PPPA 1

PPPA 1… Macam nak tergeliat lidah… Macam gagap sikit. Tapi, peranan akronim ni sangat penting kerana PPPA adalah ujian setara negeri, sebagai penilaian awal terhadap pencapaian dan kemajuan murid-murid di dalam negeri ini.

PPPA iaitu Program Peningkatan Prestasi Akademik, dijalankan dua kali iaitu ketika serentak ujian pertengahan tahun, dan yang kedua, yang juga bertindak sebagai ujian percubaan negeri.

Sebagai penyelaras Tahun 6, CH la yang paling risau, takut peratus tergelincir. Terdahulu sebelum ni, Ujian Berfokus atau singkatannya MBIF (Modul Item Berfokus – betul, kan?) peratus mereka memang sangat mengerikan. Kononnya, kerana baru lepas sukan tahunan sekolah. Tidak berpeluang belajar dengan bersungguh-sungguh. Kali ni, apa pula alasannya?

Cuti sekolah ni penuh dengan kelas tambahan. Tapi, buat minggu pertama sahaja. Minggu kedua, kena la kasi can murid-murid ni nak bercuti. Sebenarnya, cikgu-cikgunya yang nak bercuti. Nak berjalan-jalan! He he he… Cuti kali ni CH bersama isteri dan beberapa rakan guru (semua rakan yang ikut tu guru Tahun 6!) nak menenangkan fikiran di Kuching. Jadi, nanti CH cerita la fasal Kuching pula.

Sepanjang cuti ni, guru-guru mata pelajaran teras peperiksaan Tahun 6 dikehendaki mengisi markah ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan (SAP) kerana analisis lengkap perlu dihantar ke kementerian Selasa menjelang sekolah dibuka. Ayoyooo…

Apa-apa pun, CH harapkan ada peningkatan lebih-lebih lagi kali ini dengan adanya Guru Besar baru, mesti beliau harapkan keputusan yang cantik dan memberangsangkan.

Gambar-gambar yang terselit di sini ialah sekitar peperiksaan Matematik Kertas 1 pada hari Rabu, 25 Mei 2011.

Menanda kertas mereka (kertas Sains 018), aduhai… Memang menaikkan tekanan darah. Nanti CH buat analisis jawapan peperiksaan murid-murid CH yang super cerdik!

CH: Nak jadi cikgu, kena kuat sabar… Kalau tak sabar, mau kertas jawapan murid tu kena conteng bulat besar-besar sana-sini!

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: