Gua Pari a.k.a Fairy Cave

Gua Pari (Pari-pari?) atau Fairy Cave terletak berdekatan dengan Pasar Serikin walaupun tidak dalam laluan Serikin – Bau. Jika dari Pekau Bau, hendak ke Serikin perlu belok ke kanan, tetapi kalau hendak ke gua ini, perlu terus sahaja apabila tiba di simpang ini.

Untuk masuk ke dalam gua ini, kita perlulah….

Memanjat tangga-tangga ini! Maklum la, mulut gua ni bukan kat bawah macam kebanyakan gua yang biasa kita jumpa.

Jadi, sebelum mula mendaki, kena la posing dulu. Muka masih ceria dan bersemangat!

Penat akak-akak ni memanjat tangga sampai buka kasut!

Sebelum masuk gua, berehat la dulu betulkan urat-urat lutut yang dah longgar… He he he…

Satu lagi set tangga!

Sebelum melangkah masuk…

Mula-mula dalam gua ni gelap je…

Tapi bila dah daki tangga besi, lagi masuk ke dalam… Wah… Subhanallah…. Cantiknya…

Ada pencahayaan semula jadi mungkin dari mulut gua yang lain. Memang cantik. Dari bawah nampak lelangit gua macam dipancar lampu yang indah.

Tak terambil pula gambar lelangit gua, kan?

Haa… Nampak la sikit-sikit lelangit gua kat belakang CH tu…

Kalau perasan pada gambar-gambar di atas, cuma kami bertiga aje, kan? Sebenarnya akak-akak yang lain dah larat nak daki tangga lagi. Maklum la, dah tak berapa nak muda… He he hee… Tu pun CH tak daki tangga lagi sampai atas. Nak tahu juga apa lagi pemandangan indah di atas. CH ambil la di kamera orang lain yang digodeh dari google. Minta izin ye tuan punya asal…

Siapa-siapa yang muda bertenaga, kalau bertenaga berjalan-jalan di Pasar Serikin, takkan tak bertenaga nak masuk gua yang cantik dan indah ini?

Jangan putus asa awal bila nampak tangga-tangga ni!

Masuk adalah percuma.

CH : Rugi tak singgah… Alang-alang dah sampai dari jauh… Ye tak?

One thought on “Gua Pari a.k.a Fairy Cave

  1. Kuching « Cikgu Hamzah Suleiman 6 April 2012 at 5:23 pm Reply

    […] cerita CH berwisata di Bumi Kenyalang. Sebelum ini CH telah bercerita berkisar Taman Buaya Jong, Gua Pari, Kampung Budaya Sarawak, dan juga Pasar […]

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: