Category Archives: Nasida Ria

Kejujuran Syarat Utama

Amat CH kesali atas apa yang berlaku baru-baru ini. Apabila taksub mengejar prestasi dan nama, generasi muda telah diajar untuk tidak jujur dalam peperiksaan.

Tidak mahu mengulas panjang. Walaupun lagu ini tidak menjurus langsung kepada kejadian yang baru berlaku semalam, tetapi tetap valid untuk kita semua. Kejujuran adalah kunci segala-galanya, walau apapun urusan dan situasi.

kejujuran syarat utama

Semoga menjadi iktibar dan pedoman buat kita semua.

CH : Kasihan murid dan guru yang menjadi mangsa… Sabarlah kita semua…

 

Selamat Ulang Tahun Hjh Mutoharoh ~ Nasida Ria

31 Januari 1964 – 31 Januari 2014… 50 tahun Hjh Mutoharoh… dan dari seawal usia di awal remaja, sebagai barisan pertama Nasida Ria (1975) yang setia memberi nafas kepada Nasida Ria hingga kini.

Selamat ulang tahun, Bunda Hjh Mutoharoh… Semoga ALLAH melanjutkan usia bunda dalam kesihatan dan iman serta fizikal yang kuat untuk terus memberi nafas dan aura Nasida Ria.

Hjh Mutoharoh, ikon Nasida Ria, ikon qasidah moderen Indonesia.

Bengkalis

Siapa yang tahu di mana Bengkalis? Kalau CH kata, CH ke Bengkalis, cuti Disember baru-baru ini, mungkin anda tertanya-tanya. Di mana Bengkalis? Apa yang istimewa di Bengkalis?

Bengkalis merupakan sebuah pulau yang bersetentang dengan Melaka. Jarak dari Melaka ke Bengkalis melalui feri kira-kira dua jam.

Kalau dapat dilihat, pulau yang bentuknya bulat sikit tu Pulau Rupat. Tentu pernah dengar cadangan untuk membina jambatan dari Melaka ke Indonesia. Nah…. Jambatan itu direncanakan bersambung dari Melaka ke Pulau Rupat. Jarak lurus paling singkat.

Okey, kenapa cikgu sorang (eh, tak seorang… dengan Puan Besar…) pergi ke Bengkalis?

Kami ke sini gara-gara ini ke?

Ini ialah logo MTQ (bahasa Indonesia, dibunyikan  em te qi) iaitu Musabaqah Tilawatil Quran peringkat Provinsi (negeri) Riau. Tapi, tujuan asal CH ke sini bukan semata-mata untuk menyaksikan majlis ini.

Perjalanan bermula di Terminal Feri Antarabangsa Melaka.

Tiket feri pergi balik ialah RM180. Sehala memerlukan tempoh 2 jam.

Di atas feri, masih di Malaysia.

Melaka sayup-sayup kelihatan, ditinggalkan.

Sampai di Bengkalis.

Nampak sepi… Kenapa? Terminal ini tidak terletak di Bandar Bengkalis… Kira-kira 1 jam juga dari terminal ni untuk sampai ke bandar kecilnya.

Dari terminal ini, ada disediakan bas khusus oleh pengendali feri ini.

Bas ini kecil sahaja. Sesuai dengan lebar jalan yang juga sempit untuk berselisih.

Sebenarnya Nasida Ria diundang untuk membuat persembahan sempena majlis perasmian pembukaan MTQ kali ke-31, dua kali. Pertama, semasa Majlis Makan Malam Taaruf. Kedua, semasa Majlis Pembukaan Perasmian MTQ. Atas sebab itu, CH datang ke sini. Pertama, kedudukan paling dekat yang boleh CH datang. Kedua, tak perlu nak book kapal terbang.

Oleh sebab CH dan Puan Besar sampai di Bengkalis sudah lewat petang, jadi kami terlepas peluang untuk bersua dengan mereka semasa sesi uji sistem suara.

Persembahan malam itu, berlangsung di Kantor Bupati.

Hjh Rien Jamain dan Siti Romnah.

Siapa yang berbaju merah itu? Dalam rangka persembahan ini, Uswatun Hasanah tidak ikut kerana sedang berpantang, baru lepas melahirkan. :-)

Siang esoknya, kami jalan-jalan sekitar Bengkalis.

Masjid Istiqomah.

Sarapan kami, lontong.

Air minuman ini… Sari Kedelai (air kacang soya)… Jangan salah baca…

Buatan Malaysia, tau.

Hobi wanita. He he he…

Makan tengah hari kami.

Jus alpukat. Atau jus avokado. I like!

Makan tengah hari yang sebenar. He he he…

Menjelang petang, kami ke tapak majlis perasmian, di Lapangan Tugu.

Tempat duduk VVIP.

Menghadap ke…

Pentas yang sangat gah dan cantik.

Dah standby dengan alat muzik, untuk uji sistem suara Nasida Ria.

Puan Besar bersama Sofiatun, Hjh Nurhayati dan Siti Romnah.

CH dan Nasida Ria, serta isteri manager Nasida Ria (kiri CH).

Manager Nasida Ria, Tuan Haji Choliq Zain memerhati dari sisi.

… bersambung

Nabi Berpayung Awan

Kali ini CH belajar sendiri mengubah (convert) dari kaset ke bentuk digital. Selalu lagu mp3 Nasida Ria dalam blog ini CH ambil dari laman muzik mp3. Pun, masih belum berpuas hati kerana komputer tidak merakam muzik secara stereo, bahkan tidak boleh meninggikan suara (volume) kerana kualiti audio akan jatuh.

CH menggunakan sofwe Audacity. Jika ada teman-teman yang mempunyai solusi agar CH dapat merakam/memindahkan audio kekal dalam bentuk stereo, harap dapat kongsikan bersama.

Nabi Berpayung Awan, lagu ketiga dalam album PRT. Sebelum ini, lagu Kebesaran Tuhan juga salah satu daripada album yang sama. Vokal emas Hjh Mutoharoh , lagu ciptaan Drs. H. Abd. Hamid H.M.

Foto berikut daripada dua konsert Nasida Ria baru-baru ini. Foto-foto ihsan teman-teman NRFC di Indonesia.

Kelihatan Hjh Mutoharoh, memegang seruling (paling kanan). Saat ini, Hjh Nurhayati memegang vokal.

Hjh Mutoharoh.

Gaya spontan Hjh Mutoharoh sebelum/selepas sesi uji sistem (sound check).

CH : Semoga kita mendapat payung syafaat Nabi Junjungan…

Himbauan

Walau diri ini tak layak dipanggil anak yatim piatu kerana telah melepasi tempoh baligh (tetapi layak dipanggil bapak) tetapi diri ini masih dapat mengingati saat pemergian ayahanda dan bonda. Terasa diri ini sepi, terkadang mudah untuk menurut emosi. Namun, berkat kepada didikan agama yang kuat daripada mereka, dapatlah diri mengawal kekacauan hati dan belajar untuk menerima hakikat.

Anak-anak yang kehilangan orang tua mereka bukan mengharapkan harta benda dan wang, tetapi sebenarnya mengharapkan perhatian dan kasih sayang orang lain. Yang kekal pada mereka bukan harta benda peninggalan warisan orang tua, tetapi kenangan dan memori lama saat masih bersama.

Hampir CH menitis air mata saat menaip semula bait lirik untuk dipapar semula di bawah sebagai rujukan pembaca. Isi yang mudah tetapi pengertian yang cukup mendalam, disokong melodi muziknya yang menyatu dalam kesayuan.

Lagu ini, nyanyian Hajjah Nurjanah, yang serasa CH belum pernah ditampilkan dalam blog ini, dipetik dari album Nasida Ria ke-11, Merdeka Membangun. Lagu yang berjudul Himbauan ini ciptaan Noor Aziz.

Muka album. Hajah Nurjanah (saat album ini, beliau belum Hajah lagi) yang memegang gitar (kanan).

Di atas, versi pertama album. Hjh Nurjanah gitar (kiri). Selain vokalis, beliau juga pemegang biola, gitar, gendang dan keyboard. Dalam grup Nasida Ria, setiap personil berperanan sebagai vokalis utama, baik dalam rakaman, mahupun persembahan pentas. Atas sebab itu, setiap personil mahir lebih satu instrumen muzik.

Wajah terbaharu Hjh Nurjanah.

Hjh Nurjanah, memang manis dengan senyuman.

Wajah asli tanpa solek. Yang mana satu Hjh Nurjanah?

CH : Untung anak yatim yang dapat santunan… Masih adakah anak yatim yang sengsara yang terlepas dari pandangan masyarakat?

Kota Santri

Lagu Kota Santri, nyanyian grup Nasida Ria, antara lagu yang meledak kira-kira 1980-an dahulu di Indonesia dan ternyata masih dinyanyi ulang oleh Krisdayanti, Hajjah Wafiq Azizah, dan artis-artis Indonesia yang lain.

Lagu yang berkisar suasana di pondok pesantren (institusi pendidikan agama bukan bantuan pemerintah, jika di Malaysia, seperti sekolah pondok, atau sekolah agama/madrasah bukan bantuan kerajaan) atau disingkat sebagai ponpes. Suasana yang damai dan amat mententeramkan dengan suasana Islami yang kental dan bersatu dengan atmosferanya.

CH membuka entri ini sebagai mengenang pemergian komposer lagu ini, Bapak Haji Suhaemi yang telah meninggal dunia 26 Julai 2012 yang lalu. Mudah-mudahan ALLAH menggolongkan beliau di kalangan hamba-hamba-Nya yang sholih dan beruntung.

Kota Santri adalah nyanyian Hajah Nur’ain, dari album “Perdamaian”. Visual dalam video di atas adalah Hjh Nurjanah.

Sekadar sampingan, foto-foto terbaharu Nasida Ria saat rakaman klip video yang berlangsung sebelum Ramadhan.

Hajjah Mutoharoh.

Hjh Nurhayati.

Hajjah Afuwah.

Hajah Nadhiroh.

Kanan, manager Nasida Ria, bersama isteri dan anak.

CH : Menuju hidup bahagia… Sampaia di akhir masa…

Ucapan Hikmah

Berkatalah dengan baik dan ikhlas. Setiap ucapan memberi kesan dan hikmah yang besar. Jika baik ucapan kita, maka kebaikanlah yang akan kita dapat. Ucapan yang baik juga membuatkan orang lain senang dengan kita sekaligus mengukuhkan silaturrahim sesama kita.

Selalu CH letak pemain mp3, tetapi kali ini CH hanya letakkan video youtube. Masih boleh dengar lagunya, sambil dapat melihat Nasida Ria beraksi di hadapan kamera.

:-)

Amalkanlah setiap hari agar rezeki terus bertambah kepada kita.

Dalam klip video tersebut, yang jelas, vokalis : Hjh Mutoharoh, biola : Hjh Nurhayati, gitar : Sofiatun… Semuanya wajah muda-muda. Oleh yang demikian, CH sertakan gambar Nasida Ria yang lama, kira-kira 80-an ke 90-an.

Keyboard pun jenis lama punya (besar dan lebar). Pemain keyboard di atas ini merupakan salah seorang daripabarisan terawal dalam Nasida Ria, Hjh Musyarofah, yang kini sudah tidak bersama dengan Nasida Ria atas faktor tertentu, yang kemudian diambil alih Sofiati, dan kini diganti Sofiatun dan Siti Romnah.

Gaya spontan Sofiatun dan Siti Romnah.

Dalam gambar di atas, Hjh Musyarofah di samping Hjh Mutoharoh, Hjh Nurhayati dan yang duduk Hjh Mudrikah.

Isi dalam kaset album Ucapan Hikmah.

Foto lama Hjh Mutoharoh.

Hjh Mutoharoh sekarang.

Gambar-gambar, kredit to Aan El-Wardah, Lukman Hakim, Muhammad Fathul Amin, Muhammad Khumaidi.

CH : Bercakap dengan sopan dan baik harus diterap dari kecil. 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 49 other followers