Hari Guru 2011

Hari Guru 2011 peringkat sekolah boleh dikatakan meriah jika dibandingkan Hari Guru tahun lepas (yang dimomokkan dengan ‘pekeliling’ gotong-royong)… Eh, yang gotong-royong tu tahun lepas ke, dua tahun lepas? Dah keliru dah. Tapi sepanjang tiga tahun jadi guru, tahun ni baru CH rasa seronok sambutan hari guru. Penuh satu hari (pagi sampai tengah hari) dengan pelbagai aktiviti, program disusun khas untuk penglibatan para guru.

Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei, bukanlah suatu tarikh yang selaras di nusantara, apatah lagi dunia. Hari Guru di Malaysia ditetapkan pada setiap 16 Mei kerana pada tarikh tersebut pada 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen ini sekarang kita kenali namanya sebagai Penyata Razak.

Tema tahun ini, Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Okey, sambutan Hari Guru kami bermula dengan senamrobik dan sukaneka + bola jaring (untuk lelaki) dan futsal (wanita). Memang gamat! Murid-murid la yang paling seronok, tak pernah tengok cikgu mereka jadi gila-gila!

Ni acara ikat kaki tiga. Bukan setakat jalan berkaki tiga je… Tapi. . .

Kena la langkah penghalang itu…🙂

Acara paling CH suka. CH la yang cadangkan. Asalnya, cadangan CH lagi kejam. Tangan mereka kena lumur bedak/tepung, atau belon dilumur minyak. Tapi tak pe la… Tak letak bedak atau minyak, banyak je belon yang pecah dulu di tangan, di perut, di … Apa-apa je lah…

Main futsal… Guru perempuan berfutsal, guru lelaki berbola jaring…🙂

Ada gaya la…

Sepakan penalti.

Macam nak berpoco-poco pulak…

Bola jaring lelaki tak de gambar ye. Dah semua cikgu lelaki kena main. Termasuk la CH…

Yang ni, GPK Petang, Pn Hjh Manisah bersama Guru Besar baru kami, Pn Hjh Zulliana.

Persembahan guru-guru wanita. Sole sole…

Persembahan guru lelaki.

Tapi kenapa ada yang pakai kain pelikat? Sebabnya…

Sebelum ini, dia jadi Nana, bagi sketsa ala miming + pantomim Aci Aci Buka Pintu…

Dan lagi sebelum, jadi Kajol ngan Shah Rukh Khan  lagu Koch Koch Hota Hai…

Lepas tu, ada potong kek…

Ada juga “Jangan Lupa Lirik”… Alamak, tak de gambar pulak… Guru-guru yang terpilih dipilih melalui cabutan. Dan kali ni, cikgu-cikgu yang bertuah majoritinya ustaz dan ustazah. Sporting la mereka… Tak sangka tahu nyanyi lagu dangdut, lagu Ella, lagu rock…

Akhir penghujung acara, mesti la makan, makan dan makan. Cikgu ni makan je kerjanya…

Yummy…. Sedapnyeee…

Gembira dapat nasi setelah sekian lama berdiet Atkins yang tak berapa nak atkins.

Suka dapat hadiah…

CH : Hari yang juga boleh dikategorikan sebagai hari untuk menurunkan tekanan darah. Kalau hari-hari biasa? Tekanan darah mencanak-canak naik!

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: