Port Dickson

Port Dickson, satu lokasi menarik yang mudah dikunjungi oleh mana-mana arah untuk percutian singkat sama ada bersendirian atau dengan pasangan mahupun bersama famili.

Terdapat beberapa pantai awam dan juga pantai peribadi (hotel). CH baru-baru ini dengan Puan Besar bercuti di Hotel Selesa selama satu malam. Bukan apa, untuk menenangkan serabut fikiran yang terbejat dengan macam-macam perkara dan urusan. Dalam masa yang sama, sebagai hadiah buat Puan Besar yang menyambut hari dah tuanya yang ke-x.

Satu-satunya hotel yang dapat dilihat dengan konsep Minangkabau, identiti Negeri Sembilan.

Hotel ini mempunyai pantai peribadi. Jadi, pengunjung-pengunjung pantai hanya terdiri daripada tetamu-tetamu hotel ini dan hotel di sebelah.

Pandangan dari pantai menghadap hotel.

Kelihatan kolam renang yang disediakan, sesuai untuk anak-anak jika kita ragu dengan keselamatan mereka mandi di pantai.

Kerusi malas untuk memalaskan diri.

Bilas pasir melekat pada kaki. Kenapa ada pasir-pasir melekat? Kerana sebelum itu…

Kami berjalan-jalan di pinggir pantai…

Menikmati matahari tenggelam…

Main simbah-simbah air…

Berjalan di gigi air…

Balik bilik, mandi la…

Lama pula Puan Besar ni berurusan peribadi…

Pagi esoknya, bersarapan dengan sedap dan enaknya… Sampaikan Puan Besar…

Tak kisah dengan kamera!

Sesuatu yang lucu semasa berjalan ke pantai (edisi pagi).

Apa tidaknya… “Swimming at your own risk”Β (berenang dengan risiko sendiri). Sebelahnya pula, “your safety is our concern” (keselamatan anda keutamaan kami)… Bukan kontra ke?

Kemudian, kami sambung semula aktiviti bergambar.

Entah sampan siapa la ni.

Oh, adindaku…

Udah udah la tu… Jom kita balik bilik!

Memanaskan badan dalam bilik berpendingin hawa. He he he…

Banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini. Banana boat, snorkeling (snorkeling?), motorboat, dll. Dari aspek tempat lawatan pula, ada Muzium Lukut, Taman Burung Unta, Zoo Mini, Hutan Lipur Tanjung Tuan dan lain-lain.

Jadi, kami sepakat menyusur jalan raya dari bawah sampai ke atas (PD) dan singgah Taman Burung Unta.

Sebelum jumpa burung unta, kami jumpa…

Mmmmbeeeekkkk…

Puan Besar tunjuk dengan jari je ke…

Diingatkan sekali lagi. Ini bukan Taman Kambing, ini Taman Burung Unta.

Nyaris burung unta tu nak ‘pakai’ tudung Puan Besar…

Ada haiwan cilik yang makan aiskrim siapa ntah…

Nak juga menunggang haiwan ini… Hanya RM4.00 dengan sijil.

Jangan risau, anda tidak menunggang bersendirian… Tak aci la macam ni… Nak gak tengok Puan Besar ni menjerit-jerit ketakutan… He he he…

Yang paling CH suka…

Ada kambing yang tak busuk (harum) dan manja dengan orang… Puas CH peluk…

Kambing yang lagi satu tu tak ‘mesra alam’…

Cak!!!

CH : Teringin nak bela kambing… Nak peluk puas-puas… He he he…πŸ™‚

One thought on “Port Dickson

  1. Suzette 7 November 2012 at 3:56 am Reply

    Please let me know if you’re looking for a author for your blog. You have some really great articles and I think I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I’d really like
    to write some material for your blog in exchange for a link back to mine.
    Please send me an email if interested. Cheers!

    Suzette

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: