Tamparuli

Assalamu ‘alaikum… Entri kali ini berkongsi dengan anda perjalanan cuti-cuti CH dengan isteri meronda dan menghayati keindahan alam ciptaan ALLAH dalam pada masa yang sama memahami kepelbagaian budaya dan corak masyarakat di bumi ini. Skema habis…. He he he…

Banyak tempat dah CH lawati… Pendek kata, Malaysia ni memang dah habis pusing. Hampir la. Tapi kalau nak kata negeri, semua negeri CH dah masuk. Entri pertama tentang percutian CH, CH suka sangat nak cerita fasal Sabah. Negeri yang paling CH nak lawat berkali-kali. Terutamanya, lokasi yang bernama Kundasang, yang terletak di Daerah Ranau.  Sejuk. Nyaman. Cantik. Sumandaknya pun manis-manis semuanya. Sumandak? Sila tanya orang Sabah ye…

Cantik, kan pemandangan pergunungan di belakang? Ini dalam perjalanan dari Bandar Raya Kota Kinabali ke Kundasang. Spesifiknya, tempat ni bernama Tamparuli. Alah, yang lagu Tamparuli tu. Ni la tempatnya. Sebenarnya ada jambatan gantung dan juga jambatan kenderaan yang hanya boleh lepas satu kenderaan pada satu masa. CH terlalu juga jambatan ni. Thrill jugak la… Janji, jangan main-main stereng, sudah…

Ni la jambatan gantung berkenaan… Nampak sebelah kiri yang rendah hampir separas air sungai, adalah jambatan untuk kenderaan.

Haa… Ada pun dalam simpanan, gambar dua jambatan yang jelas dan nyata.

Kelihatan dua buah kenderaan melepasi jambatan tersebut. Nasib baik kelebaran jambatan tersebut agak besar. CH pun ada ‘bran’ la lalu melepasi jambatan tersebut.

Kalau anda hendak menuju ke Kundasang, Tamparuli tidaklah terletak di tengah-tengah laluan, melainkan anda kena membelok ke kanan. Ada papan tanda. Kena alert la… Kalau lalu dah di kawasan pergunungan / lereng gunung / pemandangan indah, maknanya dah terlepas la tu.

Apa yang ada di Tamparuli?

Selain daripada jambatan gantung ni, ada gak pasar tamu, kalau tempat kita, especially kat Johor, disebut pasar lambak. Tak terfikir pulak CH nak amik gambar suasana pasar lambaknya macam mana. Google imej pun tak ada. Tunjuk jambatan je. Memang tu pun tarikan istimewa Tamparuli.

Kebanyakan penduduk di sini terdiri daripada Kadazan Dusun.

Rupa-rupanya ada tiga jambatan. Eh, empat.

jambatan-tamparuli-the-3-bridges.jpg

Yang dalam gambar banyak-banyak kat atas tu yang ditandakan No.3 dan No. 4… Yang No. 2 tu kedudukan asal jambatan gantung Tamparuli, yang dalam lagu tu. Dah tak ada dah.  Yang No, 1 tu memang selamat dan kukuh. Tinggi pula tu. Kalau jambatan No. 4 tu ada masa-masa tenggelam juga tu.

jambatan-tamparuli-before-january-1999.jpg

Inilah dikatakan jambatan asal yang dinyanyikan dalam lagu tu (No, 2). Jambatan ni musnah pada 1999 akibat banjir besar pada bulan Januari. Jambatan yang paling lama? Yang no. 4 tu la… Dibina pada tahun 1950-an, tetap masih ada kini walaupun pernah dilanda banjir besar.

CH : Gara-gara jambatan, Tamparuli disebut-sebut…

One thought on “Tamparuli

  1. Joshua ivan 30 Januari 2014 at 10:27 am Reply

    Itu lh yg di kta kn bnjir besar mencutus jmbatan tamparuli. .wkwk

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: