Demo Lagi

CH tidaklah memihak dengan jelas kepada pihak yang mana. Cuma, apabila demonstrasi besar-besaran yang berlaku baru-baru ini sebenarnya tidak membantu apa-apa. Mungkin boleh dikatakan untuk menegaskan pendirian atau harapan penganjur. Dan mungkin disalah erti atau sengaja digempar-gemburkan sehingga demonstrasi ini kelihatan amat serius dan menakutkan. Bayangkan, setiap penjuru pintu masuk ke Kuala Lumpur diadakan sekatan. Bahkan satu lalua lebuh raya yang sama hingga diadakan sekatan lebih daripada tiga!

Selagi pihak penganjur, peserta dan orang awam bijak, demonstrasi seharusnya dilihat wadah untuk menunjukkan keterbukaan pemimpin, bukannya dihalang serta-merta. Cuma kadang-kala, kita takut juga dengan segelintir kecil (mungkin besar?) pengikut demonstrasi yang ekstrim dan bertindak berlebih-lebihan.

Terjumpa lagu grup El Hawa (di bawah naungan Puspita Records, sama seperti Nasida Ria) berkenaan demonstrasi.

Hajjah Fella Sufah Zain.

CH minat juga dengan lagu-lagu El Hawa kerana sama genre dengan lagu-lagu Nasida Ria. Cuma tidaklah sampai mengenali personil El Hawa sebaik mengenal personil Nasida Ria.

CH : Gara-gara sekatan, balik dari kelas tambahan hari Sabtu tengah hari, sampai rumah jam 6.00 petang!

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: