Cahaya Ilmu

Ilmu itu bagaikan cahaya yang menerangi. Hanya kerana cahaya, kita dapat melihat jalan di hadapan kita. Tak tahu kerana tidak mahu mencari mengakibatkan kebodohan. Bodoh itu kegelapan. Kegelapan menyebabkan kita teraba-raba mencari arah dalam setiap langkah.

Sebab itu setiap anak disuruh dan dipaksa oleh ibu bapa untuk pergi ke sekolah. Anak-anak mungkin belum jelas hala tuju apabila bersekolah, tetapi dengan bersekolah, kita menjadi tahu dan berilmu. Kelak dewasa nanti, kita tahu jalan yang mana hendak dituju bagi menjamin kesejahteraan hidup.

Kepada calon-calon UPSR, selamat menjalani peperiksaan pada 13, 14 dan 15 September ini. Begitu juga dengan semua calon peperiksaan PMR dan SPM. Selamat maju jaya.

Cahaya Ilmu nyanyian Hjh Mutoharoh dari album Nasida Ria ke-34, begitu sesuai sekali dalam menggambarkan kepentingan ilmu dalam kehidupan. Kemajuan sains dan teknologi mendambakan graduan-graduan sains dan kejuruteraan juga dalam perubatan yang juga menjadi keperluan dan aset kepada negara dan dunia.

Belajarlah bersungguh-sungguh. Manfaatkan setiap peluang yang ada. Hargai pengorbanan ibu bapa dan guru. Moga-moga adik-adik, anak-anak sekalian menjadi insan yang berguna kepada semua.

Kabur. Di dalam muka kulit, Hjh Mutoharoh (baju merah di tengah), Hjh Afuwah (kiri) dan Hjh Nurjanah (kanan).

Lagu-lagu dalam album ke-34:

1. Cahaya Ilmu
2. Lembah Duka
3. Rindu Masjid
4. Nasib Ya Nasib
5. Sungguh Mulia
6. Allah Maha Kasih
7. Malu Sebagian Iman
8. Hutang
9. Karena Janji
10. Dunia Oh Dunia
11. Hanya Allah II
12. Penyesalan               
13. Malu Ach
14. Ulama Lampunya Dunia

Edisi VCD yang juga diedarkan di Malaysia. Bukan VCD album, tetapi koleksi klip-klip video.

Nasida Ria, Semarang, Indonesia.

Nasida Ria selepas persembahan baru-baru ini (sebelum puasa Ramadhan). Ihsan rakan facebook, Lukman Hakim. Dalam gambar, Hjh Mutoharoh (berkaca mata), Hjh Nurjanah, Hjh Rien Jamain.

Hjh Nurhayati, Hjh Hamidah, Hjh Nadhiroh.

CH : Selamat maju jaya murid-murid UPSR 2011.

One thought on “Cahaya Ilmu

  1. R. Rudi Notoningrat 12 September 2011 at 9:02 pm Reply

    keunggulan gemblengan ilmu metafisika dan penghusada :
    – bisa menurunkan ilmu sampai tingkat guru
    – bisa membuka padepokan sendiri
    – keilmuan terlengkap dibandingkan gemblengan manapun
    – masuknya ilmu bisa dirasakan
    – sistim Privat bukan gemblengan massal
    – bisa konsultasi sewaktu-waktu
    http://www.ilmumetafisika.com

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: