Kampung Budaya Sarawak

Kampung Budaya Sarawak terletak di Santubong. Kalau memandu sendiri, jangan harap anda nak jumpa papan tanda Kampung Budaya Sarawak. Apa yang boleh diharapkan? Papan arah Damai Beach banyak dijumpai. Haa… Ikut saja arah ke Damai Beach Resort, kita terus sahaja. Sampai lah ke penghujung akhir jalan yang kita lalu.

Dalam perjalanan ke sana, dapat dilihat dengan jelas Gunung Santubong yang gagah berdiri menggapai awan.🙂

Inilah pintu masuk ke Kampung Budaya Sarawak…

Kadar bayaran masuk untuk bukan anak Sarawak ialah RM60.00. Kita juga akan dapat passport yang boleh dicop di setiap stesen (rumah tradisional) juga pelekat pada baju.

Di belakang tu ialah rumah pagoda.

Minta maaf… Nak letak jugak gambar CH berposing… Jangan marah…

Malas nak cerita panjang…. Kita nikmati gambar-gambarnya. Best kan bila tengok gambar-gambar ni. Meh la datang sini…

Panjang juga jambatan ni, walaupun bawahnya tak ada pun sungai. Jadi, kalau anda nak datang sini, tak payah la bergaya sakan dengan kasut tumit tinggi!

Rumah apa? Dah tak ingat dah…

Kakak ni kagum sangat nampaknya…

Ada juga pertunjukan budaya.

Kalau berminat, boleh sewa kostum untuk bergambar sendiri atau saja suka-suka dengan kadar RM10.00.

Yang belah kiri tu memang orang kebudayaan situ. Bukan pengunjung yang menyewa kostum. Kot la semangat sampai bukak seluar baju, kan…

Ramai-ramai mesti join…

Mana jumpa orang-orang kebudayaan yang pakai kostum tradisional, mesti ajak bergambar. Heh heh heh…

Siap tahan mereka masa mereka tengah berjalan.

Lihatlah betapa tingginya tiang bawah rumah… Tetap dicorakkan.

Amboi amboi amboi bini aku…

Kat imigresen, pegawai yang copkan passport. Di sini, kita boleh cop pasport sendiri.

Kalau datang, jangan lupa pertunjukkan kebudayaan setiap jam 11.30 dan 3.o0 petang (ke, 4 petang? Semak kar website ye… Malas pulak nak buka cari…).

Walaupun mahal, tapi sangat puas hati. Dengan pemandangan yang indah cantik berseri. Kamera wajib dibawa.

Cuma nak dikomen, boleh dikatakan tiada informasi yang ditulis dalam Bahasa Kebangsaan. Pasport yang di dalamnya mengandungi keterangan setiap rumah juga ditulis dalam bahasa penjajah sepenuhnya. Bahkan pertunjukkan kebudayaan, pengacara majlis juga menggunakan sepenuhnya Bahasa Penjajah. Sepatutnya pihak KBS (SCV) paling tidak menyelitkan permulaan atau selingan dalam Bahasa Melayu bagi melambangkan jati diri negara kepada pelancong asing dan untuk difahami oleh warganegara. Itu je la yang sedikit menjengkelkan CH. Yang lain-lain, mantapppp… Terbaikkk….

CH : Tapi CH juga bukan anti Bahasa Inggeris!

 

4 thoughts on “Kampung Budaya Sarawak

  1. Kuching « Cikgu Hamzah Suleiman 6 April 2012 at 5:23 pm Reply

    […] CH berwisata di Bumi Kenyalang. Sebelum ini CH telah bercerita berkisar Taman Buaya Jong, Gua Pari, Kampung Budaya Sarawak, dan juga Pasar […]

  2. Cik Muslimah Srikandi 31 Julai 2012 at 2:10 am Reply

    Assalamualaikum… Minta maaf nak tanya, betul ke di Kampung Budaya Sarawak terdapat tasik buatan manusia yang luas? Hee..

    • Cikgu Hamzah 1 Ogos 2012 at 10:37 pm Reply

      W’salam… Entah ya Cik Muslimah, saya tak perasan pula kalau tasiknya luas…🙂

  3. Am 14 Februari 2013 at 9:00 pm Reply

    Sebab dekat Sarawak bahasa rasminya adalan bahasa Inggeris

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: