Category Archives: Cuti-cuti

Bengkalis

Siapa yang tahu di mana Bengkalis? Kalau CH kata, CH ke Bengkalis, cuti Disember baru-baru ini, mungkin anda tertanya-tanya. Di mana Bengkalis? Apa yang istimewa di Bengkalis?

Bengkalis merupakan sebuah pulau yang bersetentang dengan Melaka. Jarak dari Melaka ke Bengkalis melalui feri kira-kira dua jam.

Kalau dapat dilihat, pulau yang bentuknya bulat sikit tu Pulau Rupat. Tentu pernah dengar cadangan untuk membina jambatan dari Melaka ke Indonesia. Nah…. Jambatan itu direncanakan bersambung dari Melaka ke Pulau Rupat. Jarak lurus paling singkat.

Okey, kenapa cikgu sorang (eh, tak seorang… dengan Puan Besar…) pergi ke Bengkalis?

Kami ke sini gara-gara ini ke?

Ini ialah logo MTQ (bahasa Indonesia, dibunyikan  em te qi) iaitu Musabaqah Tilawatil Quran peringkat Provinsi (negeri) Riau. Tapi, tujuan asal CH ke sini bukan semata-mata untuk menyaksikan majlis ini.

Perjalanan bermula di Terminal Feri Antarabangsa Melaka.

Tiket feri pergi balik ialah RM180. Sehala memerlukan tempoh 2 jam.

Di atas feri, masih di Malaysia.

Melaka sayup-sayup kelihatan, ditinggalkan.

Sampai di Bengkalis.

Nampak sepi… Kenapa? Terminal ini tidak terletak di Bandar Bengkalis… Kira-kira 1 jam juga dari terminal ni untuk sampai ke bandar kecilnya.

Dari terminal ini, ada disediakan bas khusus oleh pengendali feri ini.

Bas ini kecil sahaja. Sesuai dengan lebar jalan yang juga sempit untuk berselisih.

Sebenarnya Nasida Ria diundang untuk membuat persembahan sempena majlis perasmian pembukaan MTQ kali ke-31, dua kali. Pertama, semasa Majlis Makan Malam Taaruf. Kedua, semasa Majlis Pembukaan Perasmian MTQ. Atas sebab itu, CH datang ke sini. Pertama, kedudukan paling dekat yang boleh CH datang. Kedua, tak perlu nak book kapal terbang.

Oleh sebab CH dan Puan Besar sampai di Bengkalis sudah lewat petang, jadi kami terlepas peluang untuk bersua dengan mereka semasa sesi uji sistem suara.

Persembahan malam itu, berlangsung di Kantor Bupati.

Hjh Rien Jamain dan Siti Romnah.

Siapa yang berbaju merah itu? Dalam rangka persembahan ini, Uswatun Hasanah tidak ikut kerana sedang berpantang, baru lepas melahirkan. :-)

Siang esoknya, kami jalan-jalan sekitar Bengkalis.

Masjid Istiqomah.

Sarapan kami, lontong.

Air minuman ini… Sari Kedelai (air kacang soya)… Jangan salah baca…

Buatan Malaysia, tau.

Hobi wanita. He he he…

Makan tengah hari kami.

Jus alpukat. Atau jus avokado. I like!

Makan tengah hari yang sebenar. He he he…

Menjelang petang, kami ke tapak majlis perasmian, di Lapangan Tugu.

Tempat duduk VVIP.

Menghadap ke…

Pentas yang sangat gah dan cantik.

Dah standby dengan alat muzik, untuk uji sistem suara Nasida Ria.

Puan Besar bersama Sofiatun, Hjh Nurhayati dan Siti Romnah.

CH dan Nasida Ria, serta isteri manager Nasida Ria (kiri CH).

Manager Nasida Ria, Tuan Haji Choliq Zain memerhati dari sisi.

… bersambung

Gardens by the Bay

Untung negara kita masih kaya dengan alam semula jadi tanah tinggi yang nyaman dan penuh dengan flora yang indah. Di negara jiran kita, Singapura, keadaan seperti itu diwujudkan dengan penuh teliti dan hampir menyamai suasana di tanah tinggi walaupun negara republik itu tidak mempunyai tanah tinggi. Jadi, kalau anda ke Singapura, bolehlah merasainya sendiri.

Memang best!

Peminat foto memang seronok sangat di sini…

Boleh nampak Singapore Flyer…

Siling yang unik dan praktikal.

Ada dua seksyen: Flower Dome dan Cloud Forest. Foto yang di bawah ni di Flower Dome. Foto di atas adalah di Cloud Forest.

CH dan Puan Besar memang seronok di dalam kedua-dua seksyen ini.

Di bahagian luar.

Untuk kita (bukan warganegara Singapura), kadar masuk ke Flower Dome dan Cloud Forest ialah SGD 28.00.

Direction-Map

Untuk ke sini, yang paling mudah ialah menggunakan MRT, turun di stesen Bayfront.

Untuk info yang lebih lanjut, boleh layari di http://www.gardensbythebay.com.sg.

CH : Sebelum masuk ke lingkungan yang sejuk dan nyaman ini, panas mataharinya di luar sana, minta ampun!

Kuching

Sebagai pelengkap cerita CH berwisata di Bumi Kenyalang. Sebelum ini CH telah bercerita berkisar Taman Buaya Jong, Gua Pari, Kampung Budaya Sarawak, dan juga Pasar Serikin.

Kuching memang antara lokasi yang menarik untuk dilawati. Dari aspek kebudayaan, kesenian, makanan, serba-serbi memberikan kelainan dan pasti amat mengujakan anda.

Perjalanan CH ke Sarawak membawa bersama rakan-rakan guru. Kebetulan sebelum tu terkejut dengan kadar tambang murah Air Asia, ramai la kawan-kawan yang nak ikut sama. CH sekaligus menjadi pemandu pelancong. Ini kali kedua CH ke Kuching. Kali pertama, CH berada dalam Tingkatan 4. Lama dulu. Tapi mereka memberi kepercayaan untuk CH membawa mereka. Okey, aje la.

Sampai Kuching waktu malam. Jadi, cuma tidur je, bila sampai rumah inap kami. Di atas, kami bergambar di terminal LCC.

Pagi-pagi, kami ke Pasar Serikin. Baliknya, kami ke Gua Pari dan Taman Buaya Jong, kami kembali ke Bandar Raya Kuching. Singgah solat di Masjid Negeri.

Masjid negeri, dan kereta yang kami sewa.

Bangunan DUN yang boleh terlihat dari Masjid Negeri. Dari sini, kami ke seberang sungai melalui jalan kereta. Jika anda ada GPS, boleh la membantu.

Di sana, deretan gerai-gerai menjual kek lapis!

Banyak juga’tester’. Makan tester pun, kenyang juga, kan? Tapi tak rancang nak beli lagi. Nak beli fresh bila nak balik ke semenanjung semula.

Ngap…

Kemudian, malam kami makan di Taman Kereta. Taman Kereta ni adalah kompleks parkir kenderaan. Tetapi, di atasnya, ada medan selera makanan laut.

Ada banyak gerai pilihan. Duduk je la di mana yang berkenan di hati.

Muka , kekenyangan.

 

Pagi kedua, kami ke Kampung Budaya Sarawak. Setengah hari juga di sini.

Kami ke Kuching Waterfront petangnya. Di tengah-tengah bandar raya, berderetan kedai-kedai kraftangan, baju-baju dan lain-lain yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan.

Di pinggiran sungai.

Kalau nak…

 

Malamnya kami ke tempat makan hasil usaha niaga anak saudara CH di Kuching. Kini, bernama Onethreetwo Station. Ni gambar kami di sini.

Cucu saudara. Rasa nak cubit-cubit, je.

 

 

Malam kedua, pergi ke kedai kek lapis untuk beli, bukan semata-mata nak rasa.

Susunan testernya macam pada hari raya.

Pagi hari ketiga, kami juga ke Annah Rais. Di sepanjang jalan ke sana… Pemandangan, sangat menakjubkan!

 

Di Annah Rais. Muzium hidup.

 

Rumah tengkorak.

 

 

 

Di Annah Rais, kita dapat merasai sendiri suasana perkampungan rumah panjang, pekerjaan mereka, dll.

 

Kami juga ke pusat tembikar.

Boleh mencuba.

Kawasan kilang.

Bukan pekerja susun barang, ya!

Kemudian kami singgah untuk makan mi kolok (entri akan datang) dan seterusnya…

Ikan terubuk masin, antara yang wajib dicari.

Inilah rumah inap yang kami sewa selama dua malam.

Juga dua buah kereta MyVI.

 

Jumpa lagi, Kuching!

Akan datang (yang berkaitan dengan Kuching): Mi Kolok yang sedap, tempat makan sedap, yang sedap-sedap belaka.

CH : Ringkasan perjalanan ke Kuching.

Rumah Terbalik

Antara laman web yang suka CH kunjung ialah rilekrilek.blogspot.com. Antara entri yang terdapat dalam blog tersebut, CH tertarik dengan Rumah Terbalik ini. CH dah pernah tengok gambar rumah terbalik, tetapi yang tak disangka CH, Rumah Terbalik ini ada di Malaysia! Ingatkan kat luar negara…

Bukan setakat fizikal rumah, tetapi serba-serbinya!

Jadi, di Malaysia tu, di mana?

Terletak di Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, Sabah. Baru dibuka September 2011. Masa CH ke Sabah dulu, memang belum buka lagi la… Kalau mahu ke Kundasang, memang akan melalui Tamparuli. Yang bagusnya, ia mesra kerusi roda! Lawatan memerlukan kira-kira 30-45 minit.

CH : Kelainan itu menarik… :-)

Kuala Sepetang

Pernah sampai Kuala Sepetang?

Apa yang menarik di Kuala Sepetang?

Perjalanan ke sana akan melalui hutan-hutan bakau di kiri (mungkin di kanan juga… Tak perasan). Ke sini, CH dari arah Taiping. Ke Kuala Sepetang gara-gara …

Sedap ke? Cuba tengok gambarnya…

Kami ambil mi udang dan nasi goreng udang.

Kalau tengok gambar di atas, menjelaskan bahawa rasanya….. Sangat menyelerakan!

Di Kuala Sepetang, ada banyak gerai yang menawarkan mi udang dan nasi goreng udang. Kami singgah Mak Jah dan rasanya memang sedap. Tak terkata.

Gerai lain, kami tak tahu, sebab kami tak singgah dan rasa.

Model iklan. Boleh?

CH : Kalau lah dekat…

Sehari Bersama Nasida Ria

Grup Nasida Ria mungkin agak asing bagi kebanyakan rakyat Malaysia, tetapi nama Nasida Ria sudah sinonim bagi peminat-peminat lagu-lagu Islami di Indonesia. CH juga mengira di Malaysia ada juga sebilangan yang meminati lagu-lagu Nasida Ria apabila CH pernah mendengar lagu-lagu mereka dimainkan semasa selingan di majlis rasmi, juga di majlis perkahwinan, dan juga lagu Nasida Ria pernah dinyanyikan semula oleh grup Al Mizan, Adinda, juga grup-grup nasyid ‘bawah tanah’ seperti yang pernah terdengar di Kota Bharu, Kelantan, juga melalui Melaka FM, IKIM.fm, saluran Suara Islam, dan banyak lagi. Jika CH ke toko-toko kaset dan VCD, VCD Nasida Ria yang diedarkan di Malaysia oleh NSR dan juga Incitech juga kehabisan/berkurangan, kaset-kaset (zaman kaset) yang diedar oleh Musicland, dll juga banyak dibeli, dan bila ditanya kepada pemilik toko, pembeli-pembelinya adalah orang tempatan, bukan warga Indonesia yang bekerja di sini.

Yang membezakan, tiada publisiti melalui media mungkin disebabkan tidak ada MoU atau perjanjian kontrak kepada satu-satu pengedar tunggal di Malaysia yang menyebabkan pengedar di Malaysia lebih daripada satu. Tiada publisiti, maka, tiada siapa yang tahu melainkan orang itu yang mencarinya sendiri. Macam CH.

Berkat kepada kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini, CH dapat mengikuti perkembangan dan aktiviti Nasida Ria melalui facebook. Ternyata fans NR banyak terdiri daripada anak-anak muda lelaki. Satu daripada aktiviti konsertnya di Jakarta kebetulan masa cuti sekolah membawa CH secara spontan (maksudnya, tanpa perancangan awal) ke Jakarta (lihat entri sebelumnya) pertama atas jemputan empunya majlis Tn Hj Rusmin kerana majlis berkhatan anakandanya, kedua kerana show Nasida Ria yang juga atas jemputan/tajaan Tn Hj Rusmin buat tetamu-tetamu dan penduduk sekitarnya. Tn Hj Rusmin ni peminat tegar Nasida Ria. Sebab itulah beliau boleh memanggil Nasida Ria untuk membuat persembahan sempena majlisnya.

Bertemu janji di Terminal Pulogadong (CH dan Puan Besar tiba menggunakan Busway), kami berkenalan dengan rakan-rakan fans melalui facebook.

Dari kiri, Mas Irin, Mas Amin, Mas Lukman (sudah dikenali sejak semalam – rujuk entri Jakarta). Ini kami dari Pulogadung menaiki angkutan umum KWK 30 ke Ujung Menteng, lokasi Tn Hj Rusmin.

Yang ini Mas Edi, Mas Hariri, Mas Hardy. Kelihatan yang duduk di hadapan, Mbak Puan Besar. He he he… Terikut-ikut bahasa panggilan mereka. Mereka amat menghormati sesama mereka dan sepertinya mereka tidak pernah memanggil tanpa bahasa sapaan di hadapan. Mas untuk lelaki (panggilan umum, sama ada sudah berumah tangga atau belum) dan mbak (panggilan umum perempuan, sama ada puan atau cik). Kalau tinggi sikit ‘darjatnya’ sama ada “ibu” (puan) atau “bapak” (encik/tuan). Mereka juga membahasakan “kang”, “kak”, “abang”, dll.

Di hadapan dewan, tempat diadakan majlis jamuan sempena majlis berkhatan anaknya. Di sini, majlisnya agak ‘grand’. Nak tahu kenapa?

Anak yang diraikan duduk di singgahsana yang kalau di tempat kita biasanya untuk majlis berkhatam atau majlis perkahwinan. Pelamin lengkap dengan ‘water feature’.

Bersama dengan tuan hajat, Tn Hj Rusmin dan anaknya. Muda lagi, kan?

Kemudian, kami menikmati hidangan jamuan dan selepas itu, kami bergerak ke rumah tuan hajat kerana grup Nasida Ria bertandang ke rumah beliau untuk persiapan “uji sistem PA”.

Meja bufet. Kelihatan cawan Aqua disusun cantik membentuk bulatan.

Bersama dengan kenalan baru.

Bersama pengurus (manager) Nasida Ria, Bapak Choliq Zain.

Hjh Nadhiroh dan Hjh Mutoharoh. Penyanyi. Muzik utama Hjh Nadhiroh biola, Hjh Mutoharoh seruling.

Hjh Nurhayati. Penyanyi dan pemuzik. Muzik utamanya biola.

Bagaikan wartawan Melodi aja, Mas Amin ni.

Hjh Nadhiroh, Hjh Mutoharoh, Hjh Nurhayati, Hjh Nurjanah dan Hjh Afuwah. Fans yang baru tiba duduk dua dari kiri Mas Irin. Juga penyanyi. Muzik utama Hjh Nurjanah biola. Hjh Afuwah gendang. Ada lagi yang keluar menyambut kami tetapi tak berkesempatan bergambar kerana bersiap untuk uji sistem sebentar lagi. Mereka bila CH jumpa dengan wajah ‘biasa’ (tanpa solek, dengan pakaian biasa) memang pangling habis!

Ini….. Di pentas konsert.

Hjh Hamidah. Betulkan tune mandolin.

Mbak Titik, dan Mbak Hjh Rien Jamain (bass).

Mbak Sofiatun, dan Mbak Siti Romna. Kedua-duanya pemain keyboard.

Mbak Sofiatun, juga menguji biola. Antara kelebihan personil Nasida Ria, mereka mahir bermain lebih satu alat muzik. Contoh Mbak Sofiatun mahir memainkan keyboard, biola, gitar. Hjh Afuwah: gendang, bass. Hjh Nadhiroh: biola, seruling. Oleh sebab setiap lagu dinyanyikan oleh orang yang silih berganti, maka  begitu juga pemain muziknya. Dan satu lagi yang mengagumkan, mereka menyanyikan dan memainkan lagu berdasarkan permintaan hadirin yang hadir. Tak silap hanya empat lagu yang memang mereka bawakan tanpa request pada malam tersebut. Dengan koleksi kurang lebih 500 buah, mereka bersedia memenuhi permintaan tanpa menolak. Berdasarkan budaya di sini, setiap request disertakan wang sumbangan. Jadi, setiap request tidak akan ditolak walaupun sumbangannya rendah. Selain request dipenuhi, jumlah sumbangan juga dinyatakan.

Mbak Hjh Afuwah dan Mbak Titi.

Hjh Rien Jamain, bertindak sebagai pengendali acara (MC). Walaupun namanya “sound check”, tetapi mereka membuat persembahan percubaan kira-kira 1 jam juga. Persembahan mereka juga mengagumkan. Sangat mengagumkan walaupun hanya prakonsert.

Persembahan prakonsert yang pertama dengan persembahan muzik instrumental.

Video-video ini adalah dari rakaman kamera digital CH sendiri.

:-)

Diikuti beberapa lagu seperti Jasa Guru, Nabi Muhammad Mataharinya Dunia, dan lain-lain.

:-)

:-)

Gambar beramai-ramai bersama fans Nasida Ria dan tuan hajat.

Anggota Nasida Ria, bermula dari kiri nombor 3, Sofiatun, Hjh Nadhiroh, Hjh Afuwah, Siti Romna, Hjh Mutoharoh, Uswatun Hasanah, Titi, Hjh Nurhayati, Hjh Rien Jamain, Hjh Nurjanah, Hjh Hamidah, Thowiyah. Total – 12 orang.

Amin Bakrie berkhayal sebagai Sofiatun? Puan Besar bersama fans dari Taiwan (menuntut di institusi pengajian tinggi di Jogjakarta), Susan, Sofiatun dan Hjh Rien Jamain.

Puan Besar boleh bermain biola ke? :-) Tangan macam kekok, je… ;-)

Maghrib di musholla (di sini tidak digunakan istilah surau), bergambar bersama anak-anak tempatan. Bocah yang comel lagi ramah serta berbudi bahasa. Usai solat, tangan CH yang disalami dahulu. :-)

Makan malam di sebuah rumah makan kecil berdekatan.

Langsung, selepas Isya CH ke lokasi konsert, tempat yang sama jamuan. Dan kesempatan bertemu artis-artis qasidah terkenal Indonesia, bergambar sebelum acara dimulai.

Mak Cik yang duduk paling kiri pun tumpang bergambar, He he he…

Yang kelihatan di sini, duduk paling kiri Titi Thowiyah, Hjh Hamidah, Sofiatun, Uswatun Hasanah, Titik. Berdiri Hjh Nurhayati, Siti Romna, Hjh Nurjanah. Sebelahnya Mbak Vina, fans Nasida Ria, juga kenalan facebook CH.

Bersama tuan hajat, isteri, dan anak yang diraikan.

Yang ni gambar dari jurufoto Tn Hj Rusmin. Cantik dan jelas.

Hjh Nurjanah, Hjh Afuwah, Hjh Rien Jamain, Siti Romna, Hjh Nurhayati, Hjh Mutoharoh, Uswatun Hasanah, Hjh Hamidah, Sofiatun, Hjh Nadhiroh, Titi Thowiyah, Titik.

Persembahan pembukaan dengan dua buah lagu instrumental. Lagu pertama mempamerkan kebolehan Hjh Nadhiroh menggesek biola dari belakang badan, manakala Hjh Nurhayati menggesek biola dengan menggerakkan biola.

Persembahan instrumental – wajib tonton :

:-)

Sebagai peminat tegar Nasida Ria, beliau juga pasti ingin bersama dengan mereka di atas satu pentas. Beliau menyumbang lagu “Permata Sayang”, “Khitanan” dan “Dunia Dalam Berita”.

Penuh penghayatan. Suaranya memang sedap. Macam dah biasa berlatih dengan band Nasida Ria. ;-)

Antara lagu yang dibawakan Hjh Mutoharoh, Sholawat Salam.

Sholawat Salam, Hjh Mutoharoh :

:-)

Tak banyak lagu yang sempat dirakamkan. Maklum la guna kamera digital. Memori tak cukup. Jadi lagu tak dapat rakam semua. Persembahan 3 jam setengah. Satu lagi lagu yang sempat dimuat naik ke youtube ialah lagu Obat Hati.

Obat Hati,  vokal Hjh Rien Jamain :

:-)

Persembahan penutup, lagu Insya ALLAH. Bukan Insya ALLAH Maher Zain, ya.

Bergambar lagi selepas konsert.

CH sangat salut kepada mereka. Dengan persembahan tanpa henti 3.5 jam ( waktu Malaysia 9.00 malam – 12.30 pagi ), walaupun dengan kepenatan, perlukan istirahat, tetapi kami tetap dilayan mesra dengan senyuman, sudi bergambar dan ramah dalam bicara. Walaupun Nasida Ria gah dan memiliki tempat tersendiri dalam jalur genrenya, mereka tetap merendah diri. Semoga Nasida Ria terus kukuh berdiri , 1975 – kini.

CH : Pengalaman pertama menyaksikan Nasida Ria live yang takkan terlupakan. Impian sejak zaman sekolah, akhirnya tercapai. Alhamdulillah.

Jakarta

Tanggal 21 Disember, CH bergerak ke Jakarta dari Terminal LCC, Sepang untuk penerbangan malam. CH ambil malam sebab waktu inilah kadar tambang paling rendah. Maknanya, CH akan sampai di Jakarta awal pagi.

Oleh sebab nak jimat kos, pemergian kami tidak termasuk bagasi (yang masuk perut pesawat). Hanya bagasi tangan (hand luggage). Akan tetapi, berlaku penundaan lewat lebih sejam. Jam 12 pagi 22 Disember, baru kapal terbang Air Asia meluncur di angkasa raya pergi ke bumi Indonesia.

Sampai Jakarta, selesai urusan pasport, mata cari port, tempat nak tidur. Air Asia di Jakarta turun di Terminal 3, terminal baru. Tidur la kat bangku panjang, nak tunggu pagi, untuk naik bas. Di hadapan pintu masuk/keluar, terdapat deretan kerusi yang dikhususkan untuk ruang merokok. Kami tidurlah di kerusi panjang.

Celik mata… Terdengar suara azan Subuh. Pergi tandas, pergi surau (dalam terminal 3).

Papan tanda menarik di dalam tandas. He he he….

Selepas solat Subuh, kami naik bas perantara (shuttle bus) untuk pergi ke Terminal 1. Di Terminal 1, kami naik bas Damri (bas ekspres) untuk sampai ke Gambir, yang terletak bersebelahan dengan Monumen Nasional atau lebih dikenal sebagai Monas.

Sarapan di Terminal 1.

Foto-foto yang diambil dari dalam bas, perjalanan ke Gambir.

Memohon derma masjid daripada pengguna jalan raya.

Monas adalah monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia untuk merebut kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Hindia Belanda. Pembangunan monumen ini dimulai pada tanggal 17 Ogos 1961 di bawah perintah Presiden Sukarno dan dibuka untuk umum pada tanggal 12 Julai 1975. Tugu ini dimahkotai lidah api yang dilapisi lembaran emas yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala.  (kredit: wikepidea)

Monas adalah kawasan laluan kami dari Gambir ke Tanah Abang. Kami berjalan kaki ke sana. Dekat? Sangat tak dekat. Yang positifnya, laluan dari Monas hingga ke selatan Jakarta, merupakan kawasan yang penuh dengan bangunan moden dan pencakar langit, jika hendak dibandingkan dengan kawasan lain di Jakarta.

Gambar-gambar berikutnya kami sedang berbelanja di Tanah Abang. Banyak blok, satu perkara. Banyak tingkat juga!

Puan Besar kata harga-harganya memang murah.

Lihatlah ada berapa tingkat…

Sebelum keluar, kami ke medan selera yang terletak di tingkat paling atas (paling atas sekali ialah masjid). Di sini, boleh la kita cari makanan dan minuman yang tak pernah didengar. Style beli di medan selera macam di medan selera Jusco. Setelah memesan, kupon akan diberikan untuk dibayar di kaunter bayaran, kemudian diserah kembali ke tempat yang kita beli tadi.\

Kami beli air. Haus membeli-belah. He he he… Air apa ya, tak ingat namanya. Sedap. Memang tak ada di Malaysia.

Suasana di medan selera Tanah Abang tingkat atas. Penghargaan terima kasih kepada Halimunser, untuk dua foto yang berikut ini.

Keluar dari Pasar Tanah Abang, kami melalui kawasan jualan kaki lima untuk sampai ke stesen komuter.

Kelihatan kedudukannya di tepi jalan raya yang sangat sibuk.

Ada jual kambing juga… :-)

Sempat lagi….

Suasana di platform komuter. Komuter disebut KRL. Jalur ialah platform.

Di stesen Manggarai, kami kena tukar tren untuk pergi ke Mangga Besar, lokasi hotel kami untuk daftar masuk. Di sini, tidak perlu jejantas untuk menyeberang landasan.

Peta laluan KRL (komuter) di Jakarta.

Peta Rute Loopline

Sampai Mangga Besar, jalan kaki lagi pergi ke hotel penginapan kami,untuk check in, untuk pengsan, baru solat Zuhur + Asar.

Hotel ini kami book melalui Agoda. (www.agoda.com.my)

Petangnya, kami naik busway. Busway merupakan perkhidmatan bas henti-henti tetapi tidak berhenti sembarangan, hanya di stesen tertentu (disebut halte) kerana bas ini tidak bertangga. Jadi, paras lantai bas separas dengan lantai halte. Halte terdekat dengan hotel kami sama ada Halte Olimo atau Halte Mangga Besar.

Tambangnya juga murah. Rp3,500 sekali naik ke mana-mana arah – walau bertukar bas selagi tak keluar dari halte.

Di halte, terdapat peta laluan busway yang juga menunjukkan tempat-tempat menarik di sekitarnya.

Risalah peta laluan busway boleh diminta di kaunter tiket (loket).

Peta dan dua gambar macet, kredit kepada Rushrush, cari.com.my.

Laluan busway di lokasi-lokasi menarik.

Kawasan Jakarta Utara, atau lokasi muzium dan kawasan bersejarah.

Jakarta Selatan.

Sekitar Monas.

Satu lagi kelebihan, busway diberi laluan khusus. Jadi, tak kira macet (kesesakan), busway tak akan terkesan, kecuali waktu puncak, yang mana ada mobil yang ingkar hukum yang menggunakan laluan busway. Akibatnya, supirnya akan disaman polis.

Bayangkan kalau sesak macam ini….

Tak sanggup, pak cik…

Kami memilih untuk pergi ke Grand Indonesia Plaza. Plaza moden.

Sempat beli buah.

Dah tak rupa turis (pelancong). He he he…

Jakarta ada banyak arca-arca di bulatan-bulatan jalan raya, persimpangan, tanah lapang.

Dalam Grand Indonesia Plaza.

Balik malam, kami makan di Restoran Garuda. Apabila anda duduk, anda akan terus dihidangkan lauk-lauk hingga penuh meja!

Jangan gila lauk! Makan apa yang dikehendaki sahaja. Makanan yang berusik walau secubit akan dicaj! Salah satu langkah selamat, pilih 2-3 lauk, yang lain suruh pelayan angkat. Tapi CH memang suka sambal ladanya. Sedap!

Dah penat, mesti lapar tak ingat. Nasi satu mangkuk besar tu licin kami makan!

Esoknya masa CH pula! CH kan ‘gila’ Nasida Ria. Jadi, hari sebelumnya CH telah bertemu janji dengan rakan facebook CH – Lukman Hakim, sebagai pemandu arah ke toko Puspita Records, syarikat rakaman, pengeluar dan pengedar Nasida Ria.

Inilah Lukman Hakim. Rakan facebook yang peramah dan murah senyuman. Kerjanya sebagai peniaga. Jadi, dia off hari tu (hari Jumaat) khusus menemani CH ke sini. Terima kasih banyak-banyak Mas Lukman…

Di rak inilah, mengandungi album-album Nasida Ria dari album pertama (1975) hinggalah ke album terkini. Cuma sayangnya, album-album ini tidak diproduksi ulang dalam bentuk cakera padat. Hanya album-album seleksi sahaja yang dikeluarkan dalam CD dan VCD.

Kelihatan Saudara Lukman sedang berbicara dengan En Santo (Bapak Santo), orang kuat Puspita Records, kebetulan ada di situ.

Keluar dari toko ini, kami berpisah kerana beliau ada urusannya, kami pula singgah Giant, sebelah sahaja dengan deretan kedai ini. Asalnya nak beli Aqua (panggilan untuk apa jua air mineral). Sekali, ada kedai makan dalam Giant, kami pun makan la… Lapar.

Dapat dilihat, harga-harga makanannya.

Selepas itu, kami menaiki Busway menuju ke Ancol. Ancol ada banyak tempat yang mana setiap tempat, masuknya berbayar dan berasingan. Jadi, yang terdekat dengan halte Busway ialah Dunia Fantasi atau diringkaskan menjadi Dufan.

Inilah maskot Dufan.

Ada persembahan muzikal.

Ada Rumah Miring. Rumah yang senget. Kalau kita memasuki rumah ini, pasti terasa seolah-olah graviti bumi berubah-ubah! Sesuatu yang tiada di Malaysia. Kalau CH tak salah la… Rumah ni pandangan dari luar kelihatan biasa je. Nak ambil gambar di dalam, CH dah pening-penih nak jatuh dah. Memang miring!

Rumah labirin cermin.

Istana Boneka. Semuanya boneka yang memaparkan budaya dan pakaian dari suku dan negara masing-masing dari seluruh dunia. Malaysia pun ada.

Pengunjung hanya perlu duduk di dalam sampan dan kita akan menyaksikan boneka-boneka di kiri dan kanan kita. Menarik tu menarik. Tapi panjang sangat laluannya.

Lepak-lepak makan-makan…

Malamnya, kami singgah satu restoran, teringin nak menikmati sate Indonesia. Hmm…..

Sate kambingnya sedap. Tapi sayangnya, sate di sini diletakkan kicap manis.

Balik hotel, sebat pisang goreng berkeju. Errmmmmmmmmmmmm….. Sangat sedap! Kombinasi yang sesuai!

Hari Sabtu, hari CH bersama Nasida Ria, keluar dari pagi jam 9, sampai la balik semula ke hotel jam 3 pagi Ahad. Pagi bergerak ke Terminal Pulo Gadung untuk berjumpa dengan rakan-rakan fb, zuhur di sebuah masjid di sana (CH jamak sekali dengan Asar), baru naik angkutan umum (van) ke Ujung Menteng. Yang berbezanya di sini, mereka bersalam dengan jemaah di sebelahnya sejurus selepas memberi salam, baru wirid berjamaah dan berdoa, berbanding di negara kita, selepas berdoa, baru bersalam-salaman. Dan hal yang sama juga berlaku semasa CH bersolat Maghrib di musholla (di sini tidak disebut surau), juga bersalam sejurus selepas memberi salam.

Petang tersebut berbual mesra dengan personil-personil Nasida Ria, petang menonton mereka membuat ujian sistem suara, malam menonton konsert mereka. Rujuk cerita penuh CH bersama Nasida Ria sepanjang hari Sabtu berkenaan.

Ahad, bangun pagi kami ke lapangan terbang (disebut Bandara, singkatan bandar udara) menaiki teksi blue bird. Di sini, teksi, tol penumpang yang kena sediakan. Boleh tanya pemandu siap-siap kadar tol yang perlu disediakan.

Inilah suasana di Terminal 3. Hari tu sampai Terminal 3, malam dah pagi. Tak dan nak explore pagi-pagi bute. Ngantuk dan sibuk nak cari port tidur je. He he he…

Pemandangan sekitar lapangan terbang dari dalam pesawat.

Tentang Jakarta – yang boleh diringkaskan? Bandar raya yang penuh dengan asap! Bising! Sampai situasi ini dijadikan lagu oleh grup Nasida Ria. Entri selepas ini, CH sambung cerita perjalanan CH dan Puan Besar di Jakarta pada hari Sabtu, hari yang penuh dengan Nasida Ria. Dari siang, pertemua ramah mesra bersama mereka hingga ke live show mereka pada waktu malamnya :-)

Lirik, kredit kepada Mas Isya Anshory, dari laman blog beliau http://rumahqasidah2.blogspot.com/.

CH : Gara-gara Nasida Ria, CH sampai ke Kota Jakarta. Tunggu satu lagi entri “Sehari Bersama Nasida Ria“.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 49 other followers