Bukit Broga

Sesiapa di sekitar Lembah Klang yang ingin menikmati keindahan alam panorama di puncak bukit, Bukit Broga adalah salah satu pilihan yang terbaik untuk dikunjungi. Ketinggian 390 m dari aras laut, atau 1279 kaki, pendakiannya yang separa mencabar mengambil masa kira-kira 45 minit ke 1 jam.

CH baru sahaja ke sana semalam. Semalam ialah 16 Oktober 2011.

Cantik, kan gambar ni?

Untuk menikmati pemandangan indah yang terbaik, masa mendaki yang sesuai ialah kira-kira jam 4 pagi – 5 pagi. Untuk bersolat subuh di atas, pastikan anda membawa sebotol air kerana di atas tidak terdapat sumber air.

Solat tetap diutamakan. Kewajipan setiap Muslim.

Obses mengambil gambar. Pemandangan indah seperti ini amat sayang untuk dilepaskan begitu sahaja…

Sebelum matahari naik memunculkan dirinya.

Matahari baru terpacul di celah-celah…

Sambil menikmati air McD? Cawan sahaja Mc D, isi dalamnya teh panas. Teh panas?

Haa… Percaya tak?

Berlatar belakangkan matahari.

Kalau nampak yang belakang, memang ramai kat puncak bukit ni. Boleh kata, meriah habis!

Kalau hari minggu, orang memang ramai… Beratur!

Dari tempat parkir kereta, dapat dilihat papan tanda ini.

Inilah kami semua, rombongan yang berjaya sampai ke atas.’

Untuk anda yang berminat dengan akiviti rekreasi seperti ini, anda patut cuba.

Bagaimana ke sini? Dari Kajang, atau mana-mana sekali pun, ikut arah lebuh raya LEKAS. Jika dari KL, keluar exit Semenyih yang pertama, untuk mengelakkan tol. Terus ke arah Semenyih. Sampai kawasan bandar Semenyih, perhatikan papan tanda Broga ataupun petunjuk arah University of Nottingham. Ketika ini, bayaran parkir RM2.00 sekali masuk.

Bawalah coklat sebagai pembekal tenaga mendaki.

 

CH : Subhanallah… Maha Suci ALLAH yang telah menciptakan keindahan…

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: