Pasar Serikin

Serikin, sebuah tempat yang terletak bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia. 15 km dari bandar Bau (sebut: bauk) dan 80 km dari bandar Kuching. Jauh, kan? Ada la kira-kira 1 jam 30 minit dalam pemanduan biasa. Yang membuatkannya terkenal ialah Pasar Serikin yang menjual aneka barang pada harga yang sangat murah dan boleh ditawar.

Lihatlah Puan Besar yang sedang seronok di sekitar pasar ini. Pasar ini terletak di tepi sepanjang jalan yang entah berapa km agaknya. Lupa nak ukur!

Terdapat barang-barang cenderahati…

Barang hiasan…

Macam-macam corak…

Langsir yang dah siap…

Pakaian…

Termasuk la baju lap lip mengelip ni… Gerai paling lama Puan Besar singgah… Hu hu huu…

Bersusun baju mengelip daripada fesyen jubah sehingga la ke fesyen kebaya.

Periuk pun ada… Cemaner la  nak bawak masuk belon (kapal terbang)…

Barang-barang daripada buluh dan rotan…

 

Juga yang ini…

Haa…. Yang ni pun paling disukai, kan?

Apa yang penting kalau anda ke sini, pastikan anda berpayung atau bertopi. Sini cuaca sangat la panas kerana kedudukannya yang begitu hampir dengan garisan khatulistiwa. Pukul 9 pun dah rasa macam pukul 11!

Ini adalah penghujung bahagian Pasar Serikin.

 

Jika anda ingin ke sini, ikut aja papan tanda ke Bau yang boleh dijumpai jika anda memandu ke arah Selatan. Tiada papan tanda coklat untuk ke sini. GPS pun tiada guna walaupun bila ‘search’ ada perkataan Bau, tapi langsung tak membantu! Nanti masuk parit! Paling penting, kajilah google map. Nak cakap cerita kat sini, tak berapa nak reti. Maklum la, bukan orang Sarawak.

CH pergi dan balik ikut laluan berbeza.  Pergi CH ikut Jalan Batu Kawa. Boleh dijumpai bermula di bulatan (papan tanda jelas, kalau dari Kuching, pukul 2, tak ingat nama bulatan) terus aje sampai jumpa hujung simpang tiga, belok kiri, terus baru la jumpa signboard Serikin.

Ni peta bulatannya.

Kalau merujuk peta bawah, laluan pergi yang CH tandakan dengan garisan merah.

Balik, CH ikut garisan biru, untuk singgah di Gua Pari (Fairy Cave), kemudian laluan kuning, singgah Bau lalu ke Kuching melalui Jalan Bau – Jalan Penrisan. Alamak, warna kuning sama warna dengan jalan la. Perasan tak garisan kuning yang huru-hara tu?🙂

Kenapa singgah Gua Pari? Tunggu entrinya.

Pasar Serikin hanya ada pada hari Sabtu dan Ahad, dari jam 7.00 pagi hingga kira-kira jam 2.00 petang. Datang awal pagi untuk mengelakkan kesesakan menuju ke pasar ini juga kesesakan di tempat parkir juga. Jika anda lapar, singgah la bandar Bau terlebih dahulu atau sesudahnya nanti, kerana di Bau, ada medan selera yang dijual oleh peniaga-peniaga Muslim. Di Serikin, agak susah sikit kalau nak dikira dengan selera kita.

CH : Kalau bawak orang rumah, siap sedia la urut kaki sendiri yerk… Penat menapak dan menunggu orang rumah yang macam tak reti nak balik!

2 thoughts on “Pasar Serikin

  1. Kuching « Cikgu Hamzah Suleiman 6 April 2012 at 5:23 pm Reply

    […] Sebagai pelengkap cerita CH berwisata di Bumi Kenyalang. Sebelum ini CH telah bercerita berkisar Taman Buaya Jong, Gua Pari, Kampung Budaya Sarawak, dan juga Pasar Serikin. […]

  2. rental mobil bandung 19 Oktober 2014 at 9:19 pm Reply

    I’ve been browsing online more than 2 hours today, yet I
    never found any interesting article like yours. It is pretty worth enough for me.
    Personally, if all website owners and bloggers made good content as you did,
    the internet will be much more useful than ever before.

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: