam dan tidak perlu bersesak-sesak!

25 thoughts on “Universal Studios Singapore

  1. naza 4 Mei 2012 at 4:16 pm Reply

    salam..nak tanya…bas transtar tu mmg betul2 smpi universal studio tu ke? and balik semula ke jb tggu di tempat yang sama ke kt universal studio?

    • Cikgu Hamzah 5 Mei 2012 at 8:54 am Reply

      yups… bus tu betul2 sampai dalam USS (tempat parkir bas level bawah tanah… nak balik semula ke jb pun tempat yang sama… ada signboard untuk double confirm… bas ni pun kerap… so, tak perlu la terkejar-kejar…🙂

  2. tasha 5 Mei 2012 at 11:21 pm Reply

    bus transtar tu kita bleh dptkan kat mana ek?ada apa2 form x kene isi b4 masuk spore?

    • Cikgu Hamzah 5 Mei 2012 at 11:54 pm Reply

      bus transtar start naik dari Kotaraya II (based on info last year) dan juga boleh naik dari CIQ JB atau juga CIQ Woodlands… fasal ni bas turun naik… cuma laluannya tidak di laluan yang kena banyak berhenti2 amik turun penumpang… so, cepat jugak la sampai USS… form, cam biasa la, kad putih tu … pi mana2 negara pun kena isi…. boleh dapat kat pintu masuk CIQ…🙂

      • nora 24 Julai 2012 at 8:37 pm Reply

        salam. encik tahu bagaimana nak search di gps ? sbb gps saya x dapat cari CIQ WOODLANS Atau CIQ JB . ada nama lain lagi utk search ??

        • Cikgu Hamzah 25 Julai 2012 at 12:13 am Reply

          Saya check kat GPS pun, kalau taip “Woodlands” pun, tak ada yang merujuk kepada CIQ. Kenapa nak tahu melalui GPS ya? Papan tanda arah jalan sangat jelas di Johor Bahru jika hendak memandu sendiri ke Singapura melalui Woodlands. Memang tanda arah “Woodlands” sudah boleh dijumpai di Johor Bahru. Insya ALLAH, tidak akan tersesat.🙂

          • nora 25 Julai 2012 at 6:44 am

            saya perlu tahu melalui gps sbb saya takut salah jalan,guna gps kan lbh mudah dan jelas. saya bukan mahu memandu masuk ke singapore ,tapi mahu tahu tempat ambil bas transtar dari johor bharu terus ke USS kerana saya mahu meninggalkan kereta di johor bharu shj

  3. Aqalili 11 Oktober 2012 at 4:46 pm Reply

    nak tanya dari tbs, ambik konsortium RM 30 ke JB larkin, dari larkin nak pergi ke kotaraya 2 cammana? and kena booking tiket uss awal di mana?

    • Cikgu Hamzah 12 Oktober 2012 at 2:54 pm Reply

      hhmm…. kurang pasti pula kalau nak ke kota raya 2 dari larkin apa basnya… fasal saya dari larkin , ambil bas ke singapura, bayar tiket utk berhenti kat CIQ Woodlands je…. dekat CIQ JB baru ambil bas ke USS… bas ke USS ni bukan bas ekspres… ia bas henti-henti… cuma tak guna laluan jauh je la… dan saya booking tiket USS kat website USS itu sendiri… print out slip… sampai USS just tukar ke tiket… ada kaunter khas utk tukar tiket sahaja bagi yg beli online… En/Cik Aqalili nak ke USS balik hari ke? Bas dari KL (malam) sampai JB kira-kira 4 pg, terminal ramai orang… cuma kisah tak kisah je la kalau nak tido…😉 masjid ada kat atas tapi tak kasi tido… ada mak guard jaga… ^_^ tapi sampai USS pagi-pagi memang syok la…

      • Aqalili 16 Oktober 2012 at 12:21 am Reply

        I see, maknanya ambik bas dari larkin ke USS, kena berhenti untuk check passport je kan? lama tak prosesnya? cadangnya nak tido semalam dekat JB, esok paginya terus ke USS lepas tu balik ke KL terus.

        • Cikgu Hamzah 16 Oktober 2012 at 2:20 pm Reply

          nak senang, ikut cam style saya pun ok….. naik bas malam, sampai pagi, stay sampai siang sikit… kul 7 tu dah leh naik bas ke singapore (sebarang bas, bayar tambang utk sampai CIQ sahaja)… pagi-pagi selesa sikit la…
          lepas chop pasport kat ciq (JB boleh, Woodlands pun bole…. ada 2 ciq kena turun naik bas chop pasport) cari signboard transtar USS…. better naik kat CIQ JB…
          balik malam karang tu, dari ciq jb boleh jalan kaki ke area JB (melalui JB sentral)… sana banyak hotel mampu inap… leh tgk kat agoda.com……. masa tu baru sedap tido setelah penat seharian di USS……….🙂

  4. Muhd Ilham 12 November 2012 at 6:52 pm Reply

    ciq(Sultan Iskandar Complex Customs) kan?..nak ambik tiket kat mane????

    • Cikgu Hamzah 12 November 2012 at 7:35 pm Reply

      bas ni bukan bas ekspres… jadi, tiket bas dibeli masa naik bas nanti… kalau di CIQ, cukup beli sekali je, masa di CIQ Singapura, kalau bas yang asal kita naik terlepas, tak apa, janji tiket masih ada…🙂

      • Muhd Ilham 13 November 2012 at 1:19 pm Reply

        Tq ……

  5. Cikgu Hamzah 12 November 2012 at 7:36 pm Reply

    alamak… gambar hilang ye…. kena susun / muat naik semula la ni….

  6. Muhd Ilham 13 November 2012 at 10:53 am Reply

    ciq(Sultan Iskandar Complex Customs )kan???maknanya pergi cop passport dulu katciq.lepas tu barulah cari signboard transtar uss…nak beli tiket kat mana???dalam bas ker???

  7. Muhd Ilham 13 November 2012 at 12:03 pm Reply

    Boleh x…Nyatakan cara2 nak pergi uss…start daripada ciq…kena buat apa dulu????Saya Kurang faham…Tolong jelaskan.TQ.jelaskan satu persatu

    • Cikgu Hamzah 14 November 2012 at 12:22 pm Reply

      di ciq jb, kena imbas pasport / cop pasport dulu (dewan utk urusan ini di tingkat atas)… turun eskalator, pusing ke kanan, cari platform bas ke USS… bayar RM5 masa naik… tiket simpan elok2… di ciq singapura, kena turun bas dengan beg2, naik ke tingkat atas untuk cop pasport… pastikan dah isi white form… white form boleh didapati di hall berkenaan… dah cop, imbas beg, turun bawah, terus ke hadapan (tak perlu belok2 lagi) ada platform bas ke USS… dengan tiket yang kita pegang, kita boleh naik bas (walaupun bas yang naik dari jb dah terlepas)… ada org yang akan check tiket… duduk dalam bas diam-diam… pengabisan laluannya adalah di USS tingkat bawah… dah sampai!😉

  8. Muhd Ilham 13 November 2012 at 2:53 pm Reply

    Tiba di ciq nak pergi mana dulu???bas ker atau cop passport dulu…nak cop passport kat ciq tu kat mane.

    • Cikgu Hamzah 14 November 2012 at 12:18 pm Reply

      cop pasport (atau imbas pasport) dulu, baru naik bas yang dikehendaki…🙂

  9. Muhd Ilham 17 November 2012 at 8:14 pm Reply

    kenapa agoda murah sangat harganya…..agoda kenakan bayaran tak…maksudnya bayaran ahli /sebulan

    • Cikgu Hamzah 19 November 2012 at 1:24 pm Reply

      keahlian agoda percuma…. kebanyakannya murah daripada harga sebenar… tetapi ada juga yang tak.. kena wat perbandingan antara agoda dan website hotel tu sendiri… yang bestnya, ada mata terkumpul yang boleh digunakan utk kurangkan bayaran pada masa akan datang (sgt berguna utk pelancong/suka stay hotel tegar)

  10. Nana 25 Disember 2013 at 8:38 pm Reply

    Salam . Agak agak budget dari tbs ke uss ni berapa ye ?

    • Cikgu Hamzah 9 September 2014 at 10:05 pm Reply

      Saya pun tak tahu harga sekarang😉 Boleh check online.

  11. Real Estate Agents in Dubai 17 Oktober 2014 at 11:20 am Reply

    There’s definately a great deal to learn about this issue.
    I love all the points you made.

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: