Lagi Fasal Nasida Ria

Lama sungguh CH tidak mengemas kini blog CH… Dah bertahun menyepi. Mungkin boleh dikatakan hangat-hangat tahi ayam la kan… Ada CH kisah? Kisah tak kisah, sekarang semangat itu kembali hadir. Berdasarkan kategorinya “Kecenderungan”, maka CH menyentuh lagi berkenaan kumpulan nasyid/qasidah dari Indonesia yang menjadi minat dan idola CH.

Kumpulan Nasida Ria tertubuh pada 1973 dan memasuki dapur rakaman pada 1975. Sehingga kini telah menghasilkan 34 buah album perdana dan 5 album bahasa arab (penuh).

Inilah rupa kaset pertama mereka. Begitu klasik sekali. He he he… Sesuai la dengan tahun dan zamannya. Pun begitu, adalah suatu perkara yang boleh dibanggakan apabila mereka masih kekal dengan ahli-ahli utama mereka sehingga ke saat ini.

Ini pulak rupa album-album terkemudian.

Gambarnya agak kabur. Ini gambarnya ihsan dari teman facebook saya, Saudara Lukman Hakim dari Indonesia.

Katanya kualiti gambar yang kabur kerana diambil menggunakan kamera telefon bimbit. Sensitif kepada goyangan kecil.🙂

Kalau dilihat, kebanyakan cover mereka sambil memegang alat muzik mereka sendiri. Boleh dikatakan identiti mereka tambahan mereka juga memang memainkan sendiri alat muzik. Termasuk la ketika persembahan konsert atau untuk tujuan rakaman. Setiap personil mahir memainkan lebih dari satu alat muzik.

Menurut rakan CH di Indonesia yang pernah menonton konsert mereka, di pentas juga mereka memainkan alat-alat muzik bergiliran. Vocalist utama mereka juga bukan seorang sahaja – turut bergilir. Jadi persembahan mereka pasti mengasyikan. Tak ke… Ye la.. Ye kan aje…🙂

Ini gaya penggesek biola, Hajjah Nadhiroh, menggesek biola dari arah belakang. Cara, kan?

Yang ni pulak gesek biola pakai kepit penggesek kat kaki.

Penggesek biola ini namanya Hajjah Nurhayati. Insya ALLAH, entri akan datang CH perkenalkan personil-personil Nasida Ria serta alat muzik kemahiran mereka.

CH: Dulu guna singkatan CAH… Macam abang tulang lembut jer bunyinya… Tukar CH macam ok sket kot, kan? He he he…

One thought on “Lagi Fasal Nasida Ria

  1. iskandar zakaria 6 Ogos 2015 at 3:38 pm Reply

    NOT-NOT LAGU-LAGU MELAYU LAMA ADA KAH DENGAN SIAPA2 YANG SIMPAN LAGI, SAYA NAK FOTOKOPI, BARU BELAJAR BIOLA SENDIRI2

Sila komen di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: