Pendaftaran Atas Talian ke Tingkatan 1 SBP

Kepada murid-murid Tahun 6 2011, pendaftaran masuk ke Sekolah Berasrama Penuh untuk Tingkatan 1 2012 telah dibuka.

Kepada mereka yang berminat, sila layari laman web http://apps.moe.gov.my/sbpt1/2011 untuk pendaftaran. Pendaftaran, semakan dan lain-lain akan dilakukan secara atas talian.

Apa yang diperlukan hanyalah angka giliran UPSR, maklumat peribadi dan keluarga, serta penglibatan murid sepanjang tahun ini. Pastikan anda mengisi borang tersebut dengan dibimbing oleh ibu bapa ataupun guru. Ini kerana apabila anda menekan butang “cetak”, segala maklumat tidak boleh lagi diubah atau diperbetulkan.

Panduan mengisi borang juga ada tersedia dengan mengeklik “Panduan Permohonan > Manual Sistem”.

Cetak dua salinan. Tanda tangan anda sendiri dan juga tanda tangan dan cop Guru Besar sekolah anda. Satu salinan untuk simpanan sekolah, satu salinan lagi untuk dihantar ke sekolah berasrama penuh yang dipilih.

Paling lewat, 15 Oktober. Tapi perlu ingat, bukan sekadar 15 Oktober sebagai tarikh akhir untuk daftar atas talian, tetapi tarikh akhir untuk diterima oleh Pengetua sekolah SBP berkenaan. Jangan bertangguh!

CH : Keputusan UPSR memang belum diketahui, tetapi mana tahu rezeki kita, kan?

2 thoughts on “Pendaftaran Atas Talian ke Tingkatan 1 SBP

  1. Qamarina 16 September 2012 at 6:27 pm Reply

    Nak daftar msok SBP Camne ey,,,,???

    • Cikgu Hamzah 18 September 2012 at 9:27 am Reply

      Sila rujuk/berjumpa guru kaunselor sekolah adik…🙂

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: