Melaka Bandar Raya Bersejarah

10 November 2011, jawatan kuasa Tahun VI sekolah CH menganjurkan lawatan ilmiah ke Melaka. Sakit kaki CH kerana memakai kasut kulit bertumit. Jalan-jalan di Melaka menuntut pengunjungnya untuk berjalan kaki ke kebanyakan tempat. Tak pe, tukang urut banyak. Janji, duit disediakan.🙂

Tempat pertama yang dilawati ialah Zoo Melaka. Jika dengan rombongan sekolah, bayaran masuk ialah RM2.00.

Teruja baru berjumpa dengan sahabat pena, ye?

Bobcat. Kucing En Bob ke? Sangat besar kucing ini. Tak dapat nak ambil gambar si bulu ini dengan jelas.

Bandingkan saiz kucing jenis ini dengan saiz manusia.

Oleh sebab zoo ini amat luas, memang terduduk kepenatan la… Sampai ambil gambar dari jauh je.

Kemudian, kami ke Masjid Al Azim untuk berhenti solat dan makan tengah hari.

Sebenarnya, makan dulu. Iye la, perut kan dah lapar.

Seusai solat, kami bergerak ke Muzium Stadhuys. Muzium bangunan merah ini sangat sesuai dilawati kerana memiliki maklumat berkenaan sejarah Melaka, adat dan budaya serta bermacam-macam lagi.

Inilah empat guru pengiringnya.

Perasan anak panah merah? Ikut sahaja petunjuk arah anak panah tersebut dan kita pasti akan menjelajahi keseluruhan muzium tanpa tertinggal satu seksyen sekali pun.

Muzium ni pun luas juga. Sampai kepenatan kaki dan badan.

Tapi, bergambar memang tak penat.

Keluar dari muzium ini, kami berjalan kaki ke Menara Taming Sari.

Rakyat Malaysia (persendirian) RM10.00. Kalau dengan rombongan, buat surat kepada pihak Menara Taming Sari untuk mendapat diskaun RM7.00 dewasa, RM4.00 murid sekolah.

Turun dari Menara Taming Sari, kami pun berjalan kaki ke A Famosa dan Muzium Istana.

Semuanya sakit kaki. Ke, CH seorang ajer?

Destinasi akhir, membeli terbelah di bazar kraf (betul ke) Banda Hilir.

Inilah momen-momen manis CH bersama anak-anak dan adik-adik sekolah yang sekarang kerana CH akan berpindah mengajar dari daerah Klang ke daerah Gombak. Rasa sayu dan terharu rasa nak menitik air mata apabila melihat kembali gambar-gambar murid CH dan juga rakan-rakan guru. Kenangan di sekolah ini terlalu banyak. Banyak pengalaman dan ilmu ditambah sepanjang bertugas di sini. SK Pulau Indah.

CH : Berharap hubungan berterusan dengan semua rakan guru juga dengan semua murid Tahun 6 2011 dan murid-murid CH yang lain.

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: