Mesyuarat… Mesyuarat…

Semalam dan kelmarin CH menghadiri Bengkel ICT di PKG (Pusat Kegiatan Guru) Pelabuhan Klang. Hasil daripada bengkel tu, CH kembali la bersemangat nak menghidupkan semula blog CH yang dah sesak nafas – hidup segan mati tak b0leh (bukan tak mau).

Hari ni datang ke sekolah ada banyak benda dalam fikiran ni. Tentang hal-hal yang kena buat hasil perbincangan bersama guru-guru ICT, tentang pemfailan la, kaji selidik online la, label, itu, ini, bla bla bla… Kena juga bersiap sedia buat persediaan untuk mesyuarat esok iaitu antara guru-guru Tahun 6. Buat pengetahuan pembaca, CH telah dilantik mulai tahun 2011 sebagai penyelaras Tahun 6. Senang tak senang, susah tak susah la… Huuhuhuuu…

Kalau dilihat pada analisis sempena Peperiksaan Penilaian Berasaskan Sekolah baru-baru ni, Sains mencapai peratus lulus sebanyak 80.2%. Peratus UPSR untuk Sains tahun 2010 ialah 86%. Dua minggu lagi ada Ujian Berfokus Setara Klang. Takut jatuh je peratus. Sebabnya, periksa Sains yang ini (PKBS 1) CH yang buat soalannya. Memang Bahagian B CH bagi soalan semua aras mudah. Nanti CH tepek kat blog. Harap-harap la murid-murid CH boleh perbaiki kelemahan dan ingat segala macam pembetulan dan pengajaran….

CH: Kepala pusing fikir banyak benda, antara penenang yang berkesan ialah makan dan tidur… Kalau makin gemuk tu, maknanya tengah stress la yerk?

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: