Kebesaran Tuhan

Salah satu keajaiban yang menunjukkan kekuasaan ALLAH menciptakan kita ialah keunikan ibu jari kita, atau juga disebut ‘jempol’. Walau pun manusia telah diciptakan sejak zaman nabi Adam hingga saat ini, tidak ada pun walau dua orang yang sama corak cap jari.

ALLAH berfirman,

Apakah manusia mengira bahawa KAMI tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya?. Bahkan, Sebenarnya KAMI berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna. (Surah al-Qiyamah; 3-4)
 
Kepentingan dalam cap jari mempunyai pengertian yang istimewa.  Sebab itulah mengapa cap jari diterima sebagai satu bukti penting pengenalan diri, yang eksklusif kepada pemiliknya, dan digunakan untuk tujuan pengenalan identiti di seluruh dunia. Cap jari juga tidak mungkin terhapus walaupun jari terbakar ataupun luka melainkan tangan kita putus.
 
 
 
Dalam lagu ini, kelebihan cap jari ditekankan pada awal lagu, kerana ia antara keunikan istimewa yang membuktikan kebesaran dan keagungan ALLAH.  Tahniah Nasida Ria yang banyak membawakan lagu-lagu berisi nasihat dan teguran buat renungan para pendengar, yang masih aktif dari saat 1973 (rakaman mulai 1975) hingga kini dengan lebih 500 koleksi lagu.
 
 
Lagu ini, Kebesaran Tuhan adalah daripada album Nasida Ria ke-32, PRT.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Dalam cover di atas, dari kiri, duduk:  Hjh Mutoharoh, Hjh Nadhiroh, berdiri: Hjh Afuwah, Hjh Nurjanah, Hjh Rien Jamain.
 
Lagu-lagu dalam album ini:
 
1. PRT (Pembantu Rumah Tangga) – Hjh Mutoharoh
2. Agama Bukan Baju – Hjh Nurjanah
3. Nabi Berpayung Awan – Hjh Mutoharoh
4. Cinta Anak Zaman – Hjh Nadhiroh
5. Kebesaran Tuhan – Hjh Afuwah
6. Waktu Terus Berjalan – Hjh Afuwah
7. Bantulah Kehidupannya – Hjh Nadhiroh
8. Menghabiskan Umur – Hjh Afuwah
9. Jalan Pintas – Hjh Nurjanah
10. Hutanku – Hjh Mutoharoh
 
 
 
 
 
 
Saat selepas show.
 
 
Sofiyatun, pemain keyboard I.
 
 
Anggota-anggota Nasida Ria dan muzik bawaan:
 
Seruling : Hjh. Mutoharoh
Keyboard : Sofiyatun, Siti Ronah
Bass guitar : Hjh. Rien Jamain
Main guitar : Hjh. Nurjanah
Tamborin : Uswatun Hasanah
Mandolin : Hjh. Nurhamidah
Gendang : Hjh. Afuwah
Biola : Hjh.Nadhiroh, Hjh. Nurhayati
Rebana : Titi Thowiyah
 
Vocalist utama digilirkan antara Hjh Mutoharoh, Hjh Afuwah, Hjh Nadhiroh, Hjh Nurhayati, Hjh Nurjanah, Hjh Nurhayati dan Hjh Rien Jamain. Oleh yang demikian, dalam persembahan live, setiap personil juga akan bergilir alat muzik. Bermakna, setiap daripada mereka mahir dua atau lebih alat muzik. Di atas adalah kemahiran muzik utama mereka.
 
Album-album perdana Nasida Ria :
 
vol.1 MAHA PENGASIH
vol.2 YA NABI SALAM
vol.3 SELAMAT JUMPA
vol.4 SHOLAWAT NABI
vol.5 PERDAMAIAN
vol.6 LINGKUNGAN HIDUP
vol.7 KE MANA AKU LARI
vol.8 PANTUN GEMBIRA
vol.9 INGAT HARI DEPAN
vol.10 DUNIA DALAM BERITA
vol.11 MERDEKA MEMBANGUN
vol.12 TAHUN 2000
vol.13 WAHASTUNI
vol.14 ANAKKU
vol.15 SIAPA BILANG
vol.16 RAYUAN JUDI
vol.17 MANUSIA SEUTUHNYA
vol.18 KEADILAN
vol.19 MASIH BANYAK YANG HALAL
vol.20 SURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU
vol.21 CITA CITA MULIA
vol.22 USAHA DAN DO’A
vol.23 UCAPAN HIKMAH
vol.24 NABI MUHAMMAD MATAHARINYA DUNIA
vol.25 ANUGRAH DAN KARUNIA
vol.26 SESAL TIADA ILMU
vol.27 REFORMASI
vol.28 HAM HAM HAM [HAK ASASI MANUSIA]
vol.29 TABAH
vol.30 NUSANTARA BERSATU
vol.31 SATU JUTA SATU
vol.32 P.R.T
vol.33 AIR MATA DO’A
vol.34 CAHAYA ILMU
Album Nasida Ria bukan sekadar 34 sahaja, tetapi terdapat juga album-album gambus Arab dan genre pop qasidah. Total keseluruhan? CH kurang pasti.
 
CH : Kalaulah Nasida Ria masuk ke industri muzik di Malaysia…

One thought on “Kebesaran Tuhan

  1. […] Berpayung Awan, lagu ketiga dalam album PRT. Sebelum ini, lagu Kebesaran Tuhan juga salah satu daripada album yang sama. Vokal emas Hjh Mutoharoh , lagu ciptaan Drs. H. Abd. […]

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: