Terima Kasih Tuan Haji

Sebenarnya tarikh bersaranya 2 Mei 2011. Oleh sebab jatuh pada hari cuti, majlis diadakan awal pada Jumaat yang lepas, 29 April 2011. Yang bersara itu ialah Guru Besar CH, Tn Hj Kamaruddin Mohd Diah. Lahir pada tahun 1953 yang lampau, sememangnya anak jati Selangor.

Memulakan karier pendidikan di SMK Pulau Lumut, kini beliau menamatkan perkhidmatannya di kawasan yang sama. Terima kasih Tn Hj atas segala nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan serta segala macam perkongsian daripada pengalaman mahupun pandangan. Tn Hj sentiasa di hati dan memori kami.

Dalam pada bersedih saya, sedih sayu juga persembahan nasyid murid-murid Tahun 5 ini. Penyajak (Adik Zarif, nombor tiga dari kiri, paling depan) turut sebak dan mengalirkan air mata sejak awal persembahan lagi.

Persembahan guru-guru lelaki. Mantap, beb!

Ada potong kek… Yang paling tepat hari jadinya ialah isteri beliau, Pn Raziah Hashim.🙂

Inilah MCs of the day… Mr CH and Mrs NR… Dua-dua dah kahwin… Saja je busana ala-ala pengantin. Bila lagi nak melaram, kan…

Sejambak bunga tanda kasih ingatan yang terus mekar.

Saat bersalaman dengan murid-murid semasa melangkah keluar.

Berdoa sebelum melangkah masuk ke kereta.

Diiringi motor berkuasa besar.

Biasa la kalau dah ‘artis’, ramai nak bergambar. He he he…

Dah habis program, mula la cikgu-cikgu pun nak tumpang duduk kat kerusi tu.😀

Yang ni pula, pagi-pagi lagi. Suasana di luar, hujan turun renyai-renyai seolah-olah turut meratapi majlis persaraan ini.

Okey, yang ini pula pra program. Raptai. Cikgu Azmeer sebagai guru besar.

Ada pula yang pakai snow cap, macam pakai tudung serkup mak orang. Heh heh heh…

Apa lagi yang tak kena , tu…

Raptai dalam dewan, Cikgu Hafizul pula yang jadi Guru Besar.

Muka-muka budak yang kena denda… Masa buat raptai, mereka pun nak ‘raptai’ juga.

Bila diambil gambar, tahu pula malu!

Semoga Tn Hj berbahagia dan relaks selepas ni, mengisi masa yang lebih berkualiti bersama isterinya, Puan Hajah Raziah Hashim.

CH : Masa Adik Zarif bersajak sambil menahan sebaknya, CH pun ikut mengalirkan air mata… Tiadalah air mata itu mahal buat lelaki…

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: