Pemboleh Ubah Dimanipulasikan / Bergerak Balas

Sebagai langkah paling awal untuk mahir dalam Bahagian B ialah mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat dalam aktiviti / eksperimen dalam soalan berkenaan.

Pemboleh Ubah Dimanipulasikan – Pemboleh Ubah Bergerak Balas

Untuk tutorial ini, CH menggunakan pendekatan Bahasa Melayu. Guru anda mungkin menggunakan pengenalan ” TO ” “TC” atau “WTO” “WTC” atau mungkin juga “T2O”  “T2C” dan ada juga “C” dan “O/M”. Kesemuanya digunakan sebagai nota ringkas atau penandaan yang mesti diconteng oleh murid di atas kertas soalan bagi memudahkan murid menjawab soalan-soalan yang bakal dikemukakan. Namun, pedoman ini amat membantu jika anda seorang murid yang membaca, menulis dan berfikir dalam Bahasa Inggeris (objektif asal PPSMI).

Untuk itu, CH akan menggunakan dua istilah sahaja: No. 1 dan No.2.  Jadi, bagaimana nak kaitkan dengan pembolehubah tersebut?

Bayangkan kalau kita dimarahi ibu kita kerana menipu ibu kita. Ibu kita pasti akan memarahi kita sambil menuding jari telunjuk ke arah kita sambil memberi amaran supaya beringat.

Jadi, kerana menipu, kita dimarahi sambil dituding jari telunjuk. Jari telunjuk (1 jari), menipu (manipulasi).

Bagaimana anda bergerak (pergi) ke sekolah? Bas? Basikal? Jalan kaki? Asasnya, pasti kita pergi menggunakan 2 kaki. 2 kaki, bergerak ke sekolah.

Kesimpulannya, No. 1 – pemboleh ubah dimanipulasikan. No.2 – pemboleh ubah bergerak balas.

Bagaimana nak menentukan No. 1 dan No. 2?

Bentuk 1 : Jadual (Kes 1)

Minggu

1

2

3

4

5

Bilangan Katak

10

20

30

40

50

Bilangan Belalang

100

90

80

70

60

No. 2 biasanya adalah yang paling kanan atau paling bawah. Kalau kita tunjuk ‘peace’, pasti kita guna tangan kanan, dan ‘peace’ menunjukkan dua jari.

Jadi, No.2 ialah bilangan belalang.

No. 1 pula biasanya sebelum No. 2. Maka, No. 1 ialah bilangan katak.

Soalan:

Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan.

Bilangan katak.

Apakah pemboleh ubah bergerak balas?

Bilangan belalang.

Bentuk 1 : Jadual (Kes 2)

Kadangkala, terdapat juga jadual 3 kolum tetapi tidak mematuhi kes 1.

Saiz sangkar

Purata jisim asal kucing (kg)

Jisim kucing selepas dua minggu (kg)

        Kecil

1.2

1.3

        Sederhana

1.2

1.7

        Besar

1.2

2.1

Dalam apa bentuk atau berapa bilangan kolum jadual sekalipun, No.2 tetap yang paling kanan atau yang paling bawah. Yang berubah ialah No.1 sahaja.

Sekiranya didapati sebelum No.2, maklumat angka adalah sama kesemuanya, maka No.1 berpindah ke kolum sebelumnya iaitu saiz sangkar.

Soalan:

Apakah pemboleh ubah dimanipulasikan?

Saiz sangkar.

Nyatakan pemboleh ubah bergerak balas.

Jisim kucing selepas dua minggu.

Bentuk 2: Graf

Untuk graf, anak panah ke kanan ialah No.1. Panduan mengingat, apabila kita hendak menunjuk arah apabila ditanya orang, sebagai contoh, “Di manakah arah ke sekolah?” , maka kita akan menunjukkan arah dengan tangan kanan menggunakan satu ibu jari.

Anak panah ke atas pula ialah No.2.

Soalan:

Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan.

Tahun penyiasatan.

Nyatakan pemboleh ubah bergerak balas.

Bilangan tapir.

Kes khas

Nampak panduan di atas seperti mudah, tetapi ada cabarannya. Ada yang kena kita cari, dan ada yang boleh terus diambil.

Sebagai petunjuk mudah, setiap pemboleh ubah tidak boleh terdiri daripada satu perkataan. Mesti dua perkataan atau lebih.

Contoh.

Kita dapati No.2 ialah isi padu air yang dikumpul. Maka, mengikut panduan di atas, No. 1 ialah span. Tetapi telah cikgu maklumkan, jika No.1 itu terdiri dari satu perkataan, maka kita kena tengok gambar atau baca soalan. Kebiasaannya, gambar akan diberi.

Lihat gambar. Mesti ada satu perkara atau maklumat yang tidak sama antara satu sama lain. Ya, gambar menunjukkan span. Ada tiga span. Tetapi apa yang tak sama antara ketiga-tiga span itu?

Ya, ada span yang kecil. Ada span yang besar. Kecil atau besar, ini adalah berkenaan saiz. Jadi, No.1 ialah saiz span.

Saiz adalah disebut sebagai parameter, span adalah objek.

Sebagai panduan, antara parameter yang biasa digunakan (bergantung kepada soalan/gambar):

- saiz

- ketinggian

-luas tapak

- luas permukaan

- bilangan

 

Bagi setiap soalan, kenal pasti jawapan-jawapan bagi soalan berikut.

(a) State what is change (manipulated variable). Nyatakan apa yang diubah (pemboleh ubah dimanipulasikan.

(b) State what is observed (responding variable). Nyatakan apa yang diperhatikan (pemboleh ubah bergerak balas).

Soalan 1

47 thoughts on “Pemboleh Ubah Dimanipulasikan / Bergerak Balas

  1. Kasih Akif 17 Ogos 2011 at 1:01 pm Reply

    Terima kasih cikgu, boleh bantu saya dalam menjawab soalan sains trial bah b dr perak dan kelantan, amat mengelirukan…

    • Cikgu Hamzah 20 Ogos 2011 at 1:19 am Reply

      Terima kasih Adik Kasih. Kalau boleh, memang cikgu nak masukkan soalan-soalan daripada ujian-ujian percubaan negeri sebagai panduan dalam tutorial cikgu. Cuma cikgu minta maaf, dek kerana kekangan masa, menyebabkan cikgu dapat berbuat demikian untuk masa terdekat. Apa yang adik boleh lakukan ialah meminta tunjuk ajar daripada guru Sains di sekolah adik. Cikgu hanya mampu membantu menyediakan sumber sahaja.

      • damia 23 Disember 2011 at 1:49 am Reply

        salam,,,cikgu bleh x ajr sy cre2 mgnal pmblehubah2 2,,,
        sy xbrpe pmh la,,,lau cikgu nk knekn byran pn sy sngup,,,,sy nk ambik SPM
        nie thun dpn,,,

        • Cikgu Hamzah 4 Januari 2012 at 9:52 am Reply

          Kalau di dalam tutorial ini, cikgu gunakan pendekatan singkat untuk UPSR sahaja. Untuk SPM, adik kena faham betul maksud pemboleh ubah.
          Pemboleh ubah ialah sesuatu yang boleh diukur, seperti saiz, tinggi, bilangan, luas permukaan, dan lain-lain.

          Pemboleh ubah dimanipulasi ialah ukuran yang ditetapkan oleh kita. Kita yang tetapkan. Hanya berlaku sebelum dan semasa uji kaji.

          Pemboleh ubah bergerak balas ialah ukuran yang terhasil akibat eksperimen/uji kaji. Kita hanya memerhati dan membuat ukuran hasilannya.

          Permboleh ubah dimalarkan ialah ukuran yang tidak terlibat dalam uji kaji tetapi mesti sama supaya uji kaji kita sahih.

          Contoh: Ujian ikan yang dibela dalam akuarium yang kecil dan akuarium yang besar.

          Pemboleh ubah dimalarkan : Bilangan ikan. Maksudnya: Bilangan ikan dalam akuarium kecil dan akuarium besar mesti sama banyak.
          Saiz ikan. Maksudnya saiz ikan mesti sama dalam kedua-dua jenis akuarium. (pemboleh ubah dimalarkan ada banyak yang boleh diterima)
          Pemboleh ubah dimanipulasikan : Saiz akuarium. Maksudnya: Saiz akuarium telah ditentukan sebelum eksperimen.
          Pemboleh ubah bergerak balas : Saiz ikan. Saiz ikan tidak sama, berlaku perubahan saiz selepas diuji kaji.

          Didapati, saiz ikan di akuarium yang besar lebih besar berbanding saiz ikan di akuarium kecil kerana ruang yang terhad.

  2. suhaila. 5a upsr 19 Ogos 2011 at 1:24 pm Reply

    c. tq krana nota yg c. bri kn brhasil semasa sya buat latihan ngeri kelantan tapi negeri perak susah lh sya cma dpt 82 je yg klantan dpt 90. tq!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! c.gu

    • Cikgu Hamzah 20 Ogos 2011 at 1:23 am Reply

      Terima kasih Adik Suhaila. Cikgu bersyukur apabila nota cikgu memberi manfaat kepada adik-adik. Cuma yang cikgu agak ralatkan apabila halaman tutorial ini masih belum lengkap sepenuhnya. Bahkan halaman pemboleh ubah ini pun sebenarnya belum lagi lengkap. Kekangan masa menyebabkan cikgu tidak sempat untuk menyiapkan halaman tutorial ini. Insya ALLAH, mudah-mudahan cikgu boleh siapkan sepanjang cuti Disember nanti untuk panduan lengkap calon-calon UPSR 2012.

  3. humaira zulkiflee 1 Februari 2012 at 2:15 pm Reply

    cikgu skrang nie sy dah faham tentang pemboleh ubah

    • Cikgu Hamzah 1 Februari 2012 at 9:41 pm Reply

      terima kasih adik… Pun begitu, masih ada kelemahan yang masih dalam kajian cikgu dan juga dalam maklum balas murid cikgu.
      Juga ada bahagian seperti graf, gambar, dll yang masih belum diterangkan. Insya ALLAH, akan ditambah baik dalam bulan Feb ini juga.

  4. azleen puzi 9 April 2012 at 7:24 pm Reply

    cikgu bleh x toong ajar saye care untuk menjawab soalan pemerhatian……..

    • Cikgu Hamzah 9 April 2012 at 8:03 pm Reply

      untuk soalan pemerhatian, sama ada adik boleh jawab perubahan corak (contoh : populasi harimau semakin berkurang), atau apa yang boleh dilihat selepas dibuat eksperimen (contoh : pokok membesar ke arah lubang) atau apa-apa sahaja yang boleh dicapai dengan deria rasa, bau dengar, lihat, sentuhan (pancaindera) , contoh : larutan L berasa masam, contoh lain : permukaan N lebih licin daripada permukaan M, contoh lain : kambing P lebih gemuk daripada kambing Q.
      JANGAN JAWAB perkara yang tidak boleh dicapai pancaindera – banyak murid menjawab inferens dalam soalan pemerhatian.
      SALAH : Kambing P kurang persaingan makanan daripada kambing Q / Permukaan N kurang daya geseran daripada permukaan M. / Semakin banyak harimau diburu …. ini adalah jawapan inferens bagi pemerhatian contoh di atas (walaupun tidak bermula dengan KERANA)…
      Cikgu akan membuat penerangan contoh cara menjawab PEMERHATIAN dalam masa terdekat. Terima kasih. :-)

  5. rindiana 16 Mei 2012 at 11:27 pm Reply

    skrg sya dha fhm dha ckit2 tntg pmb0leh ubh…law tjuan pnyiasatan plak cikgu.??
    blerh ajr ckit kha.

    • Cikgu Hamzah 17 Mei 2012 at 9:17 pm Reply

      Untuk menjawab tujuan,
      mulakan dengan
      ” Untuk menyiasat hubungan antara ……………………….. dan …………………………… ”
      kosong yang pertama, isi p/u dimanipulasi,
      kosong yang kedua, isi p/u bergerak balas. :-)

      • cieya 22 Mei 2012 at 11:05 pm Reply

        ckgu , ape prbezaan pemboleh ubah dimanipulasikan n bergerak balas ?

      • Mama ASyafiq 29 Ogos 2012 at 9:10 pm Reply

        Sekarang sy dh betul2 fhm…mklumlh sy guru bahasa Melayu..,demi ank, sy jd guru sn di rumah.

  6. fatyny 4 Julai 2012 at 2:48 pm Reply

    kalau soalan carta macammana nak katogerikan yang mana wtc dan wto.

  7. Wawa tehah 5 Julai 2012 at 8:59 pm Reply

    ckg sy x fhm tajuk phases of the moon

  8. Mama ASyafiq 29 Ogos 2012 at 9:06 pm Reply

    Salam. Terima kasih cikgu…dengan nota, latihan dan soalan-soalan ini, saya dapat membantu anak saya lebih memahami istilah-istilah sains.

  9. sura 12 November 2012 at 7:06 pm Reply

    Terima kasih cikgu..sangat membantu

  10. Moody Blues 21 November 2012 at 12:45 am Reply

    thank you vry much sir .. vry useful.. please sir add more about science..

  11. zueyusof 18 Januari 2013 at 8:30 am Reply

    As salam.. terima kasih cikgu. Amat membantu saya untuk menerangkan topik ini kepada anak saya yang belajar dalam tahun 4 :)

  12. fariss 22 Februari 2013 at 1:39 pm Reply

    terima kasih…nota cikgu sangat membantu… semoga ALLAH membalas atas jasa baik cikgu…

  13. adam hakimi 4 Mac 2013 at 8:27 pm Reply

    terima kasih ckgu hamzah sekarang sye dh pandai menjawab soalan dimanipulasikan

  14. cekgu suraya 5 April 2013 at 6:25 pm Reply

    Assalam..thanx a lot ckgu hamzah.. nota ckgu sgt mmbntu sy utk membimbing murid2 sy bg mnjwb bhgn B.. sy bkn guru opsyen sains yg d amanahkan utk mngjr sains thn1-5 d sbuah skolah Felda..

  15. norliza 28 April 2013 at 11:33 am Reply

    nota ini sgt membantu, saya seorg ibu…perlu belajar untuk membantu anak saya belajar.tahun 4…kalau ada apa2 tips berguna lagi bole la email kepada saya..

  16. ikhmal 10 Mei 2013 at 10:48 pm Reply

    cikgu bleh ajar saya cara cari wtc dan wto

  17. ummairah 2 Jun 2013 at 8:53 pm Reply

    saya didalam kelas memang tak faham akan soalan bahagian B dan sering mendapat C dalam ujian sejakdarjah 4

  18. Ani Sarimon 13 Jun 2013 at 2:49 pm Reply

    thanks..banyak saya dapat info….semoga mendapat keberkatan Allah diatas perkongsian ini

  19. adila 17 Jun 2013 at 9:58 pm Reply

    saya faham!!!

  20. farah 29 Ogos 2013 at 7:00 pm Reply

    ckgu klu soalan parameter mcm mna??

  21. Are-zura heriga 9 November 2013 at 12:15 pm Reply

    sebiji sangt msk kt dlm krts pprksn

  22. Are-zura heriga 9 November 2013 at 12:18 pm Reply

    perimeter saya tahu gile2…

  23. Nur Jannah Badrul Hisham 9 Disember 2013 at 12:15 am Reply

    Cikgu saya tak berapa pahamlah Apabila diberikan soalan gambar berajah…. Boleh cikgu terangkan kt saya…..

  24. habiballahah 13 Februari 2014 at 8:49 pm Reply

    hebat bohhhhhhhh…………..

  25. habiballahah 13 Februari 2014 at 8:52 pm Reply

    cikgu,saya nak maksud pemerhatian?……….

  26. fadhli 22 Februari 2014 at 8:06 am Reply

    terima kasih cikgu

  27. fadhli 22 Februari 2014 at 8:21 am Reply

    weweweeweweweweweweee……………….cerita lagi cikgu

  28. NURUN NISA 18 Mac 2014 at 8:09 pm Reply

    cikgu di sklh sy pembolehubah yg sy belajar dipanggil PB, PT dan PM
    tapi sy tak ingat semua
    cikgu pernah dengar tak PB, PT dan PM

  29. alif 1 April 2014 at 1:13 pm Reply

    pm/pb/pdm-manipulasi/bergerak balas/dimalarkan

  30. Yans Peanut . 5A Dalam Genggaman 25 Jun 2014 at 2:03 pm Reply

    Cikgu .. saya dh fham , sya tk pandai buat soalan kesimpulan .. kesimpulan nk buat mcamana sya thun ni nk kena ulangkaji sungguh2 sbb thun ni UPSR huaa .. ianya menakutkan .

  31. jessina 4 Julai 2014 at 5:47 pm Reply

    cikgu saya nak masuk ke pemerhatian

  32. H 22 Julai 2014 at 9:11 pm Reply

    Thx teacher

  33. PN.SUZY 28 September 2014 at 1:27 pm Reply

    minta cikgu beri contoh jawapan dalam kertas soalan CANANG JPNS 2010 SAINS

  34. Qurratul Ain 28 Oktober 2014 at 7:44 pm Reply

    cikgu…….saya x beberapa faham la apa itu pemboleh ubah dimanipulasikan yg cikgu kata….
    boleh cikgu terangkan……

  35. Abdul Hadif Ilman 28 Oktober 2014 at 8:52 pm Reply

    Aslkm cikgu saya tak fahamlah ape maksud mv,cv,rv

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 49 other followers