Kundasang

Masya ALLAH… Kundasang antara satu-satunya tempat di Malaysia yang amat CH kagumi… Sama ada aspek keindahan kawasan pergunungan, kesejukan persekitaran, keramahan penduduknya, suasananya, ahh… tak tersenarai. Hampir-hampir nak CH jadikan aktiviti tahunan. Kalau banyak duit la. Duit yang ada sekarang ni banyak disalurkan ke tujuan-tujuan lain plak. Rumah baru. Cahaya mata (insya ALLAH…). Tabungan masa depan. Pergi haji. Itu sudah mesti. Walaupun CH sudahpun menyempurnakan rukun Islam kelima (1998), tapi isteri tak pergi lagi. Jadi, tanggungjawab CH sebagai suami/mahramnya untuk memenuhi syarat wajib isteri untuk pergi menunaikannya.

Okey, lari ke tajuk lain pula nanti. He he he… Di Kundasang, CH dan isteri menginap di Mt Kinabalu Heritage and Spa. Boleh rujuk http://www.mountkinabaluheritageresort.com.my/chalet.html untuk maklumat lanjut. CH ambil chalet.

Chalet ni memang pada CH mewah dan eksklusif. Bukan sahaja interior dalaman yang cantik walaupun ringkas, tetapi betul-betul dijaga. Kelebihan paling utama, pintu chalet menghadap ke puncak gunung. Apa lagi, Gunung Kinabalu la… Memang landskapnya pun cantik. Cuma, mengah la kalau bawa beg banyak/berat. Kena daki tangga. CH duduk di chalet no. 14. Memang puas hati. Bila malam, sangat la sejuk. Berkelubung aja sambil layan tv satelit. AKtiviti lain? Sila faham sendiri.🙂

Inilah chalet yang kami duduk. Ada ruang peribadi di hadapan untuk kita sembang-sembang, buang asap rokok (isy isy isy…), gosip, sambil tengok pemandangan lembah gunung yang indah dan mempesonakan.

Memang landskap dijaga dengan dikelilingi pokok-pokok pine. Macam di luar negara!

Yang ini di kawasan hotel. Selepas sarapan (hari ke-2). Boleh la jalan-jalan panaskan badan yang membeku. Pemanas air tahap maksimum pun masih dingin lagi. Betapa sejuknya air!

Ada jambatan gantung (pendek jer…) untuk  bersiar-siar. Masih di kawasan hotel. Hotel ini terletak di atas puncak bukit yang lain. Sebab tu boleh nampak lembah gunung belah sana. Hotel ni memang digalakkan lah untuk tujuan panorama indah dan suasana romantis. He he he…

Kabus yang masih menyelubungi sampai tak nampak matahari walaupun dah pukul 10.

Pandangan chalet dari tangga bawah. Penat maa menapak tangga. Tapi best! Sejuk!

Nak datang lagi….

Tapi sayang… Nampak sikit je puncak batuan gunung tersebut. Cuaca kurang mengizinkan. Ni diambil dari depan bilik jer…

Rupa dalam bilik CH (diambil dari laman web). Sebiji macam ni. Empuk. Nyaman.

Kan seronok dapat menikmati keindahan Gunung Kinabalu, lembah pergunungan dari depan bilik saja? Macam di atas ni la… CH cadangkan bilik no 14 (double) atau 15 (2 single).

Cantik… Cantik…

Yang di bawah, gambar-gambar sekita lawatan di Kundasang selain Taman Peringatan Perang.🙂

Yang ni kat restoran tepi jalan. Makan steamboat panas-panas pada waktu yang dingin. Memang cocok, kan? Lupa nak amik gambar makanan. He he he…

Kolam air panas Poring ni kawasannya luas. Tak larat nak ronda habis. CH demam. Kesian….

Nampak kabus jerk.. Di Taman Gunung Kinabalu…

Di Taman Botani.

Macam di kayangan. Serba putih.

Kawasan ni (padang ragut) sepatutnya ada banyak lembu-lembu ala New Zealand. Macam gambar kat bawah la. Tapi CH datang, lembu-lembunya menyorok kat mana ntah… Takut CH usik puting susu dia kot?

Kalau cuaca bagus, dari sini juga antara spot menarik untuk melihat puncak Gunung Kinabalu.

kundasang-n-poring-15-to-17-feb-2010-007

CH: Tak dapat tengok lembu, tengok rumput pun jadik la…

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: