Impiana Villa… Lawatan ke-2

He he he… 11 Julai, sebenarnya CH ngan Puan Besar ada temu janji di HUKM… Temu janji berakhir kira-kira jam 11 (agaknya la) kami pun berencana nak melihat rumah IV kami di Nilai… Nak tengok progres terbaharu rumah kami. Sambil berangan dan bergaduh dengan Puan Besar rancangan-rancangan untuk tambah elok atau ubah suai. Gaduh-gaduh mesra, tak apa kan. Bukan sampai baling bata merah.πŸ™‚

Ni la baru depan rumah kami… Dulu datang bertiang, sekarang dah naik bata dah…

Apa la agaknya ditelek Puan Besar tu…

Pemandangan dapur dan ruang makan…

Ruang tamu…

Menjenguk bilik kelamin…

Jendela kamar…

Akhirnya… Ada pun muka CH…

Baris belakang rumah yang dah siap bumbung dan plaster.

CH : Tak sabar-sabar…πŸ˜‰

5 thoughts on “Impiana Villa… Lawatan ke-2

  1. Zai Noz 4 Oktober 2011 at 12:54 pm Reply

    Assalamualaikum….saya zai isteri pd nazri yg pernah tanya pasal IV ni pd cikgu. kami sudah pon beli satu di IV ni. Sy nk tnye rmh cikgu ni nom berapa,coz nampaknye mcm sebelah rmh sy di lot tepi lot 57.

    • Cikgu Hamzah 6 Oktober 2011 at 3:09 pm Reply

      W’salam….. Alhamdulillah… Jadi beli juga ya? Siapa yang jatuh hati dulu pada IV ni… He he he….
      Adakah rumah Pn Zai / En Nazri rumah no. 57? Kalau begitu, nampaknya kita memang jiran sebelah menyebelah ni… Rumah kami No. 58.

      Pn Zai atau suami ada fb? Boleh add saya dengan mengeklik gambar saya ala-ala pasport yang berbaju oren belah atas, kiri.

      Boleh juga menambah kenalan dalam e-komuniti Impiana Villa Nilai di http://www.salaktinggi.com/forumbbst/viewforum.php?f=23 . Seronok dapat kenal bakal-bakal jiran, ni. He he he…

      • Zai Noz 6 Oktober 2011 at 10:28 pm Reply

        HAHAHHA……sy dulu yg jatuh hati…trus husband pegi ke ofis primuncak bayar booking.hehe. Dlm masa lebihkurang 2minggu dh dpt crfm dri pihak bank…yahoooo!!!! so start dri skrg kena kumpul brg2 rmh ni hehehe….klu jiran sok blh le hanta ank tusyen ni kan….ye la,cikgu sebelah rmh…hahahha…husband tak berminat dgn fb….sy je yg ade fb nama Zai Noz (pic anak2 dgn keta)……selamat bekenalan jiran baru…….Masalamaa…

  2. Cikgu Hamzah 7 Oktober 2011 at 2:03 pm Reply

    kami pun seronok juga dah kenal jiran yang berkongsi dinding tengah rumah…πŸ™‚ cuma setakat ni lum tahu lagi siapa pula jiran belah kanan (no. 59)…

    kami suami isteri cikgu… isteri kaunselor SM… insya ALLAH, kalau nak bantu2 pelajaran anak-anak puan zai (errrrrmmm… nak bahasakan kak zai ker… kot la sebaya atau saya ni tua sangatπŸ˜‰ he he he) tak ada masalah… kalau ada permintaan, boleh je buka tuisyen sains (SR) dengan matematik (SR, SM)…

    memang suami isteri kerja area nilai ke?

    p/s: tak jumpa pun fb Zai Noz…. add saya je la… klik gambar saya paling kiri atas dalam laman blog, automatik terus link ke fesbuk saya… dalam fb saya ada dua orang lagi bakal jiran IV… kalau dalam forum http://www.salaktinggi.com/forumbbst/viewforum.php?f=23 pun ada juga beberapa orang lagi… nanti join la forum tersebut…πŸ™‚

  3. Kira Holidays Travel&Tour 21 Mac 2013 at 1:32 pm Reply

    Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: