Koleksi Soalan Percubaan UPSR Negeri 2011

Untuk makluman para pengunjung terutama dari kalangan murid dan guru Sains UPSR yang mencari-cari soalan-soalan percubaan negeri pada tahun ini, anda bolehlah klik sahaja pada tab di atas iaitu tab Bank Soalan Sains – Setara Negeri 2011. Bilangan koleksi soalan akan ditambah dari masa ke masa.

Untuk skema jawapan, bagi murid-murid, bolehlah merujuk kepada guru anda masing-masing atau boleh juga berhubung dengan CH. Sebarang perbincangan boleh dimajukan ke e-mel cikguhamzahsuleiman@gmail.com

CH : Tinggal 40 hari lagi UPSR… Cukup bersediakah anda?

About these ads

85 thoughts on “Koleksi Soalan Percubaan UPSR Negeri 2011

  1. AQILAH SYAHIRAH 7 Ogos 2011 at 4:57 pm Reply

    cikgu boleh x bagi soalan percubaan negeri yang cikgu buat ngan semua subjects negeri SElangor.

    • Cikgu Hamzah 8 Ogos 2011 at 1:16 pm Reply

      Insya ALLAH, cikgu akan imbas soalan-soalan bagi mata pelajaran lain untuk negeri Selangor dan dimuat naik dalam laman sesawang cikgu. Terima kasih atas perhatian Adik Aqilah.

      • Muhammad 9 Ogos 2011 at 9:27 pm Reply

        cikgu boleh x bagi soalan ramalan upsr pada tahun 2011 ini dgn banyak lagi?

    • Ana Diana 9 September 2011 at 11:07 am Reply

      cikgu boleh tak tinggal soalan negeri kelantan

  2. nadia tasnim 15 Ogos 2011 at 3:38 pm Reply

    cikgu,bagilah banyak lagi soalan ramalan…..plizzzzzzzzzzz

    • iqbal 12 September 2011 at 10:14 pm Reply

      cikgu nak soalan percubaan kertas paper 2 terengganu

  3. mieya sofea 15 Ogos 2011 at 3:52 pm Reply

    cikgu nak kertas percubaan negeri terengganu

  4. siti balqis 29 Ogos 2011 at 5:27 pm Reply

    cikgu bg saye sains sngt sulit adakah ianya benar

    • Cikgu Hamzah 31 Ogos 2011 at 8:21 pm Reply

      Mungkin susah kerana sukatan pelajaran untuk peperiksaan adalah dari Tahun 4 – 6 serta tajuk tanah dan magnet (Tahun 3). Tetapi sebenarnya jika adik banyak membuat latihan daripada soalan-soalan negeri, dan juga soalan-soalan dari buku latihan di pasaran, banyak soalan diulang-ulang. Adik boleh buat analisis sendiri. Ambil 10 soalan pertama sahaja dari setiap set penerbit yang berbeza. Lihat soalan dari tajuk mana.

      Berkenaan Bahagian B, setakat ini, belum ada soalan yang membabitkan soalan pengetahuan. Buku-buku latihan di pasaran mungkin ada tetapi setakat soalan UPSR, belum ada lagi. Contoh soalan pengetahuan seperti namakan jenis litar ini, apakah erti laju, dll. Soalan berkisar tentang
      -tujuan, -pemboleh ubah2 (ada 3: dimnaipulasi, bergerak balas, dimalarkan), -inferens, -pemerhatian, -hubungan / hipotesisi, -kesimpulan, -

      • idinx 13 September 2011 at 3:31 pm Reply

        eye eye don

  5. siti balqis bte salehudin 29 Ogos 2011 at 5:41 pm Reply

    cikgu adakah murid2 tahun 6 boleh beraya seperti biasa????????saye ade masaalah sedikit,disekolah guru sains kata formula nye begini tp di kelas tambahan ditempat lain pule kata lain.saye buntu..saye murid sekolah kebangsaan dato shahbandar abu bakar labu hilir,negeri sembilan

    • Cikgu Hamzah 31 Ogos 2011 at 7:42 pm Reply

      Boleh bergembira berhari raya seperti biasa asalkan adik jaga pemakanan dan kesihatan adik. Ini kerana makanan yang diambil boleh mempengaruhi kecerdasan dan kecekapan adik mengingat dan berfikir. Elakkan pengambilan minuman bergas serta makanan-makanan ringan terutama makanan ringan yang terjual di kedai-kedai kerana mengandungi garam-garam kimia yang kurang menyihatkan. Kuih-kuih raya boleh dinikmati seadanya tetapi kandungan gula yang tidak disedari jika makan banyak, amaun gula akan jadi berlebihan.

      Berkenaan formula, adakah adik maksudkan formula / teknik menjawab Bahagian B?
      Cikgu percaya, cikgu di sekolah adik mengajar teknik yang betul. Cikgu di kelas tambahan tempat lain pun betul.

      Apa yang penting, yang mana satu adik biasa atau yang paling mudah untuk adik fahamkan. Terapkan teknik tersebut dalam setiap latihan atau ujian.

      Guru tidak tertakluk kepada satu cara menjawab semata-mata tetapi kami ada banyak jawapan yang boleh diterima. Cuma, pendekatan atau pemilihan teknik menjawab yang difikirkan guru adik sesuai, jadi beliau tidak mendedahkan teknik-teknik menjawab cara yang lain bagi mengelakkan kekeliruan.

      Adik jangan khuatir kalau adik menerima dua teknik berbeza. Boleh dapatkan kepastian daripada guru yang satu lagi. Kalau jawapan guru tersebut tidak memuaskan, boleh la berjumpa dengan guru Sains yang lain, atau berkongsi dengan cikgu melalui e-mel cikgu.

    • alya nabihah 2 September 2012 at 10:16 am Reply

      lagi 8 hari untuk UPSR.Harap-harap boleh buat yang terbaik

  6. tasnim 30 Ogos 2011 at 1:14 pm Reply

    soaln senang jer kat kota baharu nie

  7. anisa anis 3 September 2011 at 5:04 pm Reply

    cikgu betul ke orang kata..kalau peperiksaan smakin dekat patutnya tak boleh baca buku???

    • Cikgu Hamzah 5 September 2011 at 12:32 am Reply

      menjelang peperiksaan bukannya saat untuk membaca buku… tetapi masa untuk memperbanyakkan latihan dan perbincangan… bukan apa… membaca buku menjelang peperiksaan boleh menyebabkan kita bertambah kekeliruan selain berkemungkinan menghilangkan semangat positif untuk menghadapi peperiksaan…

      ttapi untuk mata pelajaran bahasa (BM dan BI), membaca masih diperlukan untuk mengayakan perbendaharaan kata serta membiasakan diri dengan susun atur ayat dan perkataan yang lebih baik. Banyak membaca contoh-contoh karangan, meneliti format karangan (surat kiriman, surat rasmi, laporan, dll) di samping meneliti tanda baca, merujuk kamus apabila berjumpa perkataan-perkataan asing, dsb.

      Matematik, banyakkan latihan. Begitu juga Sains. Latihan, latihan, perbincangan. :-)

  8. nur fatin 7 September 2011 at 10:39 am Reply

    cikgu..tima kaseh kerana mewujudkan laman ini..ia memudahkan saya untuk membimbing adik saya yang bakal menghadapi UPSR.

    • Cikgu Hamzah 7 September 2011 at 3:03 pm Reply

      Terima kasih. Cuma sayangnya, panduan yang cikgu muatkan di sini masih belum lengkap. Perlukan masa untuk mengatur perkataan di atas papan kekunci.

      Semua panduan dalam Tutorial Sains adalah berdasarkan pengalaman cikgu sendiri semasa mengajar murid-murid cikgu sendiri.

  9. nur fatin 7 September 2011 at 10:42 am Reply

    cikgu..adik saya sukar untuk menguasai mata pelajaran matematik..jadi..adakah saya harus memaksanya untuk belajar pada saat2 genting ini??saya takut apa yang telah dipelajarinya selama ini akan hilang begitu saja

    • Cikgu Hamzah 7 September 2011 at 3:01 pm Reply

      Matematik adalah mata pelajaran yang harus difahami dan dikuasai dalam jangka masa yang panjang. Jika adik saudari lemah Matematik tetapi boleh menguasai teknik pengiraan asas, apa yang penting saudari melihat adik membuat latihan. Mulakan dengan Kertas 2, diikuti Kertas 1. sekiranya Kertas 2 boleh dijawab dengan majoriti betul, insya ALLAH adik saudari tidak bermasalah untuk menjawab kertas 2.

      Yang menjadi masalah besar jika pengiraan asas masih tidak dikuasai seperti membahagi, operasi dalam pecahan, membaca jam berjarum, operasi dalam perpuluhan dsb. Jika ini berlaku, memang saudari perlu memaksa adik dan membimbing adik saudari untuk mengira dengan betul.

      Jika masalah ini tidak berlaku (hanya masalah kes yang pertama), cukup sekadar saudari ‘paksa’ adik buat latihan matematik dan saudari perhatikan sama ada dia ada melakukan kesilapan-kesilapan mudah (simple mistake) atau salah faham. Masalah bahasa tidak patut berlaku kerana semua soalan adalah dwibahasa.

      Akhir kata, Matematik dikuasai dengan latihan, bukan dengan membaca.

  10. wan nazihah amani 9 September 2011 at 5:49 pm Reply

    assalamualaikum..cikgu nak print leh ke x erk????>_<

    • Cikgu Hamzah 10 September 2011 at 7:27 pm Reply

      w’salam…. semua dokumen boleh dicetak… terima kasih… klik butang pencetak pada fail pdf tersebut.

  11. Kelvin 10 September 2011 at 2:19 pm Reply

    Cikgu tolong ajar saya how to get A in bahasa melayu

    • Cikgu Hamzah 10 September 2011 at 7:49 pm Reply

      Untuk jangka masa pendek ( jika adik ialah murid Tahun 6), adik hanya perlu bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru BM adik. Sebagai contoh BM Kertas 2, bahagian 1, kena baca soalan, sama ada dikehendaki membuat ayat berdasarkan situasi atau aktiviti. Jika berkenaan aktiviti, lihat gambar dan bulatkan setiap pekerjaan / aktiviti yang ada. Pastikan ada 5 bulatan (sekurang-kurangnya). Pastikan setiap ayat mengandungi subjek dan prediket serta kepelbagaian. Contoh:
      1. Dua orang murid sedang menyapu sampah di tepi tiang bendera.
      2. Seorang guru sedang mengarahkan sesuatu kepada murid-muridnya manakala seorang murid perempuan yang bertudung mencatatkan sesuatu di atas buku.
      Menurut rakan guru cikgu, kertas BM, kita boleh mengandaikan nama watak, seperti Ahmad dan Ah Heng sedang menyapu sampah di tepi tiang bendera. Letakkan nama yang biasa difahami dan boleh dikenal pasti jantina. Tetapi dalam kertas BI, kita tidak boleh mengandaikan nama watak.
      Bahagian kedua, bina karangan. Pilih satu daripada tiga. Pastikan adik mengetahui format yang betul (jika memilih karangan berformat seperti surat, laporan dll). Fahami soalan. Jangan lari daripada tajuk. Gariskan kata kunci soalan.
      Bahagian ketiga ialah menyenaraikan lima nilai murni. Sebaik-baiknya, lima ayat yang ditulis mestilah bersifat positif dan mengandungi dua aspek, serta menggunakan penanda wacana yang sesuai dan pelbagai.
      Contoh: Lima nilai murni yang terdapat dalam cerita di atas ialah kita mestilah datang awal ke sekolah supaya kita dapat membersihkan kelas. Selain itu, kita haruslah menjaga kebersihan kelas dan sekolah kerana kebersihan itu kewajipan kita bersama.
      Dua aspek ini ada dalam petikan. Sama ada isi nilai tersebut tersurat (ada ditulis) atau tersirat (indirect).

      Untuk jangka masa panjang, banyakkan membaca majalah-majalah ilmiah BM seperti Kuntum, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, termasuk juga buku-buku karangan model, dan bercakap dalam Bahasa Melayu dengan rakan-rakan bukan Melayu serta elakkan mencampuradukkan bahas ibunda dengan rakan-rakan tadi.

      Jika adik ada hal-hal lain yang ingin dibincangkan atau masih dalam tajuk yang sama, dipersilakan. Selamat maju jaya. :-)

  12. normah 10 September 2011 at 9:06 pm Reply

    jawapan dia mane, cikgu?

  13. wan nazihah amani 12 September 2011 at 5:13 pm Reply

    assalamualaikum cikgu…sya nak tnya knpa cikgu x mskkan soalan english ke math ke @ bm..

    • Cikgu Hamzah 12 September 2011 at 8:43 pm Reply

      Waalaikumussalam… Laman web ini cikgu memang khususkan untuk Sains sahaja. Banyak laman web lain yang turut menyediakan soalan-soalan percubaan negeri. Antaranya bumigemilang, dll.

  14. wan nazihah amani 12 September 2011 at 5:17 pm Reply

    cikgu tlong doakan kejayaan sy untk esk hari..sye bhrp sgt agar ckgu dpt membls nye pda hari ini jugak..dan di manakah sye bleh mencari soalan tentang subjek lain???:)

    • Cikgu Hamzah 12 September 2011 at 8:42 pm Reply

      insya ALLAH… cikgu doakan semua murid Tahun 6 di Malaysia terutama murid-murid Tahun 6 sekolah cikgu dan juga murid-murid yang berkunjung ke laman web seperti adik wan nazihah agar diberi petunjuk dan kemudahan semasa menjawab sepanjang peperiksaan berlangsung 3 hari ini…

      Banyakkan membaca 5 ayat pertama surah Ar Rahman, untuk menerangkan hati dan menggerakkan minda kita. Mudah-mudahan adik dan rakan-rakan yang lain berjaya dengan cemerlang 5A. :-)

      • maryana yaini 13 September 2011 at 4:12 pm Reply

        cikgu macam mana nak skor A dalam semua matapelajaran cikgu :)

  15. michellin rubil 13 September 2011 at 4:08 pm Reply

    cikgu di sini saya ingin nak bertanya kepada cikgu.saya lemah dalam mata pelajaran bi adakah saya patut memaksa diri saya untuk belajar di saat yang genting begini? :(

  16. maryana yaini 13 September 2011 at 4:14 pm Reply

    cikgu doakan saya agar mendapat keputusan yang cemerlang :)

  17. maryana yaini 13 September 2011 at 4:20 pm Reply

    saya ingin mengucapkan tima kasih kepada cikgu hamzah kerana telah mewujudkan laman ini dan memudahkan saya untuk membimbing adik saya yang bakal akan menduduki upsr :)

  18. faa deschanel :D 13 September 2011 at 5:25 pm Reply

    cikgu soalan UPSR 2011 SC senang tak?

    • Cikgu Hamzah 14 September 2011 at 6:27 am Reply

      Insya ALLAH… kalau banyak latihan dan latih tubi, soalan Sains UPSR pasti ada di hujung jari anda. :-)

    • eyqa chumel 14 September 2011 at 6:53 pm Reply

      hrp2 s0alan upsr sains sng……

  19. BUDAK SELALU COOL 15 September 2011 at 4:49 am Reply

    hahaha sooo easy………..

  20. MAKAN KEPOK CICAH BUDU 15 September 2011 at 4:52 am Reply

    senang jer sain…………….jangan cakap payah……………..

    • clecin funkje 15 September 2011 at 4:56 am Reply

      pelik name ko…………………………kepok cicah budu!!!!!!!!!!!

  21. chong elves 15 September 2011 at 4:54 am Reply

    cikgu….cikgu…………..btul ka sain upsr 2011 nie so easy???

    • nisa 1 Oktober 2011 at 5:31 pm Reply

      cikgu, dalam percubaan saya dapat 3A 2B mak saye kate saye kene dapat 5A saye risau lah nanti saye dapat yang teruk keputusan nanti.cikgu doa kan saye dapat 5A.

      • Cikgu Hamzah 6 Oktober 2011 at 3:21 pm Reply

        Insya ALLAH… Yang penting Adik Nisa sudah berusaha yang terbaik, bukan? Yang tinggal sekarang ialah tawakal dan berdoa, mudah-mudahan apa yang adik cita-citakan akan terkabul.

  22. amni husnina 11 Oktober 2011 at 9:52 pm Reply

    alhamdulillah..soalan sains upsr 2011 sng..

    • amni husnina 12 Oktober 2011 at 9:21 pm Reply

      sng la gak !!

  23. farah nur iman 15 Oktober 2011 at 8:14 pm Reply

    lega dh upsr

  24. farah nur iman 15 Oktober 2011 at 8:15 pm Reply

    sng semua solan

  25. anaz 19 Oktober 2011 at 9:32 pm Reply

    cikgu doakan saya dapat 5 A dalam peperiksaan akhir tahun ni cikgu saya berharap sgt cikgu

  26. CikguHashim,Muar 9 November 2011 at 5:11 pm Reply

    Salam.
    Saya ada mengambil sedikit bahan . Thanks .

  27. nurul izzah adnan 26 Disember 2011 at 9:04 pm Reply

    setelah mendengar komen daripada rakan dan balasan sari cikgu ia sedikit sebanyak membakar semangat saya untuk menduduki upsr pada 2012.trm ksh cg n rakan 2

    • nurul izzah adnan 26 Disember 2011 at 9:05 pm Reply

      maaf bukan sari tapi dari

    • Cikgu Hamzah 4 Januari 2012 at 9:31 am Reply

      Terima kasih kerana adik turut membaca komentar rakan-rakan dan cikgu sendiri. Cikgu doakan Adik Nurul Izzah dan rakan-rakan berjaya dengan cemerlang dalam UPSR tahun ini. :-)

  28. siti nasuha bt md hassan 29 Disember 2011 at 2:53 pm Reply

    cikgu saya nk kertas soalan percubaan UPSR di negeri kelantan….

  29. aniesa zull 3 Januari 2012 at 1:53 pm Reply

    cam ner kalo UPSR tahun ni susah….habis ler sye….

    • Cikgu Hamzah 4 Januari 2012 at 9:24 am Reply

      Insya ALLAH, kalau adik sentiasa membuat semua tugasan yang diberikan guru adik, sama ada tugasan di kelas, mahupun di rumah, tanpa mengira mata pelajaran UPSR atau tidak, maka tidak ada masalah jika susah atau mudahpun UPSR itu. Adik juga perlu banyak membuat latihan menulis karangan, membuat pengiraan, menguasai semua teknik menjawab Sains, BM, BI dan sentiasa sabar membuat latihan ulangan pada soalan yang sama. Cikgu doakan adik berjaya UPSR nanti. Amin.

  30. dzull 3 Januari 2012 at 1:55 pm Reply

    anak sye tahun amik UPSR….UPSR tahun ni agk2 sush x???

    • Cikgu Hamzah 4 Januari 2012 at 9:21 am Reply

      Sebagai bapa, kita disarankan untuk memberi galakan serta memberikan setiap perhatian terhadap tugasan yang diberi guru supaya sentiasa disiapkan anak-anak. Boleh juga jika dibelikan buku-buku latihan tambahan untuk disemak oleh guru anak kita. Banyak latihan, banyak menulis, banyak membuat kiraan, insya ALLAH anak-anak akan mendapati soalan-soalan yang sentiasa dikemukakan adalah soalan yang hampir sama. Jika sudah biasa dengan teknik menjawab yang betul, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Selain di atas, sebagai ibu bapa, perbanyakkan doa. Semoga anak-anak terang hati, mudah menerima ilmu dan pelajaran serta berakhlak terpuji. :-)

  31. dineswary 12 Mac 2012 at 8:19 pm Reply

    Cikgu Hamzah,saya murid baru coment di sini.cikgu hamzah tolong bagi soalan paling senang cikgu
    .PLZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

    • Cikgu Hamzah 12 Mac 2012 at 8:41 pm Reply

      CH bukan penggubal soalan peperiksaan, dik… ;-)

  32. mohd.firdaus 19 Mac 2012 at 2:15 am Reply

    Salam cikgu, boleh tak saya dapatkan silibus kesemua subjek untuk sekolah rendah dari tahun 1 hingga 6, saya brhasrat untuk pntau tahap pembelaaran anak saya dirumah, harap cikgu boleh pertimbangkan..

    ini emel saya,
    rapcokelat@yahoo.com
    terima kasih cikgu,
    salam

  33. Engku Izna Farzana Maizara 14 April 2012 at 1:58 pm Reply

    Cikgu blh x bagi ygbsenang je

    • Mira 14 April 2012 at 2:01 pm Reply

      Mane blh zara

  34. hana 17 April 2012 at 8:52 pm Reply

    ni cikgu dari sekolah mana terbaiklah :)

    • Cikgu Hamzah 18 April 2012 at 11:24 am Reply

      Adalah… Dari salah sebuah sekolah di bawah kelolaan Pejabat Pelajaran Gombak dan sebelum ni dari Pejabat Pelajaran Daerah Klang… :-)

  35. Mama Nel 25 April 2012 at 10:06 am Reply

    Salam Cikgu, sekadar nak bertanya, di mana saya boleh dapatkan jawapan bagi semua Bank Soalan Sains itu. Saya ingin ‘marking’ hasil kerja anak saya. Terima Kasih.

    • Cikgu Hamzah 25 April 2012 at 10:41 am Reply

      Puan Mama, pada saya memang tak ada skema. Memandangkan permintaan yang tinggi berkenaan skema, saya akan usahakan membina skema. Terima kasih. :-)
      alternatively, Puan boleh e-mel jawapan anak puan, untuk saya bantu. :-)

  36. Mama Nel 27 April 2012 at 7:21 pm Reply

    Terima kasih

  37. lidya 12 Mei 2012 at 12:54 pm Reply

    hello atok

  38. lidya 20 Mei 2012 at 3:29 pm Reply

    saya pergi kl raya

  39. Wana nescafe 22 Mei 2012 at 3:25 pm Reply

    cikgu , boleh saya mintak .

  40. nur hikmah atiqah binti ernie 27 Mei 2012 at 2:23 pm Reply

    salm cikgu saye nak tanye ni ..soalan thn 3 pun ade keluar ke ?
    bkn soalan thn 4,5 n 6 jer ke ?

    n upsr thn 2012 senang tak ?

    • Cikgu Hamzah 29 Mei 2012 at 10:38 pm Reply

      Sebenarnya semua topik dari Tahun 1 – 6 akan ditanya dalam peperiksaan… tetapi semua topik dalam Tahun 1 – 3 diulang ajar dan diperkembangkan dalam sukatan pelajaran Tahun 4 – 6… kecuali tajuk Magnet, dan Tanah, kedua-dua topik ini tidak diulang dalam Tahun 4 – 6, tetapi berpotensi untuk keluar dalam peperiksaan. :-)

  41. nursyamimi balqis bt yusoff 6 Julai 2012 at 9:57 pm Reply

    ckgu nak jwb soalan hipotesis cam ner saya asyik terlupa saja.

  42. amalia amri 25 Julai 2012 at 6:42 pm Reply

    Cikgu, dlm soalan sains bhg. B, klau dlm jadual ade tertulis bulan, perlukah saya meletakkan bilangan? Contohnya: Bilangan bulan.. Adakah itu yg betul?

    • Cikgu Hamzah 26 Julai 2012 at 12:18 pm Reply

      betul… kita kena letak parameter / lebih dari satu perkataan…
      boleh diletak – bilangan bulan, atau bulan penyiasatan… :-)

  43. DANIEL 27 Julai 2012 at 2:45 pm Reply

    CIKGU TOLONG MUAT TURUN SOALAN PERCUBAAN UPSR NEGERI KELANTAN….30/7 NK PERIKSA DAH…

  44. Luqmannul Haqiem'sz 5 September 2012 at 8:38 pm Reply

    Cikgu bagi saye mata pelajaran BI sangat susah…

  45. man 5 September 2013 at 5:48 pm Reply

    BI

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 49 other followers