Peluang ke Tingkatan 1 2012

CH memohon maaf jika makluman ini makluman baru bagi anda. CH baharu sahaja balik dari kem jati diri sebagai jurulatih (atau juruletih?). Jadi, tak sempat nak warwarkan.

Apa-apapun, sebagai permulaan, tahniah kepada anda yang berjaya dalam UPSR 2011 mendapat 5A. Alhamdulillah, sekolah CH terdapat pertambahan bilangan murid yang mendapat 5A dan juga pertambahan dalam peratus lulus keseluruhan. Cumanya, peratus lulus Sains sekolah CH sedikit menurun berbanding tahun sebelumnya. Agak terkilan juga setelah sekian lama mengatur strategi dan usaha. Namun, CH sedar, paras soalan Sains terutama Bahagian B tahun ini memang agak sukar berbanding tahun sebelumnya.

Apa-apapun, tahniah kepada yang lulus UPSR. Juga jika anda mendapat A dalam Sains. Atau B. Ataupun C.

Yang kedua, informasi berkenaan laluan pilihan ke tingkatan 1 tahun depan. Anda boleh dapatkan borang daripada HEM atau kaunselor anda, ataupun Penyelaras Tahun 6. Permohonan ke sekolah-sekolah KPM melalui bantuan Yayasan Selangor. Atau permohonan RK (Rancangan Khas) atau KKA (Kelas Khas Agama). Atau SMKA (Sekolah Menengah Agama, melalui Ketua Panitia Agama Islam).

Juga, peluang memohon MRSM, Maktab Rendah Sains MARA. Untuk memohon MRSM, disyaratkan 5A. Tetapi jika dapat 4A 1B, boleh cuba memohon, asalkan Sains dan Matematik – A. Ambil nombor PIN di Pejabat MARA atau MRSM berhampiran. Nombor PIN adalah percuma. Bawa slip keputusan bersama-sama. Dengan nombor PIN tersebut, isi borang secara atas talian (online).

Moga-moga permohonan berjaya. Jika tidak pun, di mana-mana pun kita boleh cemerlang untuk SPM kita kelak. Janji, usaha, dan kawal pergaulan agar tidak tersalah memilih rakan. Salah pilih rakan, mereka yang akan mempengaruhi anda untuk berjalan lebih jauh tersimpang daripada arah sebenar yang hendak dituju.

CH : UPSR sebagai penilai aras pertama dalam sistem persekolahan. Berjaya atau sebaliknya, kita ada arah depan yang lebih besar – SPM.

4 thoughts on “Peluang ke Tingkatan 1 2012

  1. sall 27 November 2011 at 7:33 am Reply

    Saya dari daerah mersing.Anak saya telah mendapat 4A1B dalam upsr 2012,saya telah ke mrsm daerah mersing untuk mendapatkan no pin tapi malangnya kata petugas terbabit no pin itu layak untuk 5A sahaja,tidak pernah diberikan pada 4A1B.jadi apa cerita ni…

    • Cikgu Hamzah 29 November 2011 at 6:10 pm Reply

      Memang menurut pekeliling tawaran kemasukan ke MRSM, diperketatkan kepada permohonan 5A sahaja. Harap maklum.

  2. zaleha badiul zaman 18 Disember 2011 at 3:41 pm Reply

    Salam Dalam permohanan ke sbp,3A2B,knapa yg 5A kws luar bandar tak dpt juga.

    • Cikgu Hamzah 20 Disember 2011 at 11:49 pm Reply

      minta maaf la ye, Pn Zaleha. Keputusan pemilihan murid SBP bukan di bawah bidang saya. Bagaimana dengan status MRSM? Anak puan memohon juga ke? Calon akan dapat salah satu – MRSM atau SBP… MRSM pun asrama penuh juga, tetapi di bawah MARA…

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: