Taman Buaya Jong

Siapa yang suka tengok buaya yang asli (tidak termasuk buaya darat), di Kuching anda bolehlah mengunjungi Taman Buaya Jong atau Jong’s Crocodile Farm. Diusahakan secara persendirian, di sini kita boleh melihat sejarah Bujang Senang, buaya yang paling besar dan ganas yang sentiasa terpahat dalam ingatan orang-orang Sarawak. Kenapa? Sila google sendiri. ;-)

Di sini, kita berpeluang untuk memegang anak buaya. Anak buaya sahaja. Nenek buaya, tidak digalakkan.

Replika buaya. Atau awet? Adakah Bujang Senang? Bukan rasanya. Tak ada label apa-apa pun kecuali Jangan Sentuh. Oh, ini Buaya Jangan Sentuh…

Kita juga boleh menyaksikan koleksi gambar yang menunjukkan peristiwa berkenaan buaya yang ditangkap kerana membaham orang, dll. Dalam akuarium adalah anak buaya yang diawet.

Tujuan? Entah la… Tak jumpa keterangan pula.

Cuba tengok buaya ni. Apa yang tak kena atau yang kena tentang makhluk ini?

Buaya OKU. He he he…

Ada juga zoo mini yang menempatkan haiwan-haiwan yang tidak sebangsa dengan buaya.

Macam sepadan je…

Duduk menunggu pertunjukan memberi makan buaya.

Pertunjukan setiap jam 11 pagi dan 3 petang.

Boleh layan la…

Beli masuk untuk bukan anak Sarawak ialah RM16.00. Anak Sarawak RM10.00. Budak-budak RM8.00 dan RM5.00, respectively

Besar juga la kawasannya.

CH : Lebih suka binatang berbulu. Lebih comel. :-)

 

One thought on “Taman Buaya Jong

  1. Kuching « Cikgu Hamzah Suleiman 6 April 2012 at 5:23 pm Reply

    […] pelengkap cerita CH berwisata di Bumi Kenyalang. Sebelum ini CH telah bercerita berkisar Taman Buaya Jong, Gua Pari, Kampung Budaya Sarawak, dan juga Pasar […]

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 55 other followers