Marhaban Ya Ramadhan

Umat Islam menantimu, oh bulan Ramadhan… Bulan rahmat dan ampunan… Oh, bulan Ramadhan…

Bila kaudatang padaku, syaitan mulai dibelenggu… Ditutup pintu neraka, dan dibuka pintu syurga… Demi kamu, oh, bulan Ramadhan…

Ini antara bait-bait lirik dalam lagu “Marhaban Ya Ramadhan” nyanyian Hajjah Mutoharoh (Nasida Ria).

Mungkin ada yang lupa, mungkin ada yang perlu diperingatkan.

Niat puasa,

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Yang penting sekali, niat dalam hati. Bila berniat, mestilah dalam bahasa ibunda masing-masing. Lafaz dalam Bahasa Arab adalah sunat. Maknanya, buat dapat pahala. Kalau tak buat dengan sengaja, tiada dosa padamu.

Jika berdasarkan pendapat Imam Malik, kita dibolehkan berniat untuk satu bulan terus pada malam pertama Ramadhan. Seandainya ada hari yang kita terlupa niat, tidaklah puasa kita terbatal dan menjadi sah. Sebaik-baiknya, setiap hari kita berniat, jangan bergantung semata-mata niat hari pertama (untuk satu bulan) sahaja.

Kita renungkan bersama.

Surah Al Baqarah, ayat185, yang bermaksud: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.

Hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi.

Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.

Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi.

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.

CH : Semoga amal kita di bulan Ramadhan kali ini lebih baik dan lebih bermutu berbanding tahun-tahun sebelumnya…

 

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: