Sukan Tahunan ke-29

Alhamdulillah… Lega sangat-sangat apabila sukan tahunan sekolah telah selamat dijalankan. Sebagai guru rumah Kuning, CH ucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang terlibat menyumbangkan mata kepada rumah, juga yang bertindak sebagai penyokong dan penyorak.

Berlangsung 2 hari, iaitu pada 21 dan 23 April. 21 April untuk murid-murid Tahap 1 manakala 23 April untuk murid-murid Tahap 2.

Barisan murid Tahap 1. Bersemangat walaupun kena datang pagi dan berpanas-panas.

Walaupun bawah khemah, panas juga kan? Kurang pula angin ni beralun…

Hari Jumaat, kami bersiap menghias khemah rumah, dengan apa yang ada dan yang boleh diadakan.🙂

Persiapan rumah-rumah lain.

Juga rumah CH sendiri.

Selain khemah rumah, juga dikisahkan kostum perbarisan.

Kostum perbarisan rumah-rumah lain.

Kuning a.k.a Tun Sri Lanang melangkah dalam kawad (yang tak sama kaki!) dengan penuh gaya.

Kalau anda perasan, ada tiga jejaka di sebelah kiri turut memberi salam hormat. Over ke?

Senamrobik.

Johan perbarisan rumah, juga pemenang hiasan rumah (tempat kedua).

Menerima hadiah (hamper dan piala) johan perbarisan.

Yang menyampaikan hamper ini ialah YDP PIBG kami, En Mokhtarroji Bingu. Yang menerima ni Muhd Zaim Kusrin, ketua pasukan perbarisan.

Dan kami rumah Kuning berjaya di tempat ketiga. Ok la tu…

Apakah yang sedang berlaku ini?

CH, Cikgu Raffaei Yahya, Adik Muhd Zaim Kusrin.

Gambar kandid. He he he…

CH dan Muhd Zaim Kusrin.

Sejurus habis mengemas dan sebagainya, bersama beberapa orang guru (CH sebagai penunjuk arah jalan, dan join sekali) melawat GPK 1 kami yang dimasukkan ke wad di Hospital Selayang (kerana kanser usus). Beliau nampak lebih baik dan jelas perubahan positif berbanding hampir dua minggu lepas CH dan isteri melawat beliau (tidak diceritakan dalam tapak ini). Nampak seri wajah, ceria, dah banyak berbual, cergas. Alhamdulillah.

Kemudian, CH bersendirian pergi la ke PWTC mencari buku Sutera Bidadari. Seronoknya dapat beli buku ni. Tengah baca tapi kena bergilir-gilir dengan Puan Besar yang sama suka membaca karya-karya Ramlee Awang Murshid.

Perjalanan pulang, teringat balik hari sukan siang tadi.🙂

CH : Tempat ke berapa sekalipun, yang penting semangat pasukan dan semangat kesukanan!

2 thoughts on “Sukan Tahunan ke-29

  1. PPPA 1 « Cikgu Hamzah Suleiman 28 Mei 2011 at 1:10 pm Reply

    […] Sukan Tahunan ke-29 […]

  2. ayu 23 April 2012 at 3:31 pm Reply

    salam…
    blog cikgu bg idea kat sy mcm mane nak hias rumah suka..tq

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: