Jakarta

Tanggal 21 Disember, CH bergerak ke Jakarta dari Terminal LCC, Sepang untuk penerbangan malam. CH ambil malam sebab waktu inilah kadar tambang paling rendah. Maknanya, CH akan sampai di Jakarta awal pagi.

Oleh sebab nak jimat kos, pemergian kami tidak termasuk bagasi (yang masuk perut pesawat). Hanya bagasi tangan (hand luggage). Akan tetapi, berlaku penundaan lewat lebih sejam. Jam 12 pagi 22 Disember, baru kapal terbang Air Asia meluncur di angkasa raya pergi ke bumi Indonesia.

Sampai Jakarta, selesai urusan pasport, mata cari port, tempat nak tidur. Air Asia di Jakarta turun di Terminal 3, terminal baru. Tidur la kat bangku panjang, nak tunggu pagi, untuk naik bas. Di hadapan pintu masuk/keluar, terdapat deretan kerusi yang dikhususkan untuk ruang merokok. Kami tidurlah di kerusi panjang.

Celik mata… Terdengar suara azan Subuh. Pergi tandas, pergi surau (dalam terminal 3).

Papan tanda menarik di dalam tandas. He he he….

Selepas solat Subuh, kami naik bas perantara (shuttle bus) untuk pergi ke Terminal 1. Di Terminal 1, kami naik bas Damri (bas ekspres) untuk sampai ke Gambir, yang terletak bersebelahan dengan Monumen Nasional atau lebih dikenal sebagai Monas.

Sarapan di Terminal 1.

Foto-foto yang diambil dari dalam bas, perjalanan ke Gambir.

Memohon derma masjid daripada pengguna jalan raya.

Monas adalah monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia untuk merebut kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Hindia Belanda. Pembangunan monumen ini dimulai pada tanggal 17 Ogos 1961 di bawah perintah Presiden Sukarno dan dibuka untuk umum pada tanggal 12 Julai 1975. Tugu ini dimahkotai lidah api yang dilapisi lembaran emas yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala.  (kredit: wikepidea)

Monas adalah kawasan laluan kami dari Gambir ke Tanah Abang. Kami berjalan kaki ke sana. Dekat? Sangat tak dekat. Yang positifnya, laluan dari Monas hingga ke selatan Jakarta, merupakan kawasan yang penuh dengan bangunan moden dan pencakar langit, jika hendak dibandingkan dengan kawasan lain di Jakarta.

Gambar-gambar berikutnya kami sedang berbelanja di Tanah Abang. Banyak blok, satu perkara. Banyak tingkat juga!

Puan Besar kata harga-harganya memang murah.

Lihatlah ada berapa tingkat…

Sebelum keluar, kami ke medan selera yang terletak di tingkat paling atas (paling atas sekali ialah masjid). Di sini, boleh la kita cari makanan dan minuman yang tak pernah didengar. Style beli di medan selera macam di medan selera Jusco. Setelah memesan, kupon akan diberikan untuk dibayar di kaunter bayaran, kemudian diserah kembali ke tempat yang kita beli tadi.\

Kami beli air. Haus membeli-belah. He he he… Air apa ya, tak ingat namanya. Sedap. Memang tak ada di Malaysia.

Suasana di medan selera Tanah Abang tingkat atas. Penghargaan terima kasih kepada Halimunser, untuk dua foto yang berikut ini.

Keluar dari Pasar Tanah Abang, kami melalui kawasan jualan kaki lima untuk sampai ke stesen komuter.

Kelihatan kedudukannya di tepi jalan raya yang sangat sibuk.

Ada jual kambing juga… :-)

Sempat lagi….

Suasana di platform komuter. Komuter disebut KRL. Jalur ialah platform.

Di stesen Manggarai, kami kena tukar tren untuk pergi ke Mangga Besar, lokasi hotel kami untuk daftar masuk. Di sini, tidak perlu jejantas untuk menyeberang landasan.

Peta laluan KRL (komuter) di Jakarta.

Peta Rute Loopline

Sampai Mangga Besar, jalan kaki lagi pergi ke hotel penginapan kami,untuk check in, untuk pengsan, baru solat Zuhur + Asar.

Hotel ini kami book melalui Agoda. (www.agoda.com.my)

Petangnya, kami naik busway. Busway merupakan perkhidmatan bas henti-henti tetapi tidak berhenti sembarangan, hanya di stesen tertentu (disebut halte) kerana bas ini tidak bertangga. Jadi, paras lantai bas separas dengan lantai halte. Halte terdekat dengan hotel kami sama ada Halte Olimo atau Halte Mangga Besar.

Tambangnya juga murah. Rp3,500 sekali naik ke mana-mana arah – walau bertukar bas selagi tak keluar dari halte.

Di halte, terdapat peta laluan busway yang juga menunjukkan tempat-tempat menarik di sekitarnya.

Risalah peta laluan busway boleh diminta di kaunter tiket (loket).

Peta dan dua gambar macet, kredit kepada Rushrush, cari.com.my.

Laluan busway di lokasi-lokasi menarik.

Kawasan Jakarta Utara, atau lokasi muzium dan kawasan bersejarah.

Jakarta Selatan.

Sekitar Monas.

Satu lagi kelebihan, busway diberi laluan khusus. Jadi, tak kira macet (kesesakan), busway tak akan terkesan, kecuali waktu puncak, yang mana ada mobil yang ingkar hukum yang menggunakan laluan busway. Akibatnya, supirnya akan disaman polis.

Bayangkan kalau sesak macam ini….

Tak sanggup, pak cik…

Kami memilih untuk pergi ke Grand Indonesia Plaza. Plaza moden.

Sempat beli buah.

Dah tak rupa turis (pelancong). He he he…

Jakarta ada banyak arca-arca di bulatan-bulatan jalan raya, persimpangan, tanah lapang.

Dalam Grand Indonesia Plaza.

Balik malam, kami makan di Restoran Garuda. Apabila anda duduk, anda akan terus dihidangkan lauk-lauk hingga penuh meja!

Jangan gila lauk! Makan apa yang dikehendaki sahaja. Makanan yang berusik walau secubit akan dicaj! Salah satu langkah selamat, pilih 2-3 lauk, yang lain suruh pelayan angkat. Tapi CH memang suka sambal ladanya. Sedap!

Dah penat, mesti lapar tak ingat. Nasi satu mangkuk besar tu licin kami makan!

Esoknya masa CH pula! CH kan ‘gila’ Nasida Ria. Jadi, hari sebelumnya CH telah bertemu janji dengan rakan facebook CH – Lukman Hakim, sebagai pemandu arah ke toko Puspita Records, syarikat rakaman, pengeluar dan pengedar Nasida Ria.

Inilah Lukman Hakim. Rakan facebook yang peramah dan murah senyuman. Kerjanya sebagai peniaga. Jadi, dia off hari tu (hari Jumaat) khusus menemani CH ke sini. Terima kasih banyak-banyak Mas Lukman…

Di rak inilah, mengandungi album-album Nasida Ria dari album pertama (1975) hinggalah ke album terkini. Cuma sayangnya, album-album ini tidak diproduksi ulang dalam bentuk cakera padat. Hanya album-album seleksi sahaja yang dikeluarkan dalam CD dan VCD.

Kelihatan Saudara Lukman sedang berbicara dengan En Santo (Bapak Santo), orang kuat Puspita Records, kebetulan ada di situ.

Keluar dari toko ini, kami berpisah kerana beliau ada urusannya, kami pula singgah Giant, sebelah sahaja dengan deretan kedai ini. Asalnya nak beli Aqua (panggilan untuk apa jua air mineral). Sekali, ada kedai makan dalam Giant, kami pun makan la… Lapar.

Dapat dilihat, harga-harga makanannya.

Selepas itu, kami menaiki Busway menuju ke Ancol. Ancol ada banyak tempat yang mana setiap tempat, masuknya berbayar dan berasingan. Jadi, yang terdekat dengan halte Busway ialah Dunia Fantasi atau diringkaskan menjadi Dufan.

Inilah maskot Dufan.

Ada persembahan muzikal.

Ada Rumah Miring. Rumah yang senget. Kalau kita memasuki rumah ini, pasti terasa seolah-olah graviti bumi berubah-ubah! Sesuatu yang tiada di Malaysia. Kalau CH tak salah la… Rumah ni pandangan dari luar kelihatan biasa je. Nak ambil gambar di dalam, CH dah pening-penih nak jatuh dah. Memang miring!

Rumah labirin cermin.

Istana Boneka. Semuanya boneka yang memaparkan budaya dan pakaian dari suku dan negara masing-masing dari seluruh dunia. Malaysia pun ada.

Pengunjung hanya perlu duduk di dalam sampan dan kita akan menyaksikan boneka-boneka di kiri dan kanan kita. Menarik tu menarik. Tapi panjang sangat laluannya.

Lepak-lepak makan-makan…

Malamnya, kami singgah satu restoran, teringin nak menikmati sate Indonesia. Hmm…..

Sate kambingnya sedap. Tapi sayangnya, sate di sini diletakkan kicap manis.

Balik hotel, sebat pisang goreng berkeju. Errmmmmmmmmmmmm….. Sangat sedap! Kombinasi yang sesuai!

Hari Sabtu, hari CH bersama Nasida Ria, keluar dari pagi jam 9, sampai la balik semula ke hotel jam 3 pagi Ahad. Pagi bergerak ke Terminal Pulo Gadung untuk berjumpa dengan rakan-rakan fb, zuhur di sebuah masjid di sana (CH jamak sekali dengan Asar), baru naik angkutan umum (van) ke Ujung Menteng. Yang berbezanya di sini, mereka bersalam dengan jemaah di sebelahnya sejurus selepas memberi salam, baru wirid berjamaah dan berdoa, berbanding di negara kita, selepas berdoa, baru bersalam-salaman. Dan hal yang sama juga berlaku semasa CH bersolat Maghrib di musholla (di sini tidak disebut surau), juga bersalam sejurus selepas memberi salam.

Petang tersebut berbual mesra dengan personil-personil Nasida Ria, petang menonton mereka membuat ujian sistem suara, malam menonton konsert mereka. Rujuk cerita penuh CH bersama Nasida Ria sepanjang hari Sabtu berkenaan.

Ahad, bangun pagi kami ke lapangan terbang (disebut Bandara, singkatan bandar udara) menaiki teksi blue bird. Di sini, teksi, tol penumpang yang kena sediakan. Boleh tanya pemandu siap-siap kadar tol yang perlu disediakan.

Inilah suasana di Terminal 3. Hari tu sampai Terminal 3, malam dah pagi. Tak dan nak explore pagi-pagi bute. Ngantuk dan sibuk nak cari port tidur je. He he he…

Pemandangan sekitar lapangan terbang dari dalam pesawat.

Tentang Jakarta - yang boleh diringkaskan? Bandar raya yang penuh dengan asap! Bising! Sampai situasi ini dijadikan lagu oleh grup Nasida Ria. Entri selepas ini, CH sambung cerita perjalanan CH dan Puan Besar di Jakarta pada hari Sabtu, hari yang penuh dengan Nasida Ria. Dari siang, pertemua ramah mesra bersama mereka hingga ke live show mereka pada waktu malamnya :-)

Lirik, kredit kepada Mas Isya Anshory, dari laman blog beliau http://rumahqasidah2.blogspot.com/.

CH : Gara-gara Nasida Ria, CH sampai ke Kota Jakarta. Tunggu satu lagi entri “Sehari Bersama Nasida Ria“.

About these ads

9 thoughts on “Jakarta

  1. nizam 20 Februari 2012 at 8:17 pm Reply

    selamat tak jalan2 jakarta 2 orang je?sya ke sana nanti tapi 2 org je.saje nak tgk org2 jakarta bukan nak bershoping pun.

    • Cikgu Hamzah 21 Februari 2012 at 11:22 pm Reply

      insya ALLAH… selamat je… asalkan kita konfiden dan tidak menonjol sebagai pelancong…. :-) orang2 yang bertugas di loket (kaunter), pengaman (sekuriti), pedagang (peniaga/penjaja) setakat yang kami jumpa, semuanya ramah dan melayan setiap pertanyaan kita…

      at least, kalau naik busway, jimat banyak tu lebih2 lagi cuma berdua je… Rp3500 sekali naik tanpa mengira jarak… dan laluannya memang tempat2 yang patut lawat… cuma tanah abang je la kena jalan kaki jauh sikit, stesen (halte) terdekat, halte sarinah… :-)

      laluan busway boleh dicetak di laman webnya…. dan bandingkan dengan peta yang terdapat di platform (ada ditandai tempat-tempat menarik)… berjalan sendiri rasanya lebih puas… :-)

      • nizam 22 Februari 2012 at 12:03 am Reply

        ya saya setuju!sya mmg nak naik bus je.tapi naik bus keadaan sesak dia bgaimana ya?sbb tgk ada mcm laluan khas utk bas.tp bgaimana situasi sbenar dia?

  2. ainil 22 Februari 2012 at 12:45 am Reply

    herm menarik soalan nizam ni. saya pon nak tahu juga. saya nak ke jakarta november nanti.

  3. Cikgu Hamzah 22 Februari 2012 at 8:42 pm Reply

    busway ni ala-ala macam LRT… ada stesen-stesen untuk naik dan turun… jadi, mudah nak rancang nak turun atau naik kat mana… kalau Nizam ngan Ainil biasa naik LRT / monorel / komuter kat KL, rasanya tak de masalah nak guna busway…. kelebihan busway, ialah pelaksanaan satu harga ke sebarang destinasi… jadi kalau terlajak ke, terturun awal ke, tak rugi apa-apa…. boleh patah balik/sambung bas tanpa perlu membeli tiket baru…

    di platform juga ada peta laluan busway… boleh lihat tempat2 menarik yang hendak disinggah serta stesen terhampir untuk turun…

    kalau waktu peak hour (balik kerja, selepas jam 4ptg-7ptg) memang akan beratur panjang di platform….
    yang bagusnya, di pintu bas, ada petugas yang akan mengawal kemasukan penumpang….
    kalau di Malaysia, selagi boleh masuk, kita akan masuk je kan….
    tetapi busway, mereka akan mengawal bilangan penumpang yang masuk ke dalam bas…
    jadi jangan terkejut kalau kita dah beratur, tetapi bila nak masuk bas, dia tahan kita tak kasi masuk…
    dan jangan risau, kekerapan basnya sangat tinggi…

    saya 4 hari di Jakarta, busway memang jadi pengangkutan utama saya…
    saya hanya naik bajaj untuk dari hotel ke stesen je… jimat banyak tu :-)

  4. ainil 23 Februari 2012 at 1:48 am Reply

    ohh thanks! mudah juga lah nak berjalan2 ni. risau nak travel bila baca pasal trafik jakarta.
    hello nizam, awak ke jakarta bila ye? kalau timing kita sama boleh explore jakarta together. lebih seronok mungkin?

  5. Cikgu Hamzah 23 Februari 2012 at 6:31 pm Reply

    dicadangkan stay kat hotel yang dekat dengan halte busway, seperti Myhotel… rujuk http://www.agoda.com.my/asia/indonesia/jakarta/myhotel.html

    terletak di Jakarta Utara, lebih dekat akses ke lebuh raya utk ke terminal airport (jika naik taksi, boleh elakkan laluan sesak, jimat sikit)…

    stesen (halte) busway betul2 di depan… nama stesen Halte Glodok… sebelahnya betul ada Giant…

  6. nora 27 Februari 2012 at 11:06 am Reply

    nak tanya CH, dalam surau T3 tu leh tumpang tido ke sebab saya pun akan samapi sana tgh malam jugak.

  7. Cikgu Hamzah 27 Februari 2012 at 5:23 pm Reply

    surau tu saya tak perasan ada orang tido ke tak, tapi rasa tak sesuai la kalau nak tido, kerana saiznya tak cukup besar berbanding saiz surau di LCCT (yang lebih luas)…
    kerusi banyak kat dalam dan kat luar dan ramai yang tidur di kerusi panjang tersebut… dan pak guard pun tak halau… :-)

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 47 other followers